KAJIAN KES 4 PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN MURID-MURID

Kes keempat ini ialah kes seorang peiajar tingkatan tiga yang sedang
mendapat rawatan di hospital. Dia adalah seorang pelajar Cina
yang sederhana kecerdasannya. Pelajar ini telah mencapai
kejayaan cemerlang sekali semasa dalam tingkatan satu dan
dua. Lebih kurang tiga bulan dahulu, dalam tingkatan tiga,
bila guru kelasnya menyoal budak ini berdiri tetapi tidak
berkata sepatah kata pun. Gurunya menerima kejadian ini
secara normal, apabila gurunya hilang sabar dan marah, murid
ini mula rnenangis dan tidak dapat mengawal tangisannya.

Guru itu menemui guru bimbingan untuk membincangkan
kes ini, apabila menyedari bahawa pelajar ini bertindak
balas dengan cara yang aneh. Walau bagaimanapun, mereka
memutuskan bahawa guru berkenaan perlulah terlebih dahulu
cuba memulihkan keyakinan pelajar itu sebelum merujuk
kepada guru bimbingan. Selepas waktu sekolah guru itu telah
berbincang dengannya. Dengan perasaan berbelah bagi dia
menyatakan kebimbangannya terhadap peperiksaan Sijil
Rendah Pelajaran, khasnya dan ujian-ujian klas amnya.
Kebimbangannya menjadi begitu hebat sekali hinggakan dia
menangis lagi. Kemudian pada hari itu, dia telah dirujuk
kepadia guru bimbingan oleh guru itu.

Pada mulanya dia tidak boleh langsung meluahkan perasaannya.
Apa yang dapat guru bimbingan lakukan ialah
membiarkan dia menyatakan tentang halnya yang tidak dapat
menumpukan perhatian kepada pelajarannya – dia terpaksa
menyemak semula kerjanya, menyemak satu demi satu bab
buku teksnya untuk mendapatkan balik keyakinan dirinya.
Tetapi walaupun dengan sepenuh usaha ditumpukan tetapi
ingatannya telah luput. Masalah ini kian bertambah buruk,
oleh kerana bahawa hari demi hari kerjanya kian trertambah.
Dia lantas minta kebenaran hendak berhenti sekolah serta
rnerta. Apabila dikaji lebih teliti bersama-sama dengannya,
dia telah memutuskan bahawa berhenti sekolah bukanlah
penyelesaian kepada masalah itu. Walau bagaimanapun dia
sentiasa risau. Di peringkat akhir temuramah, pelajar itu telah
menguasai semula perasaan, dia berada dalam keadaan tenteram,
namun begitu guru bimbingan belum puas hati kerana
masalah sebenarnya belum pun disentuh lagi.

Guru bimbingan menjemput pelajar itu datang lagi
untuk memberi kaunseling seterusnya. Petanda-petanda yang
sama mula menonjol lagi. Bila guru bimbingan meneliti
petanda-petanda itu bersama-sama dengannya, dia menyatakan
kebimbangannya akan mengecewakan ibu bapanya.
Berasaskan kepada petunjuk, guru bimbingan minta dia
menceritakan tentang ibu bapanya, walaupun pada mulanya dia
teragak-agak. Dia telah menceritakan bahawa ibunya menjual
nasi di sebuah kedai kopi. Bapanya tidak ada di rumah dan
bekerja di Alor Star dan hanya balik pada hujung-hujung
minggu tertentu saja. Mengenai perhubungan dengan ibu
bapanya, dia terlalu takutkan mereka, dia bimbang mereka
tidak memahaminya. Ketakutan terhadap bapanya adalah
jauh melebihi ketakutan terhadap ibunya, sungguhpun si ibu
lebih cenderung menderanya. Dia bertanya kepada guru
bimbingan mengapa ianya ingin mengetahui dengan lebih
mendalam tentang ibu bapanya dan layanan terhadapnya. Guru
bimbingan mengelak dari membincangkan soal ini dan balik
kepada soal ketakutan terhadap ibu bapanya dan sebab dia
bimbang akan mengecewakan mereka. Dia tidak dapat
menerangkan kepada guru bimbingan mengapa dia rasa begitu.

