PROGRAM KEMASYARAKATAN

Program kemasyarakatan dan kemudahan tertentu yang
konkrit di beberapa negeri untuk menggalakkan penyertaan
perseorangan, kumpulan masyarakat dalam kegiatan untuk mencegah
penyalahgunaan dadah dan menerima semula mangsa-mangsa
dadah ke pangkuan masyarakat.

(i) Program-program Penerangan dan Pendidikan Dalam
Masyarakat

Isi kandungan program penerangan dan pendidikan
mengenai dadah adalah hampir serupa dengan program-program
yang telah disebutkan dalam bab ini. Walaupun
demikian, terdapat perbezaan dari segi falsafah, tujuan-
tujuan dan kumpulan sasaran.

Fahaman yang mendalam tentang masalah dadah di
dalam sesuatu masyarakat akan melahirkan daya usaha yang
lebih untuk mengatasi masalah ini dengan lebih berkesan
dan mangsa dadah akan mendapat simpati yang lebih.

Matlamat program ini ialah:-

(i) Fahaman masyarakat yang lebih mendalam berkenaan
dengan dadah dan penggunaannva.

(ii) Faham akan adanya penyalahgunaan dadah di
dalam bahan-bahan seperti minuman keras, tembakau dan ubat-ubat.

(iii) Faham akan sebab-sebab dadah itu digunakan dan
akibatnya.

(iv) Keupayaan untuk mengesan pengguna dadah.

(v) Perhubungan yang lebih erat di antara ibu bapa,
anak-anak, guru dan juga mereka yang bersangkut
paut dengan masalah belia.

Setiap program hendaklah disesuaikan dengan ciri-ciri
kumpulan sasaran. Oleh kerana tiap kumpulan mempunyai
ciri yang berbeza, program yang iengkap perlu dibentuk untuk
kumpulan tertentu. Di samping itu, kurikulum itu perlu
digabungkan dalam iatihan-latihan profesional untuk
kumpulan-kumpulan tertentu.

Selalunya program pendidikan untuk ibu bapa boleh di-
laksanakan melalui sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Per-
satuan Ibu Bapa dan Guru iain dan institusi yang sama.

(ii) Pusat-pusat Kaunseling/Nasihat
Falsafahnya: Para belia berkehendakkan nasihat bukan
sahaja berkenaan masalah-masalah yang bersangkut-paur
dengan dadah tetapi mereka juga berkehendakkan nasihat
berkenaan dengan masalah-masalah yang lain yarlg mungkin
ada sangkut-pautnya dengan masalah-masalah dadah. Mereka
selalunva enggan mendapat nasihat dari pihak-pihak berkuasa.

Matlamat-matlamatnya ialah :

(i) Untuk memberi nasihat dan sokongan kepada mereka
yang mempunyai masalah-masalah dadah dan
juga masalah-masalah lain yang bersangkut-paut
dengan belia.

(ii) Untuk memberi maklurnat berkenaan perkhidmatan
yang sedia ada dan bagaimana untuk dipergunakan.

(iii) Untuk memberi maklumat berkenaan dengan da-
dah, penggunaan-penggunaan dadah dan akibat-
akibatnya.

Kumpulan sasaran: Biasanya yang terlibat adalah kumpulan
belia tetapi ada kumpulan-kumpulan lain yang mung-
kin juga terlibat.

Rekabentuk program: Perkhidmatan kecemasan yang
senang diperolehi seperti klinik-klinik kerana klinik-klinik ini
mempunyai hubungan rapat dengan institusi-institusi
masyarakat yang terlibat. Perkhidmatan kecemasan diperlukan pada
masa-masa tertentu misalnya dalam upacara sukan seperti
Bulan Sabit Merah, sistem penasihat keccmasan melalui
telefon dan pusat-pusat harian.

Perlaksanaan: Pusat-pusat kaunseling dan nasihat ini
mestilah dibina di kawasan-kawasan yang senang didatangi.
Pusat-pusat ini bolehlah ditempatkan di sekolah-sekolah, di
universiti, di balai raya, masjid, surau, kuil atau tempat-tempat
perjumpaan badan-badan sukarela masyarakat.

Mereka yang memberi pelbagai perkhidmatan termasuklah
kaunselor-kaunselor profesional, ibu hapa yang telah
menerima latihan khas, bekas-bekas penagih dan rakan-rakan
sebaya.

Latihan adalah mustahak untuk kaunselor-kaunselor,
kaunselor-kaunselor yang terdiri dari kumpulan sebaya (peer
group). Kaunselor yang terdiri dari kumpulan sebaya ini
mendapat latihan melalui pergaulan mereka dengan
kaunselor-kaunselor di sekolah.

(iii) Pusat-pusat Harian (Drop in centres)

Falsafahnya: Dengan adanya sebuah pusat yang mempunyai
suasana yang tidak formal dan mempunyai perkhidmatan
kaunseling, para belia boleh mendapatkan bimbingan
untuk mengambil bahagian di dalam kehidupan biasa dan
menjauhkan diri dari dadah.

