MEROKOK DAN MEMINUM MINUMAN KERAS

Kajian-kajian penyelidikan yang dijalankan oleh beberapa
institusi dan perkhidmatan kesihatan umum menunjukkan
baharara tabiat-tabiat merokok adalah berkaitan dengan
faktor-faktor sosial. Berdasarkan kepada laporan-laporan ini
mereka merokok atas sebab-sebab berikut:

(i) Untuk menghilangkan perasaan cemas, gelisah dan
marah.

(ii) Desakan untuk menjadi ahli dalam satu-satu kumpulan
sosial yang tertentu, keinginan untuk mencapai
sesuatu status dan tekanan kumpulan.

(iii) Untuk mengatasi tekanan emosi.

Ramai yang mula merokok ketika masih muda lagi,
biasanya semasa di bangku sekolah, maktab atau pusat-pusat
pengajian tingg atau ketika mula bekerja. Perbuatan merokok
ini mereka lakukan bersama kawan-kawan. Tapi biar apa
pun sebabnya dan bila mulanya seseoruurg itu merokok,
lazimnya dia akan lebih kuat merokok dan tidak dapat
berhenti dengan mudahnya.

Mengapa Merokok Merbahaya Kepada Anda?

Ancaman terbesar kepada mereka yang menghisap rokok
ialah barah, satu wabak pengembangan sel-sel yang tidak
terkawal. Tar yang mereka sedut melatui merokok memendapkan
kimia-kimia korosif ke atas lapisan paru-paru yang lembut
dan di dalam tenggorok. Beginilah bermulanya bronkitis
kronik, barah dan enfisema paru-paru, barah kerongkong
dan penyakit salur nadi jantung. Bagi mereka yang merokok,
bahaya kematian kerani diserang penyakit jantung adalah
tiga kali ganda dari orang yang tidak merokok.

(a) Barah paru-paru

Barah paru-paru berlaku akibat pemendapan tar di
ctalam s{yran pernafasan. Barah ini selalunya merebak
dengan tidak terkawal dan telah menyebabkan 95 peratus
kematian yang disebabkan oleh barah.

(b) Barah Kerongkong

Barah kerongkong bermula akibat dari kesan-kesan
bahan kimia yang beracun. Mangsa barah kerongkong ini
akan kehilangan suara selepas pembedahan dijalankan

(c) Enfisema Paru-paru

Enfisema paru-paru terjadi bila sel-sel permukaan paru-paru
mula tumbuh akibat.dari.perangsang asap rokok. Apabila
ini berlaku, karbon dioksida akan terperangkap dalam
pundi-pundi udara dan ini menyebabkan sesak nafas dan
kurang tenaga.

(d) Pembuluh Menjadi Keras

Nikotin (nicotine) yang diambil melalui tembakau mennambahkan
pemendapan lemak terutamanya kolesterol di
dalam saluran-saluran darah. Pembuluh-pembuluh menjadi
keras akibat terdapatnya lemak-lemak dan ini akan
halang pembekalan darah yang cukup kepada jantung, otak
dan lain-lain.organ. Pembekuan darah di dalam saluran
boleh menyebabkan serangan penyakit jantung.

(e) Kerosakan Otak

Satu dari ancaman besar akibat merokok ialah pemendapan
kolestrol di dalam saluran-saruran darah dalam otak.
Keadaan ini menimbulkan anoksia di beberapa bahagian otak
dan ini boleh menyebabkan badan menjadi lumpuh dan juga
kematian.

Selain dari itu, merokok memburukkan perawakan
fizikal seseorang kerana nikotin menguningkan gigi,
menyebabkan nafas berbau dan kedut-kedut di muka. Kerosakan
kepada mata tunas pelas-a menghilangkan keupayaan menghidu
dan merasa. Merokok jugu memyebabkan kerosakan gusi.
Bahaya kematian daripada barah mulut adalah empat kali
ganda di kalangan mereka yang merokok apabila dibandingkan
dengan mereka yang tidak merokok.

Merokok mungkin menjejaskan kesuburan kerana bilangan
sperma boleh menjadi-rendah dan pergerakan sperma
menjadi lemah. Merokok membahayakan kesihatan bayi
dalam. kandungan. Sejumlah besar ibu-ibu mengandung
menghadapi masalah merokok yang akan keguguran. Kejuguran
ini berlaku ketika peringkat kedua iaitu antara jangka masa
empat hingga enam bulan mengandung.

Mereka yang menghisap rokok sengaja menolak kenyataan
bahawa terdapatnya gas-gas beracln di dalam rokok
mereka. Gas-gas ini wujud dan akan menyebabkan kerosakan
besar kepada kesihatan seseorang yang merokok itu. Gas-
gas beracun itu ialah haidrogen sainod, nitrogen oksida dan
karbon monoksida.

Oleh yang demikian apa jua nikmat yang kita nikmati
dari merokok selalunya tid;ak setimpal dengan bahaya
merokok.