Dengan tidak semena-rnena dia bertanya adakah pil-pil
yang baik untuk menyegarkan seseorang untuk tempoh
beberapa jam untuk membolehkan dia belajar. Seterusnya dia
memberitahu gum bimbingan bahawa dia telah mengambil
pit-pil untuk membuatkan dia berjaga selama beberapa jam.
Dengan kata-katanya sendiri, dia tidak mahu tidur langsung
tetapi ibunya tidak membenarkannya. Bila guru bimbingan
mencadangkan padanya bahawa adalah baik jika guru bimbingan
menemui ibu bapanya, dia tidak bersetuju.

Dia berulang kali mengatakan bahawa ibunya tidak
punya masa hendak datang ke sekolah kerana dia sibuk pada
siang hari. Keadaan ini adalah benar. Dia mendapati terlalu
sukar hendak membenarkan guru bimbingan pergi ke
rumahnya kerana dia berasa malu akan keadaannya. Namun
demikian, setelah diberi jaminan kuat, dia telah mensizinkan.

Bersama seorang lagi guru bimbingan yang boleh berbahasa
Kantonis, guru bimbingan pergi ke mmahnya pada
jam 7.00 malam. Mereka dapati ibunya sangat mengambil
berat terhadapnya. Ibunva bekerjasama dengan menceritakan
sepenuhnya riwayat hidup pelajar itu. Pelajar itu adalah anak
dari hasil perkahwinannya vang kedua. Sebagai seorang
kanak-kanak, dia sangat sensitif dan suka menangis di tempat
tidur pada waktu malam. Dia sentiasa tidak berenggang
dengan ibunya walaupun sesudah berusia tiga tahun, berbeza
dengan kebanyakan kanak-kanak lain yang sama umur
dengannya.

Satu perkara lagi yang aneh diperhatikan oleh ibunya
ialah dia sering mengigau berjalan semasa tidur. Ibunya
mengaku pernah mernukui anaknya dengan scbatang kayu
api. Dia juga menceritakan mengenai tabiat budak itu belajar
bagaimana dia mengatur buku-buku teks dalam tiga susunan
dan kemudiannva menyemak buku demi buku, lepas
satu ke satu susunan cara seolah-olah dipaksa. Anak
perempuannya yang juga bersekolah mencrangkan bahawa
susunan-susunan buku teks itu adaiah buku-buku Tingkatan Satu, Dua
dan Tiga. Dua fakta lain yang nyata seperti yang diberitahu
oleh ibunya ialah budak ini telah mengurangkan makanan
hariannya kerana dia percaya dia telah menjadi gemuk.
Keduanya, datuknya telah meninggal dunia dalam keadaan
tidak siuman. Dia juga telah mengambil perhatian ke atas
nasihat guru bimbingannya dahulu, iaitu dia telah meminta
ibunya membelikan pil-pil untuk membolehkan ia berjaga
malam kerana ia hendak belajar. Ibunya enggan dan dia
seterusnya meminta kopi pekat. Ini dibenarkan oleh ibunya.

Apabila guru bimbingan membincangkan tentang
pelajaran kanak-kanak itu dengan ibunya, dia memberitahu
bahawa ia menjadi tersangat bimbang kerana kedua ibu bapanya
seringkali mengingatkan si anak tentang akibat-akibat kegagalan.
Ibunya risau tentang sikap suaminya terhadap si
anak dalam perkara ini. Budak itu tidak berani membawa
balik kad kemajuan sekolahnya. Jika dia gagal dalam beberapa
mata pelajaran bukanlah kerana dia takut akan didera,
tetapi tidak suka akan dileter kerana dia berasa bodoh dan
tidak berguna.

Adalah nyata sekali bahawa ini adalah merupakan kes
seorang murid berusia 15 tahun yang terganggu dan di bawah
tekanan yang teruk. Terdapat sangat sedikit pemahaman terhadap
masalah ini walaupun terbukti tanda-tandanya. Guru
bimbingan berpendapat budak ini tiada tempat untuk
mengadu, dan membincangkan masalah-masalah dengan ibu
bapanya.

Apa Itu Dadah © 2017
Home Privacy Policy Terms Of Use Contact Us Affiliate Disclosure DMCA Earnings Disclaimer