UNSUR-UNSUR UTAMA MENGENAI KAUNSELING DI SEKOLAH

unsur-unsur utama kaunseling di sekolah-sekolah ialah:-

(a) Perhubungan Kaunseling: Pada asasnya kaunseling
adalah perasaan saling menghormati dan percaya mempercayai
antara satu sama lain. Guru bimbingan perlu menunjukkan
sifatnya yang mempunyai fikiran secara terbuka dan berminat
terhadap masalah murid-murid. Dia perlu menerima
murid itu sebagai individu dengan apa jua keadaannya seperti
menerima baunya; rupanya yang selekeh dan kotor dan
masalahnya dengan dadah. Selain dari itu, guru bimbingan perlu
berkebolehan untuk merasai apa yang dirasai oleh murid itu.
Perhubungan kaunseling yang baik dan menggalakkan me-
nambahkan kesediaan kaunseli untuk diberi kaunseling. Ini
penting diwujudkan sebelum perkembangan kaunseling.
Pcndek kata, kaunselor wajib mewujudkan tali perhubungan
yang mesra dengan kaunseli. Kaunseling ini perlu dirahsiakan
supaya kaunseli tidak perlu menyembunyikan masalahnya
dengan dadah. Murid itu perlu merasa bahawa dia boleh
mengkaji rancangan-rancangan, matlamat dan nilai-nilainya,
tanpa rasa takut dikritik nilai-nilai dan rmoralnya.

(b) Komunikasi: Banyak cara untuk berkomunikasi di
antara kaunselor dengan kaunseli. Komunikasi bukan sahaja
melalui percakapan, tetapi juga termasuk gerak-geri syarat,
nada suara lan airmuka. Mengangkat-angkatkan tahunya
mungkin membawa makna, “apa yangÃ,€ dia boleh buat. Saya
mempunyai masalah dadah vang tiada harapan untuk dipulihkan”.
Cara duduknya yang tenang dan selesa mungkin membawa
erti, “saya dah cuba semuanya. Saya tak yakin anda
dapat berbuat apa-apa bagi menolong saya”. Cara duduknya
membongkok ke hadapan dalam ketegangan mungkin menunjukkan
“saya memerlukan pertolongan, tolonglah saya”.
Murid-murid yang menghadapi masalah dadah biasanya
merupakan kaunseli yang pendiam. Ini jelas terbukti semasa
peringkat awal temuramah.

Ketika guru bimbingan melaksanakan tugasnya dalam
komunikasi dua hala, dua unsur ini perlu ada:-

(i) Apa yang dinyatakan oleh kaunselor kepada kaunseli
membawa makna.

(ii) Makna yang hendak dinyatakan oleh kaunseli
sampai kepada kaunselor.

Dalam usaha memberi kaunseling kepada pengguna
dadah, kaunselor penting mengenali istilah-istilah loghat,
istilah yang digunakan oleh penagih dadah seperti “barang,
tarik, bhang pot, grass, satay stick,buddha stick,fit, pit, flx,
scene, pusher, lucky spike dan chase the dragon.” Beliau
juga mestilah boleh mengesan tanda-tanda dan gejala-gejala
penyalahgunaan dadah dan keadaan diri seperti warna kulit
yang kuning pucat, mata kuyu, rambut panjang yang kotor
dan tidak kemas, letih lesu, perut tersentak, berpeluh-peluh
yang berlebihan dan lekas radang dan sebagainya. Ini adalah
pengetahuan penting yang boleh membantu kaunselor
memahami kaunseli supaya dia tidak dianggap oleh kaunseli
sebagai seorang dewasa yang tidak faham dan ketinggalan

(c) Pengetahuan kaunselor: Salah satu unsur utama
kaunselor ialah sedalam dan seluas mana pengetahuan yang
ada dan boleh digunakan oleh kaunselor untuk menjalankan
tugasnya. Ini bukan hanya alat-alat dan teknik-teknik kaunseling
yang dipelajarinya di kursus-kursus formal, tetapi juga
kajian yang tidak formal mengenai manusia yang dilakukan
oleh kaunselor itu sendiri. Kaunselor mesti faham secara
khusus sebab-musabab penyalahgunaan dadah di kalangan
murid-murid dan juga memahami sifat tabii si pengguna
dadah itu. Dia mesti faham bahawa penyalahgunaan dadah
adalah satu masalah sosial yang begitu kompleks dan
beraneka bentuk. Masalah ini bersifat aneka bentuk kerana
mempunyai implikasi-implikasi perubatan, ekonomi, undang-
undang dan juga psikologi. Ianya kompleks kerana pengguna
dadah adalah seorang individu. Walaupun masalah dadah
mereka itu sama, tetapi latar belakang peribadi masing-masing
adalah (unik) dan tiada dua penagih dadah yang serupa.
Kaunselor perlu sedar bahawa penyalahgunaan dadah
adalah berkaitan dengan masalah ketakbolehuur seseorang
individu menyesuaikan diri dengan masyarakat,
ketakupayaanrrya berkomunikasi secara memuaskan dengan anggota
masyarakat yang lain. Adalah dikatakan bahawa penyalahgunaan
dadah itu hanya sebagai suatu tanda keresahan para
remaja. Semua manusia, khasnya kanak-kanak dan remaja
sangat-sangat memerlukan kasih sayang. Ramai penagih
terlibat dengan dadah kerana mereka diketepikan dan tidak
dapat kasih sayang dan perhatian oleh masyarakat. Dapatlah
ditakrifkan setengah-setengah anak muda yang mengambil
dadah seperti ‘anak yatim walaupun ibu bapa mereka masih
hidup tetapi telah mengabaikan kasih sayang’ masa, asuhan,
bimbingan dan perhatian’.
Kaunselor perlu dapat mengenali murid-murid yang
berada dalam keadaan risiko dan mereka yang telah terlibat
dalam penyalahgunaan dadah. Sebahagian dari ciri-ciri
mereka ini adalah:-

