Kes pertama ini melibatkan seorang pelajar India dalam
Tingkatan V. Dia seorang pendiam, dia kurang bercampur
dengan murid-murid lain. Tiga perkara yang perlu diberi
perhatian mengenainya ialah dia sering datang lewat ke sekolah,
kerjanya tidak pernah sampai ke peringkat taraf yang diharapkan
dan dia letap lewat menjelaskan yuran-yuran.
Pada suatu pagi sebagaimana biasa dia telah sampai
lewat ke sekolah. Tanpa mengetuk pintu dan telah sampai
luar sehingga dijemput masuk, seperti lazimnya dilakukan
dia terus berjalan masuk ke bilik darjah dan melambaikan
tangannya kepada guru. Guru itu sungguh terkejut dengan
tingkah laku sedemikian dan beliau bertindakbalas menyuruhnya
nya keluar dari bilik darjah. Dia enggan dan mendesak supaya
dibenarkan duduk bersila atas lantai di hadapan kelas. Dia
tems berbuat demikian.
Keseluruhan tingkah lakunya itu adalah luar biasa. BiIa
dia dibawa masuk lie bilik St.John Ambulance, doktor
sekolah telah dijemput untuk membuat pemeriksaan ke atasnya.
Didapati kadar denyutan nadinya terlalu pantas dan
tekanan darahnya juga naik. Doktor mengarahkan supaya
dia dibawa ke hospital di mana dia ditahan bermalam. Kaunselor
telah pergi berjumpa keluar ganya untuk memberitahu
mereka mengenai apa yang telah berlaku. Dia dapat tahu dari
keluarga itu bahawa dia selalu meninggalkan rumah bagi
tempoh yang lama. Keluarganya tidak mengetahui sebab-
sebab dia meninggalkan rumah. Dia terlalu sukar untuk dikawal
dalam keluarganya, dan bersikap terlalu kasar.
Bila dia telah pulih dan keluar dari hospital, guru bimbingan
dapat peluang memberi kaunseling dengannya di bilik
kaunseling. Dia memberitahu guru bimbingan bahawa yang
paling ditakutinya ialah datang ke sekolahdan tidak
berkemampuan membayar yyutan-yuran dalam tempoh yang
ditetapkan. Guru tingkatannya terlalu mendesak supaya
pembayaran yuran bulanan dibuat tepat pada masanya. Budak ini
tidak terdaya menanggung tekanan oleh guru tingkatannya
dari satu pihak, dan dari satu pihak lagi keluarganya, disebabkan
tidak dapat mengadakan wang unuk bayaran yuran
bila diperlukan sebaliknya budak ini berasa bahawa dia
diabaikan oleh keluarganya (walaupun tidak sebenarnya)
kerana tekanan yang dialaminya, dan kerana ia tidak dapat
membincangkan masalah-masalahnya dengan sesiapapun
maka dia lazimnya mencari naungan padi rakan-rakan
sebayanya. Kumpulan rakan sebaya ini terdiri daripada gadis
gadis dan pemuda-pemuda. Dari situlah dia telah mula
terlibat dengan pil-pil (dadah).
Kesnya ini adalah suatu yang mudah diselesaikan. Dia
hanya perlu berbincang dengan gurunya serta meluahkan
perasaannya terhadap keluarganya semoga mendatangkan
kesedaran kepadanya bahawa apa yang telah dianggap olehnya
sebagai pengabaian adalah sebenarnya keadaaan kemiskinan
yang dihadapi oleh keluarganya. pelajar ini telah insaf dan
sanggu pmenghadapi keadaan, walaupun dia akhirnya gagal
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.