GARIS PANDUAN UNTUK MENGESAN PENCUBA DAN PENGGUNA DADAH

Seseorang pengguna dadah akan berusaha seberapa boleh untuk
menyembunyikan tabiatnya dari diketahui orang lain. Dengan
itu adalah penting mcmpunyai kebolehan mengenai
tanda-tanda dan gejala-gejaia luar penyalahgunaan dadah.
Gum-gum bimbingan hendaklah tenitamanya awas tentang
gejala-gejala ini, dan penting -nenyedari bahawa masalah
dadah adalah sangat rumit sehinggakan pakar-pakar sendiri
adakalanya mendapati sukar ntembuat peneanalisaan yang
tepat. Yane penting ialah jangan bertindak tergesa-gesa dan
terburu-buru, tetapi hendaklah sentiasa berhati-hati dan
membuat penelitian dalam mengkaji kelakuan murid-murid.

1. Tanda-tanda penggunaan dadah:

(i) Perubahan dalam kehadiran ke sekolah.

(ii) Ponteng kelas.

(iii) Perubahan dalam keboiehan biasa (tabiat belajar
dan bekerja, kecekapan dan kemampuan).

(iv) Keadaan fizikal yang tidak memuaskan termasuk
tidak menghiraukan pakaian dan kebersihan diri.

(v) Selalu memakai kaca mata gelap atau hitam pada
masa yang tidak sesuai (di dalam rumah atau pada
waktu malam). Tujuannya bukan sahaja untuk
menyembunyikan anak mata yang mengecil atau
membesar tetapi juga membolehkan anak mata
membuat penyesuaian kepada cahaya matahari
atau cahaya yang terang.
Contohnya ganja (marijuana) menyebabkan mata
merah.

(vi) Mengambil tindakan-tindakan yang luar biasa
untuk melindungi lengan dari tanda-tanda suntikan.

(vii) Berdampingan dengan pengguna dadah yang diketahui.

(viii) Mencuri barang-barang yang mudah dijual atau digadaikan
untuk mendapatkan wang tunai (untuk meneruskan tabiat dadahnya).

(ix) Selalu ke tandas.

Senarai yang di atas, tanda-tanda serta gejala-gejala kelakuan
yang diberi hanya sebagai panduan untuk mengesan
tetapi Guru Bimbingan perlu menyedari iaitu tiada cara lain
selain dari mengenali seseorang secara mendalam mungkin
kita akan mengenal dan mempastikan pula kelakuan dan
tindakan yang tidak dapat dipertanggungjawabkan.

2. Sebarang Perubahan Kelakuan Tanpa Sebab Yang
Ternyata.

Daripada
(a) Rajin bercakap dan ekspresif
(b) Cergas, sihat dan penuh tenaga.
(c) Segak, dan yakin
(d) Suka menolong, penuh minat dan boleh
diharap.
(e) Penuh kemahuan, cergas dan bersemangat
(f) Berterus terang, suka berkawan dan percaya mempercayai.
(g) Gembira, optimis dan menarik

Kepada
(a)Pendiam, bercelaru dan menjauhkan diri.
(b)Gugup, kaku dan gelisah.
(c) Tertekan, tersiksa dan rasa bersalah.
(d) Pelupa dan tidak berminat.
(e) Lembab, kurang mengambil tahu dan kecewa.
(f) Mencurigai, suka bertelingkah dan tersingkir.
(g) Penyindir, pesimis dan kepala angin.

3. Lain-lain tanda kemungkinan penggunaan dadah.

Monyok, ghairah dan terlampau gopoh-gapah, suka bergaduh,
berkhayal, kelakuan tidak senonoh, banyak mulut,
bercakap tidak tentu hala, percakapan terganggu, mengilai,
huyung-hayang, tidak seimbang pergerakan, pening, gerak
pantulan keterlaluan, gerak pantulan yang lembab, anak mata
mengecil, mata lebih bersinar, mata merah, selera bertam-
bah, hilang selera, kekeiiruan ruang dan masa, sembelit, biji
mata kuning, kebersihan diri tidak dijaga, rambut panjang
dan kusut-masai, lari dari rumah, ponteng sekolah, selalu
tidak hadir ke sekolah, perubahan lain yang tidak dapat di
jelaskan.

4. Tanda-tandapengunduran (withdrawal)
Mata berair, berhingus, urat perut tersentak, cirit-birit,
menggeletar tanpa sebab.

5. Tanda-tanda kemungkinan pengguna atau pengunduran.

Mudah tersinggung dan gelisah, bimbang, sugul, rerayan,
halusinasi tidak tentu haluan, keliru, menggelatuk, peluh
bertambah, mata terbeliak, susah tidur, loya dan muntah
dan lain-lain.

Seorang pengguna mengetahui bahawa memiliki dadah
adalah menyalahi undang-undang. Oleh itu, dia akan
menyembunyikan dadah di tempat-tempat yang tidak boleh
dikesan. Berikut adalah di antara tempat-tempat yang diketahui
digunakan untuk menyembunyikan dadah:

– Pada bahagian pinggang atau lipatan-lipatan pakaian.
Dalam batang-batang pen, alat pemadam atau peraut
pensil.

– Di belakang bingkai-bingkai gambar, cermin-cermin
muka dan tingkap.

– Di belakang swis lampu dan penutup pendingin udara.

-Bahagian dalam rongga pintu dan tingkap.

-Di dalam batang-batang logam penggantungan langsir
dan langsir mandi dan batang-batang logam almari.

-Di dalam salib dan lainJain peralatan keagamaan.

-Dilekatkan pada bahagian atas tangki atr atau tangki
tandas.

-Di bahagian dalam radio transistor dan alat-alat muzik,
kotak sanrng kamera.

-Di dalam kitab-kitab suci.

-Di dalam rotisisip (sandwich) atau lain-lain makanan
atau minuman.

-Di dalam surat-surat yang dimeterikan.

-Di dalam bateri lampu picit.

-Di dalam lubang tangki air atau tangki berus cuci tandas.

-Di dalam atau di bawah bakul sampah atau tong sampah.