LANGKAH-LANGKAH PENDIDIKAN

Dalam rangka pendidikan tentang dadah, berbagai
jenis pendekatan boleh digunakan. Berikut diterangkan
pendekatan-pendekatan yang selalu digunakan di kebanyakan
negara. Matlamat am pendekatan-pendekatan ini ialah untuk
menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan berhenti
dari mengambil dadah. Pendekatan ini dijalankan sama ada
secara langsung melalui kurikulum yang diatur khas dan/atau
dari pengaruh rangsangan, sikap dan kelakuan berkaitan
dengan penyalahgunaan dadah atau secara tidak langsung
melalui penggunaan program yang menekankan perkembangan
peribadi dan kemahiran individu.

Pendekatan-pendekatan ini boleh dikumpulkan ke
dalam empat kategori am:

(i) Pendekatan-pendekatan pengajaran berancang.

(ii) Program-progmm paduan pendidikan tentang
dadah dan ubat dalam kurikulum sekolah.

(iii) Program-program pendidikan kesihatan.

(iv) Program-program menitikberatkan perkembangan
peribadi.

(i) Pendekatan-pendekatan Pengajaran

Pendekatan ini mengandungi tiga jenis program am
iaitu:
(a) Kursus dalam pendidikan dadah dan ubat.

(b) Kaunseling kelompok/penyertaan kumpulan dan

(c) Kajian-kajian individu.

(d)Kursus dalam pendidikan dadah dan ubat.

Falsafahnya: Pengetahuan mengenai fakta-fakta yang
berkaitan dengan penggunaan dadah dan ubat tidak dengan
sendirinya mengubah sikap, kepercayaan atau kelakuan
seseorang. Perubahan bergantung kepada bagaimana, dalam
konteks apa dan oleh siapa penerangan itu disampaikan dalam
satu program pendidikan yang luas.

Kumpulan sasaran: Biasanya murid-murid sekolah,
terutamanya yang berumur 11-16 tahun.

Rangka bentuk program: Apa juga jenis kurikulum yang
digunakan pendidikan tentang dadah, tiga unsur diperlukan.
Pertama, satu siri rangkaian pelajaran yang khusus. Kedua,
bahan-bahan yang disediakan untuk murid-murid. Ketiga, satu
panduan untuk gum, cadangan tentang kaedah rnengajar dan
maklumat latar belakang. Sebagai contoh, kandungan prog-
ram untuk lima waktu pelajaran adalah seperti berikut:-

(i) Ubat-ubat yang digunakan dengan berbagai cara
dan meluas untuk berbagar tujuan dalamrn kehidupan
kita setiap hari.

(ii) Faedah dari segi fizikal, mental dan emosi boleh
didapati dari penggunaan ubat dengan cata yar,g
betul tetapi perlulah disedari bahawa ianya mempunyai
berbagai kesan yang berbeza-beza ke atas
orang yang menggunakannya.

(iii) Apabila ubat-ubat disalahgunakan secara sengaja
atau tidak ianya boleh menimbulkan masalah yang
serius dan juga boleh merupakan masalah-masalah
peribadi atau sosial yang tersembunyi.

(iv) Pengawalan terhadap penggunaan ubat-ubat adalah
dipengaruhi oleh beberapa faktor.

Oleh itu, tanggungiawab individu merupakan satu-satu
faktor yang penting di dalam usaha untuk mengatasi masaiah
penyalahgunaan dadah yang berkesan. Tanggungjawab itu
memerlukan pemilihan yang bijak berdasarkan pada fakta-
fakta dan sistem nilai.

Dalam menyediakan rancangan untuk mengatasi masalah
penyalahgunaan dadah, pusat-pusat berikut perlu iaitu
program untuk melatih guru-gum, kakitangan yang
terlatih untuk melaksanakan program itu di sekolah-sekolah,
kurikulum yang khas untuk tiap-tiap kumpulan umur di dalam
program itu dan suatu kaedah untuk mengawasi atau menilai
program tersebut.

(b) Penyertaan Kumpulan/Kaunseling Kelompok

Falsafahnya: Pembelajaran adalah berhubung dengan
pengalaman dan tingkah laku yang diinginkan. Oleh itu,
penyertaan murid-murid dalam proses itu adalah penting.
Kaedah ini juga membenarkan mereka membincangkan
masalah-masalah lain yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah.
Matlamat: Sebagai tambahan kepada matlamat am yang
tersebut di atas, matlamat lain yang perlu dicapai dalam
program ini termasuklah meningkatkan kemahiran komunikasi
antara individu dan meningkatkan komunikasi antara guru
dengan murid.

Kumpulan sasaran: Selain daripada murid-murid sekolah,
pendekatan ini boleh juga digunakan untuk kumpulan
belia, kumpulan ibu bapa, guru atau mana-mana kumpulan
lain dalam masyarakat.

