Kaunselor perlu bersikap dinamis dan agresif pada fasa ini
tetapi berhati-hati untuk menanamkan keyakinan kepada
orang yang bergantung kepada dadah. Kaunselor juga-perlu
menunjukkan kecekapan dan sikap tegasnya. Sifat kaunseli
yang dinamik mungkin pelik sedikit dan dia membentuk
satu pandangan hidup khayalan, umpamanya bersubahat
dengan pihak polis untuk menangkap pengedar-pengedar
dadah yang lain, berhasrat menolong penagih-penagih lain
supaya meninggalkan tabiat mengambil dadah. Sifat dinamis
ini haruslah dihormati dan dipandu. Aspirasi-aspirasi dan
hasrat-hasratnya adalah tinggi, dan nilai yang lebih tinggi
perlu dihargai.
(a) Keriangan dan kesugulan: Kaunseli bergantung
kepada dadah dan kepada rakan-rakanny yang membekalkan
dadah. Ini ialah perhubungan antara dadah dan kesetiaan
kepada kumpulan. Kesetiaan ini diperlihatkan melalui
cara-cara pakaian dan corak tingkah laku, ketaatan berkongsi
dan menyimpan rahsia, penunaian janji-janji, tolong-menolong
antara iatu dengan lain. Mereka juga membentuk pemikiran
dan sikap terhadap masyarakat dan ibu bapa dengan
cara tertentu. Kesugulan silih berganti dengan perasaan
keriangan, iaitu orang yang bergantung kepada dadah mungkin
mencari perlindungan bagi rumahtangganya sendiri dan
meletakkan kepercayaan kepada rakan-rakan lamanya atau
kaunselornya. Permohonan-permohonan seperti hendak
bermalam di luar bersama-sama rakan-rakannya atau hendak
menziarahi rakan-rakan lama, tidak sepatutnya dibenarkan.
Pesakit berkenaan masih belum lagi berupaya menghindarkan
diri ke alam suasana yang telah mengecewakannya.
Proses kaunseling bolehlah berlandaskan kepada garis-garis
panduan berikut:-
(i) Adakah anda benar-benar mahu menghindarkan
tabiat ini?
(ii) Mengapa anda mahu menghindarkan tabiat ini?
(carilah nilai-nilai jangka panjang atau jangka pendek)
(iii) Bagaimanakah caranya anda hendak menghindar-
kan tabiat ini?
(iv) Ibu bapa serta keluarga anda dan saya bersedia
menolong anda menghindarkan tabiat ini dengan cara
yang anda sendiri cadangkan.
(v) Bagaimanakah anda bercadang menghabiskan masa
anda pada tempoh itu?
Ekoran yang praktikal bagi cadangan di atas adalah
memerlukan ketegasan dari pihak polis dan persefahaman serta
pengampunan dari ibu bapanya.
(b) Ketakutan: Di perlngkat ini, motivasinya tinggi
tetapi orang yang bergantung kepada dadah itu berada dalam
keadaan lemah dari segi fizikal dan psikologi. Ketakutan yang
dialaminya ialah dari segi ketagihan dadah dan kehilangan
keseronokan. Perasaan ini menguatkan ketegasan pada diri
individu itu. Untuk melindungi perkara ini, individu itu
berpura-pura menunjukkan daya kemahuan yang tidak tahan
lama. Dalam situasi kaunseling, kaunseli itu menangis dan
mungkin meratap dalam keadaan kecewa. Lazimnya dia
mulalah menyalahkan sesiapa yang pernah cuba menolongnya.
Seringkali pertolongan yang diberi itu adalah lebih
merupakan keikhlasan daripada pengetahuan membaiki
keadaannya. Ketakutanlah yang menyebabkan pesakit
bercakap bohong dan berlagak dengan cara yang tertentu untuk
menyembunyikan perasaannya.
Ini ialah perlindungan mustahak bagi sahsiah yang lemah.
Bagi pihak kaunselor adalah penting mengingatkan bukan
apa yang dikatakannya (pesakit), tetapi keperluan baginya
meneguhkan pegangannya.
