PENDIDIKAN PENCEGAHAN PENYALAHAN DADAH

Pendidikan pencegahan penyalahgunaan dadah menerangkan
dalam bidang pencegahan asas seperti yang dijelaskan di atas.
Di dalam konteks Malaysia, tidaklah dapat dinafikan bahawa
kita mempunyai masalah penyalahgunaan di kalangan belia.
Oleh itu, pencegahan penyalahgunaan dadah mestilah
dianggap sebigai situ daripada usaha yang sangat penting
dijalankan di samping usaha-usaha berikut:-

(i) Memperhebatkan penguatkuasaan undang-undang
bagi mencegah pembekalan dadah dan penyalahgunaannya.

(ii) Mengadakan satu perkhidmatan rawatan dan pemulihan
yang berkesan untuk menolong penagih-penagih
dadah untuk menjalani kehidupan yang
baru tanpa bergantung lagi kepada dadah.

Pendidikan pencegahan penyalahgunaan dadah berasaskan
kesedaran bahawa masalah penyalahgunaan dadah itu
bukan diwujudkan oleh dadah itu sendiri, tetapi diwujudkan
oleh manusia yang menggunakannya. Manusia yang
dianugerahi dengan akal dan mempunyai kemampuan membuat
keputusan untuk tidak merosakkan diri sendiri.

Pendidikan pencegahan penyalahgunaan dadah telah
diu.irjudkan sebagai satu proses menimbulkan kesedaran ten-
tang punca masaiah penyalahgunaan dadah. Ini bertujuan
men.vidarkan tiap-tiap individti, kumpulan dan masyarakat
supaya melibatkan diri daiam usaha mewujudkan program-
program tinclakan sttsial untuk mencegah penyalahgunaan
dadah. Program melibatkan perancangan dan usaha sama
dengan orang lain atas perkara apa yang naesti dibuat dan
bukan mengarahkan orang lain tentang perkara yang patut
dibuat. Ianya adalah aktiviti pendidikan yang terus-menerus
dijalankan, bertujuan untuk memberi pengetahuan dan sikap,
tabiat dan tingkah laku. Prograrn ini juga cuba merangsangkan
tindakan individu dan juga kunpulan untuk mencegah atau
menyekat penyalahgunaan dadah dari berrnula di kalangan
manusia, khususnya di kalangan belia. Penglibatan ibu bapa,
guru-gnru, pemimpin masyarakat secara langsung adalah asas
kepada semua program pendidikan pencegahan penggunaan
dadah.

Pendidikan pencegahan atau pencegahan meialui pendidikan,
adalah bertujuan untuk menggalakkan keadaan-keadaan berikut:-

(i) Perkembangan kehidupan bermatlamat di kalangan
remaja, iaitu kemampuan mengawal keinginan yang
boleh merosakkan.

(ii) Penerimaan orang dewasa tentang wujudnya pelbagai
corak hidup remaja.

(iii) Perkembangan struktur-struktur nilai di mana
ganjaran semerta bukanlah diutamakan.

Dengan keadaan yang demikian perhubungan di antara
golongan remaja dan golongan dewasa dapat diperbaiki.

Perlu ditekankan bahawa pencegahan di sini adalah
pepatah “sediakan payung sebelum hujan’. Adalah amat
membimbangkan kerana kita masih belum lagi memperolehi ubat
atau proses rawatan dan pemulihan yang berkesan dan
mujarab kepada pesakit yang bergantung kepada dadah.
Rawatan cara cold-turkey, menggunakan methadone,
sebagai ubat pengganti dan acupuncture. Baru-baru ini
rawatan acupuncture menggunakan kuasa elektrik telah digunakan
untuk merawat penagih dadah dari segi jasmani. Purata hasil
dari rawatan ini adalah menggalakkan. Tetapi kita masih
belum dapat penyelesaian yang boleh mengurangkan
pergantungan psikologi yang meyakinkan. Kita belum lagi
mengetahui apa dia ubat mujarab yang boleh mengurangkan
ketagihan terpendam terhadap dadah bagi jangka masa panjang.
Tidaklah menghairankan kadar menagih semula amat besar di
kalangan mereka yang diberi rawatan dan pemulihan. Di
Malaysia oleh kerana setiap orang mempunyai kebebasan
me-nentukan sesuatu yang berfaedah, oleh itu harapan kita
terletak pada kaunseling, panduan keagamaan, psikoterapi
individu atau kumpulan dan pemulihan sosial dan kerjaya.