Matlamat-matlamatnya: Untuk menolong belia menyesuaikan
diri mereka dengan kumpulan sebaya dan menjauhkan
diri dari terlibat dengan dadah supaya mengurangkan
tekanan untuk menggunakan dadah.

Rekabentuk program dan perlaksanaan: Kemudahan
kaunseling yang lengkap perlu disediakan supaya
perkhidmatan kaunseling dapat diberikan sepenuhnya.
Di antara kemudahan ini termasuklah kemudahan untuk membaca,
kemudahan reakre asi seperti perroainan, btlkn-buku, alat-alat
muzik, dan teievisyen, bilik-bilik kecii untuk berkumpul dan
bilik kaunseling” Di samping itu, pusat ini perlu didirikan
di ternpat yang mudah didatangi.

Kerjasama dan bantuan dari masyarakat kerapkali diperlukan,
disebabkan para pengguna kemudahan ini tidak
mampu membayar kos menyediakan kelengkapan dan kes
penyelenggaiaan pusat ini. Sungguhpun bangunan-bangunan
boleh dilengkapkan rnelalui derma-derma tetapi bantuan
kewangan kerajaan masih iagi diperlukan untuk membayar kos
sewa atau kos perkhidmatan kaunseling.

Persiapan awal seperti bangunan dan penyelenggaraan
biasanya adalah tanggungiawab para pengguna pusat itu sendiri.
Dalam konteks ini penyelenggaraan yang cekap perlulah
ditentukan dan sebuah jawatankuasa pusat yang berfungsi
mengikut lunas-lunas demokrasi perlulah menggubal
peraturan-peraturan untuk rnengawasi kegunaan
bangunan-banggunan dan juga membuat keputusan rnengenai
penguatkuasaan pcraiuran tersebut. Semua pusat harian melarang
penggunaan, memiliki atau menjual riadah di dalam
bangun-bangunannya. Ada juga yang melarang merokok,
meminum arak, judi dan lain-lain lagi. Seseorang yang melanggar
peraturan ini tidak dibenarkan masuk ke pusat itu lagi.

(v) Menyediakan Tempat Perlindungan

Falsafahnya: Kekurangan tempat penginapan yang sesuai
menyebabkan sebilangan belia yang meninggalkan rumah
dan merayau-rayau tanpa haluan. Akhirnya mereka terlibat
dengan golongan yang menyalahgunakan dadah. Setengah-setengah
mereka kekal dalam kumpulan tersebut.

Matlamat-matlamatnya: Menyediakan tempat penginapan
untuk belia yang tidak mempunyai rumah dan menyediakan
tempat penginapan untuk bekas penagih dadah
yang ingin bebas dari dadah.

(v) Memperkembangkan Aktiviti-aktiviti Gantian

Falsafahnya: Ada orang-orang yang menyalahgunakan
dadah oleh kerana mereka tidak dapat melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti gantian yang berfaedah dan memberi
kepuasan kepada diri sendiri.

Matlamat-matlamatnya: Untuk menggalakkan dan menyediakan
aktiviti pilihan seperti latihan fizikal, rekreasi
dan lain-lain.

Rangka bentuk program dan perlaksanaan: Pemilihan
prograrn gantian yang tertentu adalah bergantung kepada
nilai-nilai sosial dan kebudayaan masyarakat itu.
Program-program yang dibentuk ini melibatkan kumpulan-kumpulan
berdasarkan aktiviti-aktiviti atau minat yang sama. Faktor
penentu yang paling penting ialah minat dan kehendak belia
untuk mengambil bahagian dalam program-program ini.
Sungguhpun para belia mencari kebebasan bagi menyusun
aktiviti masa lapang mereka, sokongan masyarakat yang
sesuai dan aktif adalah satu faktor penting untuk
memperkembangkan satu progmm yang realistik dan berfaedah.

(vi) Pusat sumber penerangan

Falsafahnya: Program-program pencegahan akan bergerak
dengan lebih berkesan sekiranya anggota masyarakat
diberi penerangan yang cukup mengenai dadah. Sebuah pusat
kemudahan adalah perlu untuk memberi segala maklumat
mengenai hal ini. Adalah mustahak maklumat ini dapat
digunakan oleh semua ahli masyarakat dengan senangnya.

Matlamat-matlamatnya : Pertama, untuk mewujudkan
satu perkhidmatan mengumpul dan mengedarkan bahan-bahan
yang sesuai. Kedua, untuk menguruskan perkhidmatan
maklumat dan kutubkhanah. Ketiga, untuk menyediakan
para penceramah yang cekap untuk memberi ceramah kepada
berbagai jenis kumpulan dalam masyarakat itu. Dan keempat,
untuk memberi penerangan mengenai perkhidmatan-perkhidmatan
yang sedia ada mengenai pencegahan, rawatan dan pemulihan.