(i) Mereka berasa terasing dari keluarga, masyarakat
dan terasa terancam dan disyakwasangkakan.

(ii) Mereka datangnya dari semua peringkat sosio
ekonomi.

(iii) Mereka kurang terlibat dalam aktiviti-aktiviti lain.

(iv) Mereka bosan dan tidak bermotivasi.

(v) Mereka tidak berpuashati dengan persekolahan.

( vi) Mereka mudah tertarik dengan pengaruh rakan sebaya.

(vii) Mereka melibatkan diri dengan dadah dan tergolong
dalam subbudaya dadah dan disingkirkan oleh kumpulan yang sihat.

(d) Pentingnya runding cara: Unsur penting dalam
runding cara ialah keupayaan mengubah perasaan yang
dinyatakan oleh kauuseling sendiri dalam perkembangan
temubual itu, keraguan, perasaan tidak yakin dan perasaan negatif
pada awalnya bertukar corak menjadi rasa berbelah bagi.
Contohnya, kenyataan seperti “saya bencikan bapa saya kerana
dia berbuat demikian supaya saya berhenti dari menagih
dadah”. Perkembangan yang berterusan dalam diri
kaunseli itu mungkin menghasilkan kenyataan-kenyataan yang
positif dengan penuh keyakinan seperti “saya faham sekarang
bahawa bapa saya bencikan tabiat saya mengambil dadah itu.
Dia tidak bencikan saya. Sebenarnya dia sayangkan saya dan
mengambil berat tentang hal saya. Saya kira sayamesti cuba
lebih kuat lagi supaya saya tidak mengecewakannya”‘

Adalah ditegaskan bahawa kita perlu memandang penagih
dadah sebagai satu gambaran kekurarrgan,dan kelemahan
kita sendiri, iaitu – masyarakat seluruhnya kerana kanak-
kanak belajar dari apa yang dialami dan kita semua perlu
merenung kata-kata pujangga Dorothy dan Nolte.

Kanak-Kanak Belajar Dari Pengalaman hidup

Jika seorang kanak-kanak hidup dengan kecaman, dia belajar
untuk mencela’

Jika seorang kanak-kanak hidup dengan perseteruan, dia belajar
untuk berkelahi.

Jika seorang kanak-kanak hidup dalam ketakutan, dia belajar
untuk menjadi cemas.

Jika seorang kanak-kanak hidup dalam kehibaan, dia belajar
untuk merasa sesal bagi dirinya.

Jika seorang kanak-kanak hidup dengan iri hati, dia belajar untuk
membenci dan merasa serba salah.

Jika seorang kanak-kanak hidup dengan penggalakan, dia belajar
untuk menjadi yakin.

Jika seorang kanak-kanak hidup dengan puji pujian, dia belajar
untuk menghargai.

Jika seorang kanak-kanak hidup dengan toleransi, dia belajar untuk
sabar.

Jika seorang kanak-kanak hidup dengan kerelaan,dia belajar
untuk menyukai dirinya.

Jika seorang kanak-kanak hidup dengan penerimaan, dia belajar
untuk mengasihi.

Jika seorang kanak-kanak hidup dengan pengiktirafan, dia belajar
untuk mempunyai tujuan.

Jika seorarng kanak-kanak hidup dengan keadilan, ia belajar untuk
mengerti apakah keadilan.

Jika seorang kanak-kanak hidup dengan kejujuran, ia belajar
apakah keinsafan.

Jika seorang kanak-kanak hidup dalam perlindungan, ia belajar
untuk percaya kepada diri sendiri dan orang-orang lain di se-
kitarnya.

Jika seorang kanak-kanak hidup dengan sifat ramah-tamah, ia
belajar bahawa dunia ialah tempat yang baik untuk hidup.

Apa Itu Dadah © 2017
Home Privacy Policy Terms Of Use Contact Us Affiliate Disclosure DMCA Earnings Disclaimer