AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985

Akta ini ialah suatu Akta Tahanan Pencegahan yang telah
berkuatkuasa mulai 15hb Jun 1985 dengan tujuan menambah
keberkesanan pihak berkuasa dalam mengambil tindakan ke atas
orang-orang yang terlibat di dalam pengedaran najis dadah.

1. Kuasa Menahan Dan Menyiasat Orang-Orang Yang Disyaki

Seksyen 3 Akta ini memberi kuasa kepada pihak polis untuk
menahan orang yang disyaki selama tempoh tidak melebihi
60 hari untuk tujuan siasatan lanjut. Laporan siasatan yang
dibuat oleh polis akan dihantar kepada Pegawai Siasatan
(Pegawai Undang-undang yang dilantik oleh Menteri Dalam
Negeri mengikut Seksyen 5 Akta ini) untuk mengesahkan
samada terdapat alasan-alasan yang munasabah bagi
mempercayai bahawa orang yang disyaki itu benar-benar
terlibat dengan pengedaran najis dadah. Laporan siasatan
polis dan laporan Pegawai Siasatan Kementerian akan
dikemukakan kepada Menteri Dalam Negeri. Menteri akan
menimbang kedua-dua laporan ini dan membuat keputusan
samada untuk mengeluarkan Perintah Tahanan, Perintah
Sekatan atau membebaskan sahaja orang tersebut.

2. Perintah Tahanan Dan Perintah Sekatan.

Seksyen 6(1) Akta ini memberi kuasa kepada Menteri Dalam
Negeri mengenakan Perintah Tahanan terhadap pengedar
dadah bagi tempoh 2 tahun. Mengikut Seksyen 11(A)
Perintah ini boleh dilanjutkan selama tempoh tidak melebihi
2 tahun lagi selepas perintah asal itu tamat, jika Menteri
Dalam Negeri mendapatinya perlu. Jika Menteri mendapati
orang itu tidak perlu ditahan, maka ia boleh mengeluarkan
Perintah Sekatan mengikut Seksyen 6(3). Orang yang
dikenakan Perintah Sekatan akan dihantar ke daerah-daerah
yang ditetapkan dan pergerakannya akan dikawal dan diawasi
oleh polis dari semasa ke semasa. Mereka boleh bekerja
seperti biasa tetapi hendaklah mematuhi syarat-syarat yang
dikenakan. Perintah ini berkuatkuasa selama tempoh tidak
melebihi 2 tahun dan ianya boleh dilanjutkan lagi jika perlu.

3. Lembaga Penasihat

Lembaga ini ditubuhkan di bawah Perkara 151 Fasal 2
Perlembangaan Persekutuan. Seseorang yang telah dikenakan
Perintah Tahanan diberi peluang untuk mengemukakan rayuan
kepada Lembanga ini mengikut seksyen 9 Akta ini. Lembaga
akan membebaskan atau mengekalkan perintah itu, dan
keputusan ini akan dikemukakan kepada Menteri Dalam
negeri. Menteri Dalam Negeri seterusnya akan mengemukakan
kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong
untuk perkenaan Baginda. Keputusan-keputusan Lembaga
ini akan disampaikan kepada orang-orang tahanan ini, samada
dibebaskan atau tidak.

4. Pusat-Pusat Tahanan

Pada masa sekarang pusat tahanan yang telah diwartakan
adalah seperti berikut :-

a. Batu Gajah – golongan penagih yang juga menjadi penjual
dadah secara kecil-kecilan (pusher);

b. Pulau Jerejak – golongan penjual dadah yang bukan penagih,
penjual bertaraf kawasan (area distributors) dan orang-orang
upahan yang membawa/mengedar dadah secara kecil-kecilan;

c. Muar – golongan yang menjadi pengedar besar atau ketua-tua
sindiket, pembiaya atau pembiaya atua pembawa
utama, ahli-ahli kimia yang memproses dadah dan pengedar
antarabangsa.

Semasa di dalam tahanan,orang-orang tahanan ini dikehendaki
menjalani program-program pemulihan sesuai dengan
matlamat Kerajaan untuk memulihkan mereka. Program ini
mengandungi aktiviti-aktiviti latihan jasmani dan rohani untuk
membimbing mereka supaya dapat mempelajari sesuatu
kemahiran sepanjang tempoh mereka berada dalam tahanan.

Jika orang-orang tahanan didapati masih belum pulih selepas
mengikut program-program pemulihan dalam masa Perintah
Tahanan selama 2tahun, Menteri Dalam Negeri mempunyai
kuasa di bawah Seksyen 1 1(A) Untuk melanjutkan perintah
itu.

Apa Itu Dadah © 2017
Home Privacy Policy Terms Of Use Contact Us Affiliate Disclosure DMCA Earnings Disclaimer