SEBAB-SEBAB DAN FAKTOR-FAKTOR KEMASUKAN DADAH

DALAM NEGARA

Penagihan dadah memberi kesan yang buruk kepada penagih.
kesan buruk ini berbeza di antara seserang dengan seseorang yang
lain. Tidak ada satupun kesan penagihan itu yang dari sudut apa jua
sekali pun dapat dianggap berfaedah. Inilah yang kita hadapi
sekarang iaitu yang berkaitan dengan penagihan dadah, di mana
heroin merupakan bahan dadah utama yang digunakan kerana:

1. Pengaruh kebudayaan Hippie yang muncul di Barat ketika itu;

2. Peningkatnya kedatangan pelancung dari luar negeri termasuk
tentera-tentera Amerika Syarikat dari Vietnam ke pusat-pusat
pelancongan terutama Pulau Pinang;
3. Pengeluaran dadah terutamanya jenis heroin secara besar-besaran
ke negara jiran sejak akhir tahun 60an sehinggalah sekarang.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kemasukan
dadah ke negara ini. Di antaranya ialah:

1. Malaysia adalah sebuah negara yang pesat membangun, telah
maju jauh ke hadapan dalam segenap bidang, termasuk Sidang
perindustrian. Keadaan ini telah mendorong ramai muda-rnudi
yang tinggal jauh di pendalaman berhijrah ke bandar-bandar
beasr. Hsil dari daya tarikan pendapatan yang lebih lumayan
dan keadaan hidup yang dipercayai lebih selesa. Penghijrahan
dari desa ke bandir ini telah menimbulkan beberapa masalah
sosial bagi mereka itu. Khususnya berkaitan dengan cara hidup
dan nilai hidup yang sangat berlainan atau apa yang dikatakan
‘cultural shock’.

2. Masalah ini menjadi lebih rumit lagi dengan keadaan negara
kita Malaysia yang berhampiran dengan kawasan pengeluaran
dadah, iaitu kawasan Tiga Segi Emas (Golden Triangle) yang
terletak di sempadan bersama Thailand, Burma dan Laos.

Kawasan Tiga Segi Emas ini dikatakan berupaya mengeluarkan
kira-kira 6oo-700 tan candu mentah setiap tahun dan sebahagian
besarnya diproseskan dan dipasarkan ke Eropah, Amerika dan
Asia. Dikatakan juga terdapat kira-kira 10-15 buah kilang
memproses candu kepada morfin dan heroin di sepanjang sempadan
Thailand/Burma.

Lokasi fizikal negara kita, infrastruktur dan sistem komunikasl
kita yang baik membuatkan negara kita menjadi sebuah negara
perantarian (transit country) untuk penyeludupan dan pengedaran
dadah ke dalam negara dan seterusnya ke negara-negara lain.Negara
kita juga merupaka sebuah negara yang terdedah yang mempunyai
garisan laut yang luas dan merupakan negara yang berkongsi
sempadan dengan kesemua negara ASEAN. Sebagai contohnya sempadan
darat negara kita dengan Thailand iaitu Kuala Perlis ke Pengkalan
Kubur, kelantan, iaiiu kira-kira 576 km dan mempunyai pula
beratus-ratus pengkalan/pintu masuk tidak resmi. Di sepanjang
Kelantan/Thailand sahaja misalnya, yang jaraknya kira-kira 105 km
terdapat hampir 200 buah pengkalan tidak rasmi yang sentiasa
digunakan oleh para penyeludup untuk menyeludup barang-barang
ke negara ini, termasuk dadah. Sebahagian dadah yang dibawa
masuk ke negara ini untuk tujuan transit juga telah diedarkan di
pasaran-pasaran tempatan bagi memenuhi permintaan dan
keperluan pelanggan-pelanggang yang sentiasa meningkat.

1. Penagihan dadah banyak berlaku di kalangan anak-anak muda
dalam lingkungan umur 15 – 35 tahun. Dan kebetulan pula lebih
daripada 50 peratus penduduk Malaysia terdiri daripada golongan ini.

2. Malaysia telah dan sedang menghadapi ancaman subrersif
pengganas komunis sejak tahun 7945 lagi. Sungguhpun lidak
ada bukti jelas mengaitkan dadah dengan komunis, kemungkinan
dadah digunakan sebagai alat subversif komunis tidak boleh
disangkal secara menyeluruh.

Selain dari sebab-sebab lokasi fizikal negara kita yang berhampiran
dengan negara-negara pengeluar terdapat juga sebab- sebab
yang berpunca dari dalam negeri.

1. Kegiatan penagihan dadah merupakan satu kegiatan haram
yang dilakukan di tempat-tempat terpencil dan sunyi. Keadaan
ini menyebabkan amat sukar bagi masyarakat untuk menentang
ancaman yang tidak disedari ini sedang melanda masyarakatnya
atau keluarganya.

2.Seseorang penagih akan mengenali atau mempercayai
kumpulan semasa mereka sahaja.

3. Kebanyakkan ibubapa akan menyembunyikan penglibatan
anak mereka dengan dadah dari pengetahuan pihak berkuasa
atau orang ramai kerana malu dan sebagainya dan keadaan ini
memburukkan lagi keadaan.

4. Kaum keluarga hanya dapat mengesan penagih dalam
keluarganya sendiri apabila keadaan penagihan itu sudah parah.

Di Malaysia, kejadian salahguna dadah di kalangan belia
berlaku sejak awal tahun 1970an lagi, dan jumlah belia yang terlibat
telah bertambah dari masa ke semasa. Sehingga pada satu ketika
(19hb. Febuari 1983) semasa melancarkan kempen Anti Dadah
Peringkat Negara, Perdana Menteri Malaysia telah mengistiharkan
“Dadah Sebagai Musuh Negara Nombor Satu”. Pengistiharan ini
secara automatik telah meletakkan ancaman dadah sebagai ancaman
keselamatan dan tidak lagi sebagai masalah sosial yang ringan.
Sebagai masalah keselamatan Negara, maka tanggungjawab
memerangiaya adalah terpikul di atas bahu setiap orang rakyat dan
bukan sahaja oleh sekumpulan rakyat atau jabatan-jabatan kerajaan
tertentu sahaja.

Apa Itu Dadah © 2017
Home Privacy Policy Terms Of Use Contact Us Affiliate Disclosure DMCA Earnings Disclaimer