AKIBAT PENYALAHGUNAAN DADAH

Kesan buruk ketagihan dadah berbeza dari seorang individu
dengan seorang yang lain Secara amnya kesan-kesan dadah
adalah seperti berikut:

1. Akibat kepada tabiat dan kelakuan.

(a) Pandai menipu.

(b) Mencuri, menyamun, merompak untuk mendapatkan
wang membeli dadah.

(c) Mengasingkan diri dari masyarakat umum dan
hanya bergaul dengan kumpulan penagih dadah.

(d) Tidak mahu mengakui penglibatan dalam penagihan dadah.

(e) Penagih-penagih dadah mempengaruhi sahabat
handai untuk menjadi penagih dadah.

2. Akibat kepada kesihatan diri.

(a) Melemahkan tenaga dan menjadi malas.

(b) Boleh melemahkan tenaga batin sehingga tidak
dapat dipulihkan semula (walaupun pada peringkat permulaannya
tenaga batinnya agak bertambah).

(c) Kemungkinan menjadi mandul di kalangan wanita.

(d) Merosakkan fikiran, menjadi tidak siuman.

(e) Menyebabkan pitam, penssan atau tidak sedarkan
diri.

(f) Menyebabkan penyakit pedih hati dan sakit perut.

(g) Menimbulkan pcrasaan untuk bertindak ganas yang
boleh menghilangkan maruatr-

(h) Membawa ketagihan yang berlebihan untuk mententeramkan
diri dan jiwanya dan jika tidak dapat dadah
yang dikehendaki akan melibatkan kerosakan jiwa dan tenaga
fizikal.

(i) Membawa maut kerana menggunakan dadah yang
berlebihan.

3. Akibat kepada keluarga masyarakat, ekonomi dan
keselamatan negara.

(a) Akibat terhadap keluarga:

(i) Rumahtangga akan menjadi porak peranda,
perpisahan dan penceraian di antara ahli
keluarga.

(ii) Harta benda akan berkurangan atau habis
terus seperti menjualnya sedikit demi sedikit.

(iii) Menjatuhkan mamah dan mencemarkan
nama baik keluarga.

(iv) Harapan keluarga tidak dapat dipenuhi.

(b) Akibat terhadap masyarakat:

(i) Kejadian jenayah seperti mencuri, menyamun,
merompak dan membunuh.

(ii) Menimbulkan persengketaan dan perselisihan
faham antara satu keluarga dengan satu keluarga yang lain.

(iii) Melemahkan perpaduan, pembangunan dan
kemajuan masyarakat.

(iv) Menimbulkan kecurigaan kepada ibu bapa
terhadap anak-anak mereka.

(v) Melibatkan perselisihan faham antara kaum.

(vi) Melemahkan keimanan dan kecenderungan
terhadap agama mereka.

(vii) Menjejaskan kesopanan dan kesusilaan.

(viii) Membebankan dari segi kes pemulihan,
pencegahan dan penguatkuasaan.

(c) Akibat Terhadap Ekonomi

(i) Menyebabkan kemiskinan keluarga menjadi
miskin.

(ii) Merosotkan ekonomi di bidang perniagaan
dan perusahaan.

(iii) Melemahkan jentera-jenrera pentadbiran kerajaan.

(iv) Mengakibatkan pengkhianatan kepada jentera-j entera
perusahaan.

(v) Mengurangkan pengeluaran hasil bumi, hasil
pertanian dan hasil perusahaan.

(vi) Menyebabkan pengaliran wang keluar negeri.

(vii) Keseluruhan ekonomi negara akan terjejas.

(d) Akibat Terhadap Keselamatan Negara

(i) Melemahkan tenaga rakyat clan ini memberi
peluang kepada musuh-musuh negara, contohnya
golongan komunis dan antinasional
mengambil kesempatan mencapai tujuan mereka.

(ii) Musuh-musuh negara juga dengan keuntungan
hasil dari penjualan dadah dapat membeli
senjata-senjata dan jrgu memperkuatkan
keanggotaan mereka serta memperkukuhkan
kewansan mereka.

(iii) Melemahkan jentera kerajaan clan
kuatan pasukan keselamatan untuk
tahankan negara.

(v) Menggalakkan kegiatan ansir subvertif.

(vi) Menimbulkan perasan curiga dan takut
di kalangan rakyat.

Apa Itu Dadah © 2017
Home Privacy Policy Terms Of Use Contact Us Affiliate Disclosure DMCA Earnings Disclaimer