Adalah mustahak juga diambil perhatian supaya perkara
ini tidak menjadi satu cara memerangkap orang yang
bergantung kepada dadah dan kejayaan pula bergantung pula
kepada kaunselor. Kaunselor mungkin perlu menunjukkan
bahawa dia percayakan dusta-dustanya, Tanpa menyebabkan
dia berasa perlu lagi berbohong. Namun demikian terpulanglah
kepada kaunselor bertindak mengikut strateginya sendiri
untuk memisahkan kaunseli daripada perhubungan dengan
penagih-penagih lain. Kaunselor di peringkat ini perlulah:
(i) Menerima individu itu sebagai seorang penagih.
(ii) Memberi perlindungan dan pertolongan yang di-
perlukan.
(iii) Merancangkan strategi untuk mengasingkannya
daripada orang-orang yang membekalkan dadah
kepadanya.
(iv) Mendapatkan pertolongan dari orang-orang yang
boleh sama ada memberi perhatian atau suasana
yang rnembuatnya berasa diterima.
(v) Memikirkan cara-cara mendapatkannya pekerjaan
atau mencari bidang-bidang minat untuk memberinya
satu kesedaran tentang kesejahteraannya dan
dia sendiri mempunyai masa depan.
Kaunselor perlulah menyediakan dirinya untuk mengatasi
atau menyelesaikan keganasannya yang berlaku,
pertelingkahan dengan ibu bapa, keluarga, masyarakat dan
seterusnya. Ketakutan ini akhirnya menyebabkan dia berasa
kecewa dan putus asa.
(c) Pendataran: Pada peringkat ini, orang yang bergantung
kepada dadah tidak lagi bergantung kepada dadah
yang memberi ‘daya pelenting’ (kick) seperti dialami sebelum
itu. Pada peringkat ini yang penting padanya ialah untuk
menghindar tanda-tanda pengundupan (withdrawal symptoms).
Dia memperlihatkan ciri-ciri yarrg nyata sebagai
seorang penagih. Dia mempunyai kumpulan rakan-rakannya
sendiri; dia memilih suatu masa yang tertentu untuk
mengambil dadah, dia tahu akan kaedah yang terbaik untuk
mendapatkan kesan yang paling besar dari dos-dosnya; dia tahu
akan kuantiti yang diperlukannya dan dia hanyut membawa
diri melakukan hal-hal di atas secara mekanikal. Ini adalah
perkara-perkara ketakstabilan yang berlaku di kalangan
penagih berlaku. anehnya ialah, kaunseli-kaunseli sanggup
memberitahu kita mengenai rakan-rakan lain yang mereka campuri
dan bagaimana mereka itu menjadi ketagih dan betapa
mereka memerlukan pertolongan dan galakan untuk
menyingkirkan tabiat itu. Ini adalah sebenarnya kisah dan usaha
mereka sendiri untuk menjauhkan diri dari ketagihan dadah.
Ianya merupakan satu cara membuktikan kepada diri mereka
sendiri dan kepada orang lain bahawa nmereka tidak lagi
tunduk kepada tabiat yang baru diperolehi itu. Kaunselor
boleh mengkaji dengan lanjut mengenai kaunseli itu sendiri
melalui apa yang dperkatakannya mengenai rakan-rakannya.
Kaunselor perlulah berdamping rapat dan memberi
perhatian terhadap kaunseli tanpa cuba mengingatkannva
tentang keburukan ketagihan dadah. Ini semua diketahui
sepenuhnya oleh kaunseli. Lagipun, pesakit itu pemah
menderita akibat dari penagihan dadah, manakala si kaunselor
pula tidak pernah. Oleh itu, apalah gunanya membincang-
kan keburukan itu jika ianya tiada kaitan dengan pengalamannya
sendiri. Menasihati, memahami dan menakut-nakutkannya
adalah tidak berkesan kerana kegembiraan,
sangat mudah diperolehinya dan merupakan satu kenyataan.
Usaha-usaha menyuruh pesakit berjanji jangan rnenyentuh
dadah lagi adalah sia-sia. Oleh itu, perlu dicari satu ikhtiar
untuk menyedarkan individu itu secara berterusan dengan
memastikan bahawa cara itu dilaksanakan. Umpamanya
menentukan supaya orang yang bergantung kepada dadah
tinggal di rumah dengan seliaan yang rapi, atau mewujudkan
kebanggaan individu itu melalui pencapaian dalam sesuatu
usaha atau projek. Masalahnya mungkin terletak pada
ketidakmampuannya rnengusahakan sesuatu projek.
