Tujuan utama rancang-an-rancangan yang diterangkan di
dalam bab ini ialah untuk mengelakkan penyalahgunaan
dadah yang boleh membahayakan diri perseor:urgum, oriurg
orang di sekelilingnya atau masyarakat keseluruhannya-
Usaha-usaha untuk mencapai matlamat ini boleh dilakukan
dengan berbagai bentuk, bergantung kepada tiga faktor
yang berkaitan:-
(i) Dadah yang digunakan.
(ii) Pengguna yang menggunakan dadah.
(iii) Suasana dan keadaan di mana berlakunya penyalahgunaan dadah.
Rancangan pencegahan bolehlah berbentuk sama ada
yang merangsangkan ataupun menakutkan.
(u) Kaedah rangsangan: Perlu ada kesanggupan dan
minat pengguna dadah (penagih) dalam menyelesaikan
masalah-masalah mereka secara membina. Di samping itu,
mereka perlu mengubah suasana sosial yang ada pertalian
dengan kegunaan dadah yang merbahaya.
(b) Kaedahmenakutkan/menghindarkan: Penyalahgunaan
dadah boleh dielakkan dengan menakut-nakutkan
pengguna (penagih) dadah tentang bahaha dadah. Penagih
juga boleh diingatkan atau ditakut-takutkan dengan hukuman
yang akan dikenakan di atas perbuatan mereka dari segi
undang-undang. Langkah-langkah penguatkuasaan perlu juga
diambil terhadap penanaman, pengeluaran dan pengedaran
dadah. Akhirnya kawalan farmasi perlu diperketatkan bagi
menyekat pengaliran keluar hasil-hasil farmasi ke pasar gelap.
Di samping unsur-unsur pencegahan yang positif, kaedah
rangsangnn sentiasa ditekankan, penguatkuasaan
undang-undang adalah amat penting untuk menyokong usaha-usaha
pencegahan.
(c) Matlamat-matlamat umum pencegahan:
Langkah-langkah yang perlu diambil di dalam merangka, merancang
dan melaksanakan rancangan-rancangan pencegahan ialah
pemilihan matlamat. Pemilihan ini akan dipengaruhi dengan
luasnya oleh ciri-ciri penyalahgunaan dadah dan
masalah-masalah yang berkaitan. Pada amnya matlamat-matlamat
adalah seperti berikut :
(i) Memberhentikan kehendak untuk sejenis dadah
atau dadah-dadah tertentu. Pencapaian matlamat
ini sangatlah rumit, terutamanya di negara-negara
di mana dadah tertentu telah digunakan turun-temurun
secara tradisi.
(ii) Mengurangkan jumlah kes baru penyalahgunaan
dadah. Inilah matlamat yang sanqat realistik.
(iii) Mencegah kegunaan bahan-bahan yang mungkin
boleh disalahgunakan.
Beberapa Pertimbangan Untuk Merancang Proglam
Pencegahan
Sebelum memulakan program-program pencegahan, beberapa
faktor yang mungkin akan memberi kesan rancangan perlu
dipertimbangkan. Hasil penelitian ke aras pengalaman di
beberapa buah negara mengesyorkan seperti berikut:-
Rancangan pencegahan yang berkesan memerlukan
usaha-usaha yang berterusan dan untuk jangka panjang.
Usaha-usaha yang terhad kepada jangka masa yang singkat,
selalunya tidak mendatangkan hasil yang dikehendaki, malahan
sebaliknya pula. Walau bagaimanapun, usaha ini memerlukan
peruntukan khas tenaga pekerja dan pelbagai kemudahan.
Sebelum merangka program-program pencegahan adalah
mustahak untuk mengetahui sebanyak yang mungkin tentang
keadaan masalah itu, perhatian yang diberikan oleh masya.
rakat dan kumpulan sasaran yang ditujukan. Hendaklah juga
dipastikan siapa yang bertanggungjawab terhadap pelbagai
bahagian perlaksanaan program pencegahan. Pada peringkat
awal dalam prcrses perancangan, perlu ada penyelarasan
diwujudkan penyelarasan di antara agensi-agensi berkenaan dan
kepimpinannya.
Sebelum rancangan dilaksanakan perlulah ada perbezaan
yang jelas di antara penerangan dan pendidikan. Rancangan
penerangan adalah berdasarkan anggapan bahawa pengetahuan
itu sendiri akan mempengaruhi tingkah laku golongan atau
individu yang menjadi sasarannya. Rancangan pendidikan
menganggap selain daripada memberi pengetahuan, juga
merupakan usaha untuk menanamkan sikap dan nilai yang
tertentu.
Dalam melaksanakan rancangan ini, seseorang kaunselor
kerap menghadapi masalah. Masalah ini disebabkan oieh
berbagai teori pencegahan yang kadangkala menyusahkan untuk
memilih sesuatu pendekatan yanu sesuai.
LangkahJangkah Pencegahan
Langkah pencegahan ini terbahagi kepada tiga:
(a) Langkah-langkah penerangan.
(b) Langkah-langkah pendidikan.
(c) Langkah-langkah kemasyarakatan.
Andaian asas di daiarn semua rancang penerangan dan
pendidikan dadah ialah kelakuan semasa atau kelakuan yang
dijangkakan bolehlah diubah melalui pengetahuan dan sikap
serta nilai yang boleh diubahsuai secara memberi dorongan.
Contohnya, di dalam rancangan-rancangan. Penerangan, ilmu
pengetahuan akan mengubah sikap-sikap dan seterusnya
membawa perubahan-perubahan tingkah laku. Sayugia
diingatkan, bahawa pengetahuan tidak selalunya menghasilkan
perubahan sikap. Sebaliknya, pengetahuan menekankan be
tapa pentingnya keperluan untuk mendapatkan maklum
balas dan mengkaji semula kesan rancangan-rancangan yang
ditujukan kepada kumpulan sasaran yang tertentu.
Tujuan utama rancangan kemasyarakatan iaiah untuk
mengglakkan penglibatan individu, kumpulan dan seluruh
masvarakat di dalam program pencegahan dan program
mengembalikan semula pengguna (penagih) dadah ke pangkuan
masyarakat.