PEMBEKALAN DADAH SEDUNIA

Permintaan dunia terhadap dadah adalah melebihi dari
pengeluaran. Dalam tahun 1986 dianggarkan sebanyak 1500 – 2500 tan
metrik candu dibekalkan, L35,000 – 180,000 tan metrik daun coca
dihasilkan.

1 Negara Belize

Melalui penglibatan kempen membasmi marijuana dengan cara
menyembur bahan-bahan kimia dengan menggunakan kapal
terbang, kerajaan Belize telah menekankan betapa pentingnya
pernusnahan tanaman tersebut kepada para peladang. Jabatan
pertahanan Belize telah melaksanakan kempen pembasmian
secara menyeluruh selama 3 tahun di mana jabatan polis juga
telah menguatkuasakan tindakan terhadap pengedar-pengedar
dadah. Program-program penggunaan dadah dilancar secara
meluas di Belize untuk menyekat penggunaan dadah di
kalangan para remaja Belize. Dalam FY87, Biro Narkotrk antara-
bangsa telah membantu kerajaan Belize dalam us:tha mem-
basmi marijuana dan membantu kerajaan menguatkuasa
tindakan undang-undang.

2.Negara Bolivia

Penglibatan coca di Bolivia adalah amat berleluasa. Pengaruh
kebudayaan coca adalah amat banyak keperluannya berbanding
dengan kesan unsur-unsur budaya. Kekerapan penggunaan
adalah secara perasa dan kunyah. Daun coca diproses dalam
bentuk tepung dan kemudian diproses dengan bahan-bahan
kimia lain menjadi kokain hidroklorid, khususnya di Colombia.
Kerajaan Bolivia sedang melaksanakan rancangan tiga tahun
untuk mengawal coca. Rancangan ini adalah gabungan tenaga
oleh badan sukarela dan badan-badan pencegah serta bantuan
kerajaan. Unit khas Bolivia dalam jabatan polis iaitu Leopards,
telah dilatih dengan teknik-teknik pertahanan yang khusus
untuk tugas anti narkotik di hutan belantara negara ini. Enam
helikopter telah dipinjamkan oleh Amerika Syarikat kepada
Kerajaan Bolivia bagi urusan pengangkutan peribadi dan bekalan
bahan-bahan pemusnah makmal pemerosesan kokrrin. Pada
FY87 Biro Narkotik Antarabangsa telah memperuntukkan
$12.2 juta kepada Bolivia untuk membantu kerajaan Bolivia
dalam urusan penguatkuasaan dan latihan membasmr coca.

3. Negara Brazil

Keupayaan mengawal narkotik di Brazil meningkat beberapa
tahun kebelakangan semenjak kerajaan mengenalkan
usaha-usaha mengawal pengeluaran dan pengedaran kokain.
Selaras dengan peningkatan masalah dadah mengikut negara mereka.
Sejenis coca yang dikenali sebagai ‘epach’ telah ditanam di
Brazil dan dibasmikan bersama dengan pengeluaran rnarijuana
oleh Jabatan Polis Brazil. Masalah untuk meronda Sungai
Amazon memberi kemudahan kepada pengedaran dadah dan
bahan- bahan kimia. Kerajaan diperkenalkan masalah kawalan
penggunaan dadah melalui Majlis Persekutuan Dadah. Jabatan
kerajaan Amerika Syarikat telah memperuntukkan $3.3 juta
dalam tahun FY87 untuk membantu kerajaan Brazil dalam
mengawal penguatkuasaan.

4. Negara Burma

Republik Sosialis Rakyat Burma telah melaksanakan secara
agresif kempen rancangan mencegah penggunaan dadah dalam
mengesan pengeluaran candu di baratdaya Burma. Candu telah
ditanam di Bunna dan diproses menjadi heroin di bahagian
sempadan Thailand/Burma. Candu telah ditanam di Burma dan
diproses menjadi heroin di bahagian sempadan Thailand
Burma. Angkatan Pertahanan Udara Burma, tentera Burma
dan jabatan polis telah menjalankan tugas dengan semua aspek
pengawalan narkotik. Masalah keupayaan pengawalan narkotik
di Burma adalah baik. Burma menerima $9.5 juta dari
Biro Narkotik Antarabangsa dalam usaha kempen pembasmian.

5. Negara Colombia

Kerajaan Colombia masih melaksanakan kempen anti narkotik
untuk membasmi pengedar narkotik, coca dan marijuana dan
masalah keganasan yang berkait rapat dengan pengedar dadah
di Colombia dalam abad ke belakangan ini. Polis kebangsaan
Colombia di bawah pinjaman Menteri Pertahanan telah
membentuk Unit Khas Anti Narkotik untuk melahirkan pegawai
yang berpengalaman dalam pembasmian dan penguatkuasaan.
Kerajaa Colombia telah menjalankan beberapa jenis ujikaji
untuk digunakan bagi menentang pengeluaran coca secara
meluas. Kerajaan Colombia memandang berat dalam usaha
membasmikan penggunaan dadah. Serta sumber-sumber yang
berasas khusus untuk kempen kebangsaan dalam usaha
mencegah penagihan dadah. Biro narkotik antarabangsa
memperuntukkan $12.5 juta pada FY87 untuk membantu
Colombia dalam usaha untuk penguatkuasaan dan kepekaan
orang ramai terhadap usaha membasmi dadah.

6. Negara Equador

Perhatian khusus narkotik Colombia adalah menghancurkan
pusat coca dan tempat pengeluaran kokain. Kebanyakan coca
secara haram dihasilkan di Equador, khususnya sepanjang
sempadan Colombia. Polis Kebangsaan telalr melaksanakan
kempen yang berkesan bagi pembasmian, di mana makmal
memproses koka yang telah ditemui akan dirnusnahkan oleh polis
kebangsaan ini. Memproses daun koka nrenjadi bahan mentah
dan ditukar kepada Kokain hidrolik merupaka satu fenomena
baru kepada Equador, dan kerajaan nrelibatkan diri secara
ineluas dalam usaha membasmi koka, pengeluarann kokain dan
pengedarannya untuk mengawal Equador dari menjadi negara
pengeluaran utama narkotik. Equador nrenerima sebanyak $1
tuta pada tahun FY87 dari Biro Narkotik Antarabangsa untuk
membantu kerajaan Equador dalam usaha membasmi dan
penguatkuasaan.

Negara-negara lain yang terlibat dalam usaha secara meluas
untuk membasmi penggunaan dadah ialah Jamaica, Mexico,
Pakistan, Peru, Thailand dan Turki. Negara-negara lain
diperuntuk perbelanjaan yang bernilai berjuta-juta ringgit
oleh Biro Narkotik Antarabangsa supaya pencegahan dan
penguatkuasaan dapat diambil bagi menghapuskan pengedaran dadah.

Apa Itu Dadah © 2017
Home Privacy Policy Terms Of Use Contact Us Affiliate Disclosure DMCA Earnings Disclaimer