Dorongan-dorongan perlulah difikirkan bersama proses kaunseling y.ang
dijalankan se cara terus-menerus. Melalui pengalaman didapati
bahawa pada peringkat awalnya, pertemuan di arrtara orang
yang bergantung kepada dadah dan kaunselor perlu diadakan
pada tiap-tiap tiga hari atau sebagainya. Kaunseling ini boleh
diadakan sama ada di sekolah ataupun di rumah. Walau bagai-
manapun adalah lebih baik dijalankan di rumah kerana tidak
ada gangguan dari murid-murid lain”
Permohonan-permohonan tertentu oleh kaunseli tidak
semestinya dipersetujui walaupun sebagai satu ganjaran
kerana telah berkelakuan baik selama dua minggu. Ini akan
memusnahkan usaha memulihkannya yang telah memakan masa
berminggu-minggu. Pada hakikatnya dia belum benar-benar
puIih. Dalam tempoh ini, tindakannya mungkin beralih
kepada mencuri, melakukan rompakan-rompakan kecil,
menecah rumah, peras ugut dan sebagainya. Dia merayau dari
kawasan ke kawasan, tidur di mana sahaja dan tidak
menghiraukan orang.
Setengah penagih mendapat galakan dari
bantuan kewangan oleh keluarga mereka untuk menanggung
tabiat ini. Mereka ini dapat mengelakkan diri dari melakukan
jenayah, tinggal dalam kiadaan hampl dan hanyut dalam
kehidupan yang kosong serta penuh penderitaan.
Kaunseling bagi tempoh peringkat ini adalah sukar.
Walaupun si penagih datang dengan sendirinya untuk
mendapatkan pwertolongan, tetapi dia masih terus mengambil
dadah. Dia mungkin juga mendapat belas kasihan dari
kaunselor dan melaluinya dapat sedikit bantuan kewangan. Dia
mungkin menghadiri beberapa sesi kaunseling untuk memcurahkan
segala kesedihannya. Dia akan cuba untuk menghindarkan
tabiat itu, tetapi keupayaan jasmaninya berkurangan,
apatah lagi keupayaan psikologlnya. Kaunselor akan
memerlukan bantuan dari kerjasama ibu bapa dan doktor khususnya
di peringkat awal pengunduran (withdrawal).
Dia selalu meminta kebenaran membuat pengunduran secara
beransur-ansur, tetapi satu-satunya jalan keluar hanyalah berhenti
terus dengan segera. Pengunduran secara beransur-ansur ini
memberi kepuasan yang berpura-pura dan tidak akan
membawa kesan. Langkah pertamanya ialah untuk mencari dan
menggalakkan motivasi dalam diri individu sendiri.
(d) Motivasi: Ini adalah sangat mustahak dalam kaunseling
kepada orang-orang yang bergantung kepada dadah.
1. Kaunseling itu berjaya bila individu itu sudah mempunyai
motivasi yang cukup untuk menyelesaikan masalahnya
sendiri dan berubah kepada sikap dan tanggapan baru
terhadap kehidupan.
2. Dalam peringkat pergantungan kepada dadah,
motivasi seseorang itu merosot. Oleh itu, fikirannya menjadi
buntu, yang difikirkannya ialah untuk mencari keseronokan.
Di samping itu dia juga bersifat mementingkan diri
sendiri.
3. Motivasi ini perlu di dalam tiap aspek kehidupan
dan kaunselor perlu membentangkan seberapa banyaknya
kepada kaunseli. Pertama ialah rangsangan luaran untuk
motivasi. Penagih-penagih ini dijanjikan ganjaran seperti
kesihatan dan kebahagiaan. Mereka juga ditakutkan dengan
deraan, dihantar masuk penjara, kemerosotan kesihatan dan
rasa malu. Nilai-nilai seperti yang berkaitan dengan agama
dan masyarakat perlu ditanam di jiwa mereka. Kedua ialah
rangsangan dalaman untuk motivasi. Mereka disemaikan
dengan perasaan menghargai diri dan kepuasan hati sendiri
dan keazaman peribadi. Dan ketiga ialah rancangan aspirasi
untuk motivasi yang melibatkan masa h.rdapan, cita-cita dan
rancangan-rancangan perkahwinan dan berkeluarga.
(iv) Cara-cata untuk menggerakkan individu mestilah
disediakan dan dirancangkan oleh kaunselor bersama-sama
dengan kaunseli. Kaunseli perlu mendapatkan keyakinan
bahawa kaunselor boleh mengawasi keadaan.