Kumpulan sasaran: Semua golong’an masyarakat yang
berminat mengenai masalah-masalah yang berkait dengan
dadah.

(vii) Penempatan pekerjaan kaunseling dan latihan.

Falsafahnya: Ada setengah-setengah belia yang membuat
pekerjaan mereka membosankan dan mengecewakan.
Mereka yang mengganggur lebih merasai tekanan jiwa ini.
Seperti yang kita maklum bahawa melalui pekerjaan, mereka
dapat menggunakan potensi-potensi mereka sepenuhnya akan
mengurangkan perasaan kekecewaan dan menimbulkan rasa
tanggungjawab terhadap masyarakat atau mencegah keinginan
untuk mencari kepuasan dengan menggunakan dadah.
Oleh itu tempat penginapan perlu di sediakan untuk menampung
8 – 12 orang yang ditempatkan di suatu kawasan
di mana penghuni tidak mungkin bertemu penagih-penagih
dadah yang lain. Sungguhpun seorang kakitangan perlu
bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelenggarakan
rumah perantaraan itu. Sejauh mana yang boleh, rumah
perantaraan itu hendaklah ditempatkan berhampiran dengan
tempat-tempat yang mereka selalu kunjungi, misalnya sekolah,
pusat latihan, pejabat pekerjaan dan tempat-tempat pekerjaan.

Rekabentuk program: Di samping menyediakan tempat
penginapan program khas perlu dibentuk. Tujuan utama
program ini ialah untuk mewujudkan masyarakat terapeutik
(therpeutic comnumity). Dalam menentukan dasar dan
membentuk program mereka, beberapa hal tentu perlu diambil
perhatian, di antaranya ialah had umur untuk kemasukan,
kelayakan mengikut pengalaman mengguna dadah, jangka
masa untuk tinggal, jenis-jenis tempat penginapan dan
jenis-jenis perkhidmatan (makanan, rekreasi, kaunseling dan
lain-lain).

Perlaksanaan dan sumber-sumber yang diperlukan:
Projek-projek seperti ini boleh diperkembangkan dengan
meluaskan kemudahan-kemudahan yang sedia ada dan menggalakkan
organisasi-organisasi lain yang mempunyai kakitangan
yang terlatih untuk menjalankan program ini. Di samping
itu, peruntukan kewangan mesti mencukupi untuk menentukan
supaya pengurusan dapat dijalankan secara berterusan
oleh kerana sokongan sukarela selalunya tidak mencukupi
untuk membiayai kos pengurusan seperti kos penginapan, kos
makanan, gaji kakitangan dan perbelanjaan lain.

Matlamat-matlamatnya: Pertama, untuk menentukan
bahawa belia-belia mempunyai pekerjaaan. Kedua, untuk
mengesan jawatan-jawatan kosong. Ketiga, untuk memberi
nasihat mengenai peluang-peluang pekerjaan. Dan keempat,
untuk melatih belia-belia meningkatkan kemahiran mereka.

Kumpulan sasaran: Program ini melibatkan tiga kumpulan
iaitu majikan-majikan di kalangan masyarakat, para
belia yang menganggur atau bekerja sambilan dan mereka
yang bertanggungjawab mengenai program-program latihan.

Rekabentuk program dan perlaksanaannya: Dalam
usaha mewujudkan program untuk mencari pekerjaan dan
penempatan pekerjaan, beberapa langkah perlu dipertimbang.
Pertama, apabila perkhidmatan penempatan pekerjaan
telah sedia ada misalnya pejabat pekerjaan, penghuni-penghuni
yang telah dipulihkan boleh diberi pekerjaan sekiranya
mereka memenuhi tujuan. Kedua, apabila perkhidmatan itu
tidak lengkap atau tiada langsung, adalah perlu menubuhkan
program khas menempatkan penghuni-penghuninya. Sebuah
jawatankuasa kerja boleh menolong pembentukan program
seperti ini, pada peringkat permulaan program satu kajiselidik
mengenai keperluan-keperluan tenaga buruh tempatan
perlu dibuat. Ini juga boleh dikaitkan dengan program latihan
vokasional yang ada. Ketiga., kemahiran-kemahiran dan
matlamat-matlamat setiap penghuni perlulah diselaraskan dengan
pengkhususan pekerjaan. Dan keempat, perkhidmatan kaunselor
perlu diadakan dan dilibatkan bila masalah-masalah
berbangkit sama ada pada pihak penghuni atau pihak majikan.

Kebanyakan program kaunseling dan latihan adalah mahal
kerana keperluan untuk mengadakan tenaga pengajar
yang berkelayakan, alat-alat latihan ying khas dan jangka
masa yang diperlukan untuk menyempurnakan latihan-latihan
adalah lama.