AKTA PENAGIHAN DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) 1983

Sebelum Akta Penagihan Dadah( Rawatan DAn Pemulihan) 1983
digubal, peruntukan-peruntukan mengenai aspek rawatan dan
pemulihan dalam tahun 1975 terkandung dalam Seksyen 37B
Akta Dadah Berbahaya 1952. Pada tahun 1977 diwujudkan satu
bahagian khusus iaitu Bahagian VA Akta Dadah Berbahaya l952
dan Seksyen 37B di mansuhkan. Sebelum wujudnya Bahagian
Vn tersebut, kes-kes penagihan cuma diambil tindakan di bawah
peraturan Kementerian Kebajikan Masyarakat.

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dadah pada 28 Februari 1983
telah memutuskan supaya satu akta yang khusus digubal mengenai
aspef-aspek rawatan dan pemulihan kerana memandangkan
Akta Dadah Berbahaya 1952 banyak melibatkan aspek-aspek
penguatkuasakan dan hukuman. Tanggungjawab mengenai rawatan
dan pemulihan penagih dadah dipindah kepada Kementerian
Dalam Negeri kerana-masalah dadah telah diisytiharkan sebagai
masalah keselamatan dan bukan masalah sosial.

1. Tafsiran Penagih Dadah (Seksyen 2)

“Penagih Dadah” ertinya seseorang yang melalui penggunaan
mana-mana dadah berbahaya, mengalami satu keadaan
psikik dan kadangkala keadaan fizikal yang dicirikan dengan
gerak balas, tingkahlaku dan gerak balas lain yang meliputi
desakan mengambil dadah secara berterusan atau berkala
untuk mengalami kesan psikiknya dan untuk mengelakkan
ketagihan kerana ketiadaannya.

2. Ujian-Ujian
Ujian-ujian ertinya semua perbuatan atau prosidur yang
dijalankan bagi maksud menentukan sama ada seseorang
itu penagih dadah. Apa yang selama ini diamalkan oleh
Kementerian Kesihatan ialah mengadakan:-

a) ujian air kencing;
b) Pemerhatian klinikal

Ujian air kencing dijalankan oleh ahli kimiahayat bagi
menentukan kehadiran/kandungan dadah berbahaya di dalam
air kencing seseorang. Keputusan positif atas ujian air
kencing hanyalah menunjukkan keterangan menyokong
(supportive evidence). Apa yang lebih penting ialah keputusan
atas pemerhatian dan pendapat klinikal pegawai perubatan.
Mengikut undang-undang, seseorang itu perlu disahkan sebagai
penagih dadah oleh pegawai perubatan sebelum diterima
menjalani program rawatan dan pemulihan.

3.Pegawai

Pegawai ertinya mana-mana pegawai pemulihan dan
termasuklah mana-mana pegawai kebajikan masyarakat
atau mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah
dari sarjan atau mana-mana pegawai penjaga balai polis. Di
bawah Seksyen 3, Menteri Dalam Negeritelah melantik dan
mewartakan melalui P.U.(B)230/83, pegawai-pegawai awam
yang berikut, sebagai Pegawai Pemulihan mulaidari 16 April,
1983:-
a) Semua Pegawai Kebajikan Masyarakat;
b) Semua Pegawai Perubatan Kerajaan;
c) Semua Pegawai Penjara Berpangkat Pegawai Besar
ke atas;
d) Semua Pengetua atau Ketua Pusat Pemulihan yang
telah dilantik atau dianggap telah dilantik di bawah Akta
tersebut.

Pegawai-pegawai lain yang berkaitan boleh diwartakan oleh
Menteri sebagai pegawai pemulihan dari masa ke semasa.

4. Rawatan Pemulihan Penagih-Penagih Dadah Di bawah
Perintah Mahkamah

Seksyen 3(1) memberi kuasa kepada pegawai untuk menahan
mana-mana orang yang munasabah disyaki sebagai
penagih dadah untuk menjalani ujian. Jika ujian tidak
dapat diselesai kan dalam masa 24 jam, pegawai yang
menahan itu hendaklah:-

a) melepaskan orang itu dengan jamin, dengan penjamin
atau tanpa penjamin supaya ia hadir pada masa dan
tempat yang ditentukan di dalam bon itu;

b) mengemukakan ke hadapan majistret yang boleh
memerintah:-
i) ia ditahan selama tidak lebih dari 14 (empatbelas)
hari;atau
ii) melepaskan orang itu dengarr jamin.

