PERANAN AGAMA ISLAM DALAM DADAH

Satu prinsip yang jelas dalam agama Islam ialah seorang Islam
tidak dibenarkan makan atau minum sesuatu yang dapat
merosakkan dirinya dan masyarakat. Manusia adalah kepunyaan
Allah s.w.t. yang telah menciptakannya, jadi hidupnya,
kesihatannya, hartanya dan seluruh keupayaan yang ada
padanya – jasmani atau rohani – adalah sebagai barang
titipan (amanah dari Allah yang perlu digunakan dengan cara-cara
yang diredai Allah. Sebagai hamba Allah ‘abdu’lah) dan
wakil Allah di bumi (Khalifatu’lah fi’lard), (Al-Quran 2: 30
6:165, l9tl4, 35:39, 28:62), mengatakan bahawa manusia
tidak boleh mengabaikan amanah Allah itu. Allah berfirman
yang bermaksud:

‘Janganlah kamu membunuh diri-diri kamu Kerana sesungguhnya Allah
maha belas kasihan kepadamu’. (An-Nisa: 29)

‘Jangan kamu mencampakkan did-diri kamu kepada kebinasaan’. (A1-
Baqarah:195)

Prinsip menjauhkan diri dari sebarang mudarat juga ditegaskan
oleh Rasulullah (s.a.w.) dengan sabdanya yang
bermaksud, “tidak boleh membuat kemudaratan dan tidak boleh
dimudaratkan”, (hadis riwayat Abma). Menggunakan harta
dengan cara yanlg boleh membawa kepada kemudaratan diri,
keluarga dan masyarakat dilarang keras olehh Islam. Rasulullah
(s.a.w) dengan tegas melarang tabiat membuang-buang harta.
keesimpulannya setiap yang berbahaya dimakan atau diminum
tetap haram.

Beberapa dalil dari hadis yang membrrktikan dadah itu
haram: –
1. Kullu muskirin haram (al-Bukhari dan Muslim)
yang bererti ‘tiap-tiap yang memabukkan tdalah haram’.

2. Wa ana anha ala kulli muskirin (Hadis riwayat
Abu Daud) yang bererti ‘dan saya melarang segala yang
memabukkan’.

3. Diriwayatkan dari Abdullah b. Umar (r.a.) bahawa
Nabi Muhammad (s.a.iv.) bersabda: Kulla muskirin Khamrun
wa kullu muskirin haramun. Dalam riwayat lain teksnya
berbunyi Kullu muskirin hhamrun wa hullt khamrin haramun.
Maksudnya ‘Tiap-tiap yang memabukkan itu adalah khamr
dan tiap-tiap khamr adalah haram’. Kedua-dua hadis ini
diriwayatkan oleh Muslim dalam sahihnya

4. Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan At-
Timidhi bahawa Nabi (s.a.w.) telah bcrsabda: Ma askara
katltiruhu, faqaliluhu haram. bermaksud ‘apa-apa yang bila
banyaknya memabukkan, maka sedikitnya pun haram’.

5. Larangan Allah (s.w.t.) terharlap minuman yang
memabukkan, iaitu semua jenis minuman ketas, terkandung
di dalam ayat yang bermaksud ‘hai orang-orang yang
beriman, sesungguhnya (meminum) minum.In keras (al-khamr),
berjudi, berkorban untuk berhala, meramal nasib, adalah
perbuatan keji yang termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah
perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kesejahteraan’.
(al-Ma’idah: 90).

Dalam ayat di atas al-khamr secara khusus merujuk
kepada minuman keras yang boleh memabukkan, tetapi
berpandukan kepada hadis-hadis di atas semua jenis dadah –
heroin, morfin, kodein, candu, amfetamin, kokein,
barbiturat, LSD, ganja yang digunakan bukan untuk
tujuan-tujuan perubatan termasuk dalam konsep al-khamr secara
umum. Dengan sendirinya dadah-dadah it u diharamkan.

6. Satu ungkapan yang pernah dilafazkan oleh Sayidina
Umar (r.a.) dalam khutbahnya ialah Al-khamru ma khamara’l-aqla,
yang bermaksud ‘Khamr ialah semua bahan yang
dapat menutupi akal’. Maka setiap yang dapat mengganggu
fikiran dan mengeluar akal. Dari tabiatnya yang sebenarnya,
a

Apa Itu Dadah © 2017
Home Privacy Policy Terms Of Use Contact Us Affiliate Disclosure DMCA Earnings Disclaimer