Perlaksanaan: Peranan kaunselor boleh berubah-ubah
dari memberi sokongan yang kuat sehingga kepada
penglibatan yang paling minimum.

(c) Kajian-kajian Individu

Falsafahnya: Kajian-kajian individu membolehkan seseorang
itu membuat kesimpulannya sendiri dan mengelakkan
masalah yang akan timbul apabila seseorang guru atau pihak
yang berkuasa memberi maklumat. Serentak dengan itu, indi-
vidu itu b oleh memperkukuhkan lagi penglibatannya terhadap
tindakan yang diambil. Penekannya ialah pada kajian individu
dan interpretasi hasil-hasil kajiannya.

Bahan-bahan yang diperlukan: Satu bentuk kursus pengajian
dirangka khas yang mempertimbangkan umur, tahap
kecerdasan dan kebolehan membaca. Guru-guru yang dilatih
khas hendaklah mampu menjawab soalan-soalan yang berbangkit.

Implikasi Pendekatan ini: Pendekatan penyertaan kum-
pulan/pendekatan kaunseling nampaknya digemari oleh
murid-murid. Ini adalah kerana skop masalah-masalah peribadi
dan sosial yang dibincangkan adalah begitu meluas termasuk
jugalah masalah dadah. Perbincangan ini hendaklah dirangka
untuk mengelakkan dari timbulnya rasa bosan dan lujuan
yang tidak jelas.

Program Panduan Pendidikan Mengenai Dadah dan Ubat dalam
Kurikulum Sekolah.

Falsafahnya: Mengadakan pendidikan tentang dadah sebagai
sebahagian daripada kurikulum sekolah yang biasa, adalah
lebih berkesan daripada memisahkannya dan memberi
penekanan yang berlebihan. Dengan cara ini, pendidikan tentang
dadah dan ubat ini akan berterusan.

Pelaksanaan: Pendidikan tentang dadah seharusnya menjadi
sebagai sebahagian kurikulum biasa. Misalnya:-

(i) Kajihayat menerangkan kesan-kesan dadah ubat
pada fisiologi manusia.

(ii) Sivik yang membincangkan perlembagaan kerajaan
memberi perhatian mengenai undang-undang
yang bersangkutan dengan pengawalan dadah.

(iii) Kursus Kimia menunjukkan ciri-ciri kimia
bahan-bahan psiko-aktif.

(iv) Pengajian sosial yang memberi pertimbangan
tentang kejadian penggunaan dadah dan kemungkinan
bertalian dengan jenayah, kemiskinan dan pem-
bangunan.

Dalam melaksanakan rancangan ini, perkara-perkara berikut
adalah diperlukan iaitu kurikulum dan bahan-bahan
pengajaran yang disediakan khas, guru-guru yang dilatih khas dari
para pentadbir yang terlatih dalam penyelarasan program.

Program Pendidikan Kesihatan

Falsafahnya: Pendidikan tentang dadah dan ubat adalah
lebih berkesan sekiranya dimasukkan dalam konteks bidang
pendidikan kesihatan yang lebih luas. Ia membantu
murid-murid menyedari penyalahgunaan dadah dan ubat yang
merbahaya boleh mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan
(dari segi fizikal, mental dan sosial).
Kumpulan sasaran: Pada amnya ialah murid-rnurid, tetapi
satu program boleh juga dibentuk untuk orang dewasa.

Perlaksanaan: Sekiranya program pendidikan kesihatan
sudah pun dilaksanakan, maka kurikulum mestilah disusun
dan guru-guru hendaklah dilatih supaya mereka boleh
memasukkan pendidikan tentang dadah dan ubat dalam pengajaran
mereka. Jika program seperti itu belum lagi wujud, maka satu
kumpulan pakar dari pelbagai bidang perlu membentuk dan
menguji bahan-bahan dari kurikulum yang bersesuaian.
Kurikulum seperti ini mesti disusun untuk kumpulan umur dan
latar belakang yang tertentu. Misalnya, pengalaman dengan
dadah atau masalah-masalah sosial yang lain.

Implikasi: Kos rancangan bergantung kepada program
yang sedia ada dalam sesuatu sistem. Di mana pendidikan
mengenai dadah dan ubat sebahagian dari kursus ikhtisas asas
latihan perguruan, perbelanjaannya adalah lebih rendah jika
dibandingkan dengan latihan yang diadakan sebagai latihan
dalam perkhidmatan. Di mana program-program pendidikan
kesihaian belum wujud, pendidikan mengenai dadah dan ubat
memerlukan perbelanjaan yang banyak.

Apa Itu Dadah © 2017
Home Privacy Policy Terms Of Use Contact Us Affiliate Disclosure DMCA Earnings Disclaimer