Setelah disahkan bahawa seseorang itu adalah penagih
dadah, Majistret boleh membuat perintah menurut
Seksyen 6(1) sama ada penagih tersebut:-

(a) menjalani rawatan dan pemulihan selama tempoh 2
tahun di pusat pemulihan dan kemudiannya menjalani
jagaan lanjutan; atau

(b) penagih diletakkan di bawah pengawasan seseorang
pegawai pemulihan. Pengawasan ini adalah untuk
tempoh selama 2 hingga It tahun dengan
menyempurnakan satu bon dengan jamin atau tanpa
jamin

5. Rawatan Dan Pemulihan Penagih-Penagih Dadah Yang
Menjalani Program Secara Sukarela

Seksyen B Akta ini memperuntukkan seseorang penagih
boleh memohon kepada pegawai pemulihan untuk
mendapatkan rawatan dan pemulihan. Selepas pegawai itu
berpuas hati bahawa penagih itu adalah sebenarnya seorang
penagih dadah mengikut keputusan ujian, Pegawai Pemulihan
hendaklah memutuskan selepas menimbangkan fakta-fakta
yang berkaitan, sama ada penagih tersebut perlu menjalani
rawatan dan pemulihan secara institusi dan kemudiannya
jagaan lanjutan ataupun diletakkan di bawah pengawasan
Pegawai Pemulihan dengan dikenakan syarat-syarat dan
terma-terma tertentu untuk menjamin kejayaan pengawasan
tersebut. Jika penagih tersebut bersetuju dengan keputusan
Pegawai Pemulihan tersebut, dia hendaklah mengikat jamin
untuk menjalani rawatan dan pemulihan. Jika syarat-syarat
dan terma-terma di dalam jaminan tersebut dilanggar,
keseluruhan atau sebahagian wang yang ditetapkan didalam
jaminan itu boleh dirampas oleh Kerajaan.

Seksyen 9 menetapkan acara yang sama seperti di atas
untuk dipakai bagi penagih yang belum dewasa (minor).
lbubapa atau penjaga mereka boleh berjumpa dengan seorang
Pegawai Pemulihan bagi tujuan tersebut dan mengikat jamin
bagi pihak anak-anak mereka.

6. Lembaga Pelawat

Seksyen 1 1 menghendaki supaya satu Lembaga pelawat
(Board of Visitors) dilantik bagi tiap-tiap Pusat pemuiihan
bagi memberi nasihat supaya perjalanan dan proses pemulihan
di pusat tersebut dilaksanakan dengan berkesan. Selepas
seseorang penagih itu menjaiani rawalan dan pemulihan di
Pusat Pemulihan selama 12 (dua belas) bulan, Lembaga
Pelawat boleh mempertimbangkan bagi menyingkatkan tempoh
kediaman penagih tersebut di Pusat. Namun begitu jika
Menteri memberi keizinan secara bertulis, Lembaga pelawat
boleh mengeluarkan seseorang penagih dari sesebuah pusat
Pemulihan walaupun tempoh rawatan dan pemuiihan belum
genap 12 bulan lagi.

7. Jawatankuasa Pemulihan

Seksyen 15 pula membolehkan dilantik di peringkat daerah,
pekan dan kawasan tertentu Jawatankuasa-Jawatankuasa
Pemulihan (Rehabilitation Committees) untuk menjalankan
tugas-tugas pemulihan dan kebajikan terhadap penagih-penagih
yang sedang atau yang telah menjalani rawatan dan
pernulihan. Jawatankuasa-jawatankuasa ini juga adalah
ditugaskan untuk membantu Pegawai Pemulihan dan lain-lain
orang yang bertanggungjawab mengenai pemulihan,
jagaan lanjutan dan pengawasan penagih dadah.

8. Pusat Pemulihan Persendirian

Seksyen 16 membolehkan mana-mana orang perseorangan,
organisasi, badan dan kumpulan orang, membuat permohonan
kepada Menteri Dalam Negeri untuk menubuhkan dan
mengendalikan sesuatu pusat pemulihan persendirian bagi
tujuan rawatan dan pemulihan penagih dadah atau bagi
jagaan lanjutan bagi bekas penagih dadah.

9. Kesalahan-Kesalahan

Seksyen 19 memperuntukkan satu kesalahan bagi orang
lepas lari dari jagaan sah disisi undang-undang dan kesalahan
tersebut boleh dikenakan denda atau hukuman penjara
selama tidak lebih dari 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
Seseorang akan berada di dalam jagaan sah disisi undang-
undang jika:-

a) dia ditahan dalam jagaan oleh seseorang pegawai di
bawah Akta;
b) dia menjadipenghunidi PusatPemulihan atau di Pusat
Jagaan Lanjutan di bawah Akta ini;
c) dia sedang dibawa dari mana-mana tempat atau ke
mana-mana tempat atau sedang melibatkan diri dalam
apa-apa aktiviti mengikut Akta ini sama ada di dalam
atau di luar pusat pemulihan atau pusat Jagaan Lanjutan
dan sebagainya.

10. Undang-undang Berkaitan

Seksyen 38A memperuntukkan bahawa seseorang yang
berumur di bawah 18 tahun didapati sabit kesalahannya
dengan satu kesalahan dibawah Akta Dadah Berbahaya
1952 (selain dari kesalahan di bawah Seksyen 68 atau 39A
atau 39B), sekiranya disahkan sebagai penagih dadah
hendaklah’diperintahkan juga menjalani rawatan dan pemulihan
di Pusat Pemulihan atau diletakkan dibawah pengawasan
dan seliaan Pegawai Pemulihan.Tujuan seksyen ini ialah
untuk memberi lawatan dan pemulihan kepada orang-orang
muda yang disabitkan dengan kesalahan-kesalahan yang
berkaitan dengan dadah selepas mereka menjalani apa-apa
hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah.

Apa Itu Dadah © 2017
Home Privacy Policy Terms Of Use Contact Us Affiliate Disclosure DMCA Earnings Disclaimer