Berbagai masalah yang dihadapi oleh remaja/pelajar/belia. Di
antaranya pertama, masalah yang berkaitan dengan kesihatan dan
fizikal seperti terlalu kurus/gemuk, terlalu tinggi/rendah, terlalu
huduh parasnya, kesihatan selalu terganggu, mudah letih dan
sebagainya. Kedua, masalah yang berkaitan dengan emosi/
personaliti/remaja, seperti mudah kecil hati, segan dan malu, suka
membantah, sensitif, gementar/gugup, bertindak tanpa berfikir, kurang
yakin pada diri sendiri, suka berangan-angan dan sebagainya.
ketiga, masalah yang berkaitan dengan kesihatan mental seperti rasa
amat kesunyian, risau, rasa bersalah, terlalu banyak masalah
peribadi, tidak boleh bercakap di khalayak ramai dan sebagainya.
keempat, masalah yang berkaitan dengan perkembangan sosial,
iaitu susah hendak mesra, tiada peluang untuk menyertai aktiviti
sosial, tidak dibenarkan keluar dengan kawan-kawan, rasa serba
salah bila berjumpa orang lain dan sebagainya. Kelima, ialah
masalah yang berkaitan dengan perhubungan keluarga seperti
ibubapa berpisah/bercerai, ibubapa selalu bergaduh/berkelahi,
ibuba-pa kerap tiada di rumah, ibubapa tidak mempercayainya, selalu
berkelahi dengan adik-adik, ibubapa mempunyai sikap pilih kasih,
ingin hendak lari dari rumah dan sebagainya. Keenam, masalah yang
beikaitan dengan jantina yang berlainan misalnya bercinta, gagal
bercinta, suka sesama jenis dan sebagainya. Ketujuh, ialah masalah
yang berkaitan dengan sekolah dan pelajaran seperti risau dengan
peperiksaan, risau dengan markah rendah, takut tidak lulus
peperiksaan, takut dipukul oleh guru, benci kepada matapelajaran –
Inggeris, Matematik, tidak suka kepada seseorang guru dan
sebagainya.
Masalah-masalah yang dihadapi oleh remaja/pelajar/belia ini
akan memberi kesan kepada golongan ini. Jika sekiranya tidak
dijaga dan diberi perhatian yang sewajarnya, berkemungkinan besar
mereka yang menghadapi masalah ini akan mencari jalan keluar ke
arah yang negatif, misalnya, melakukan perbuatan-perbuatan yang
bertentangan dengan undang-undang seperti mencuri, merompak
dan lainlain lagi. Apa yang ditakuti sekali ialah melibatkan diri
dengan budaya dadah.
Golongan yang mempunyai masalah ini berpeluang melakukan
apa saja jika kita kurang memberi perhatian kepada gerak-geri
mereka, kurang arif dalam mengenalpasti sama ada seseorang pelajar
itu bermasalah atau tidak.
Umumnya pendidikan pencegahan dadah nrerujuk kepada pelbagai
aktiviti yang berkaitan dengan situasi atau keadaan pengajaran-pembelajaran
yang bertujuan untuk memperkembangkan potensi, intelek,
emosi akhlak psikologi dan psiokologr kumpulan tertentu
(pelajar-pelajar). Ianya melibatkan keseluruhan proses pendidikan
termasuk meliputi aspek maklumat mengenai dadah (drug per se)
tetapi juga pembentukan sikap, tingkahlaku, dan pandangan terhadap
dadah. Pendidikan pencegahan mempunyai TIGA peringkat:
1.Pencegahan Awalan
Pencegahan Awalan ini bertujuan untuk mencegah
semua pelajar/belia/remaja dari bahaya-bahaya dadah.
2. Pencegahan Peringkat Kedua
Pencegahan Peringkat Kedua ini cuba menghalang
pelajar/belia remaja dalam kumpulan risiko tinggi dan
mengambil dadah.
3. Pencegahan Peringkat Ketiga
Pencegahan Peringkat Ketiga ini ialah cuba menghalang
pelajar/belia remaja yang pernah nrencuba dadah dari
terus menjadi penagih dadah.
Ketiga-tiga peringkat pendidikan pencegahan dadah ini
memerlukan berbagai pendekatan dan aktiviti. Matlamat dan objektif
pendidikan pencegahan dadah adalah selaras dengan falsafah dan
matlamat pendidikan negara iaitu ingin mewujudkan insan yang
harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.
Ketiga-tiga peringkat pencegahan ini amat perlu. Di antara
faktor-faktor seseorang itu terlibat dengan dadah adalah seperti
beriktu:
1. Inginkan keseronokan
2. Pengaruh rakan sebaya
3. lngin tahu
4. Tidak sengaja
5. Masalah emosi
6. Masalah Kewangan
7. Lain-lain sebab
Ketahanan diri amat penting kepada tiap-tiap seseorang untuk
menjadikan benteng kepada mereka agar dapat mencegah diri
mereka daripada terjebak dengan dadah. Jika seseorang itu
mempunyai ketahanan diri seperti mempunyai disiplin,
didikan dan amalan agama yang cukup serta berakhlak yang mulia,
sudah pasti segala dorongan, persekitaran dan segala masalah yang
negatif dapat dihindarkan.
Oleh itu langkah pertama ialah penyampaian maklumat tentang
bahaya dadah amat perlu didedahkan kepada semua pelajar
kerana terdapat juga mereka yang terlibat tidak tahu tentang
bahaya-bahaya dadah. Selain daripada itu peringkat awal penglibatan
pelajar dengan dadah sukar diketahui oleh pihak sekolah atau pihak-
pihak yang bertanggungjawab. Oleh itu Penyelia Rakan Sebaya
(PRS) patut dilaksanakan di peringkat sekolah.
Kerana keagamaan yang kurang dihayati dan diamalkan oleh
seseorang pelajar/belia juga menvebabkan seseorang itu mudah
terpengaruh dengan budaya dadah ini. Justeru itu Latihan Mengenal
Diri dan Latihan Pendidikan Moral yang amat penting diberikan
kepada setiap individu untuk mempastikan bahawa mereka ini
mempunyai ketahanan diri yang tidak mudah diganggu gugat oleh segala
perkara yang mungkar. Ketiga-tiga program atau aktiviti ini akan
menghindarkan pelajar daripada terjebak dengan budava dadah.
Jika sekiranya langkah ini dilaksanakan tanpa jemu dan berterusan
masalah dadah ini dapat dihapuskan. Untuk mempastikan bahawa
seseorang pelajar itu mempunyai ketahanan diri dan disiplin serta
berpegang teguh kepada ajaran dan amalan agama.
Faktor-faktor atau elemen-elemen yang mempengaruhi seseorang
itu berada dalam risiko tinggi iarah pertama, individu itu sendiri,
kedua dadah dan ketiga ialah alam sekitar.
Ketiga-tiga faktor atau elemen ini yang paling senang diubah
ialah individu. Justeru itu kita perlu mengubah sikap, emosi dan
segala yang boleh menjadi seseorang itu mempunyai ketahaan
untuk meigelak daripada terlibat dengan dadah’
Dari itu ketiga-tiga program ini, pertama sistem penyampaian
maklumat tentang bahaya-bahaya dadah: kedua. Seliaan Rakan
Sebaya; dan ketiga dinamik kelompok serta Latihan Mengenali/Diri
Latihan Pendidikan Moral dapat menyelesaikan masalah yang
melanda negara Malaysia.