Mengikut kajian yang dibuat dalam tahun 1977 dan dari
data-data yang didapati dari hospital-hospital di seluruh Malaysia,
sebahagian besar daripada belia-belia yang menyalahgunakan
dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15 – 25
tahun. Perlu diingat juga dalam lingkungan umur tersebut
sebahagian besarnya adalah belia-belia yang masih bersekolah di
sekolah kerajaan dan swasta ataupun belia-belia yang sedang
menuntut di pusat-pusat pengajian tinggi.
Di samping kajian ini, penyelidikan yang dijalankan oleh
pakar-pakar Pusat Penyelidikan Dadah Kebangsaan di Universiti
Malaysia, Pulau Pinang mengenai penagih-penagih
dadah menunjukkan mereka mula menyalahgunakan dadah
atas dorongan faktor-faktor seperti berikut :-
1. Keinginan untuk mengetahui tentang dadah dan seterusnya
ingin mencuba sendiri.
2. Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya
tiap-tiap jenis dadah itu.
3. Pengaruh rakan-rakan dan ingin menyesuaikan dirinya
dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
4. Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan berbagai masalah hidup.
5. Melupakan sesuatu kesusahan yang sedang ditanggungnya.
6. Tidak menegunakan masa lapangnya dengan melakukan
aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
7. Mengikut kemahuan darah mudanya dengan sekehendak
hati.
8. Melupakan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan
ibu bapa.
9. Percolakan rumahtangga.
10. Tidak ada kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak.
11. Ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih mewah
daripada yang termampu olehnya.
12. Mengalami rasa jemu dan bosan dalam pelajaran.
13. Sahsiahnya terganggu dan tidak mantap.
14. Diberi terlalu banyak wang saku atau duit belanja.
15. Kerana mempunyai sikap sinis terhadap masyarakat
yang pura-pura, masyarakat kebendaan, masyarakat
yang tidak mengamalkan keadilan sosial dan masyarakat
yang menentang pihak yang berkuasa.
16. Merasa kesunyian, merasa tidak dikasihi, tersingkir, rasa
tidak sempurna, mencari kebahagiaan, menghilangkan
rasa ketegangan.
17. Ingin mendapat perhatian.
18. Tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di
bandar-bandar besar.
19. Kerana keinginan untuk menguatkan nafsu jantina.