UNDANG-UNDANG DADAH DI MALAYSIA

Undang-undang dadah di Malaysia merupakan undang-undang
yang paling keras di dunia. Dalam tahun 1920an dan 1930an telah
wujud beberapa enakmen dan pengisytiharan mengenai dadah
jenis candu yang berasingan. Apabila kerajaan penjajah iaitu
Kerajaan lnggeris mengambil langkah mengawal pengimportan
pengedaran dan penjualan candu, penagih-penagih candu dan
pengedar melakukan berbagai cara untuk mendapatkan bekalan
candu.

Penyeludupan dan penggunaan candu yang semakin merebak
telah merumitkan kawalan penjualannya. Atas sebab ini pada
tahun 1952 Kerajaan Penjajah lnggeris telah menguatkuasakan
dua undang-undang yang.seragam bagi seluruh Tanah Melayu
iaitu Ordinan Dadah Berbahaya 1952 dan Ordinan Racun 1952
bagi membendung masalah pengedaran dan penagihan dadah.
Undang-undang ini juga telah menyelaras semua undang-undang
dadah yang wujud di negeri-negeri di Semenanjung pada masa itu.

Pada masa ini terdapat beberapa undang-undang yang berkaitan
dengan pengawalan dadah di Malaysia. Terdapat juga beberapa
peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang dikeluarkan oleh
Menteri di bawah Akta dan Ordinan tersebut. Undang-undang
dadah yang utama ialah:-

. Akta Dadah Berbahaya 1952;
. Ordinan Racun 1952;
. Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983;
. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985;
. Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988.

Undang-undang di negara.ini sentiasa dipinda dan diubahsuai dari
masa ke semasa untuk menghadapi cabaran dadah yang selalu
berubah-ubah untuk tujuan mengawal dan mencegah masalah
pengedaran dan penagihan dadah. Sebagai contoh satu undang-
undang yang membolehkan harta-harta pengedar dadah dirampas
telah dikuatkuasakan pada tahun 1988 iaitu Akta Dadah Berbahaya
(Perlucuthakan Harta) 1988.

Apa Itu Dadah © 2017
Home Privacy Policy Terms Of Use Contact Us Affiliate Disclosure DMCA Earnings Disclaimer