LANGKAH-LANGKAH KEMASYARAKATAN

Penduduk sesuatu tempat di mana banyak terdapat masalah
penyalahgunaan dadah boleh rnemberi kerjasama untuk
mengatasi masalah penyalahgunaan dadah. Istilah masyarakat
di sini bukanlah terhad kepada mereka yang duduk di satu
kawasan yang ditentukan oleh keadaan geografi atau politik
tetapi dikhaskan kepada penduduk sesuatu tempat sama ada
di kampung atau di bandar, yang memberi perhatian usaha
untuk mempertinggikan nilai hidup masyarakat tersebut.

Berkesan tidaknya program ini bergantunglah.kepada
kerjasama masyarakat untuk mengurangkan penggunaan
dadah dengan memberi sokongan kepada agensi-agensi yane
sedia ada. Ini adalah kerana program ini melibatkan orang
perseorangan dan kumpulan-kumpulan dalam program
pencegahan.

Matlamat-matlamatnya: Tujuan am termasuk menyedarkan
penduduk tentang masalah-masalah dadah yang wujud
serta menggerakkan dan menyelaraskan perkhidmatan,
sumber-sumber dan tenaga manusia untuk program pencegahan
dan integrasi sosial.

Matlamat lain termasuklah:

(i) Mendapatkan sumber kewangan untuk projek-projek
kemasyarakatan yang tertentu.

(ii) Mendapatkan sukarelawan-sukarelawan untuk program-program
yang sedang berjalan.

(iii) Menggunakan kemudahan-kemudahan masyarakat
untuk program-program tertentu.

Sebelum melaksanakan langkah kemasyarakatan, ada beberapa
langkah awal yang perlu diambil mengikut keutamaannya:

(a) Menggerakkan sumber-sumber yang sedia ada, termasuklah
pertubuhan-pertubuhan belia, sebaran am, pertubuhan-pertubuhan
sukarela, pertubuhan perniagaan, kesatuan buruh,
agensi-agensi kebajikan, institusi pelajaran, persatuan
agama, kumpulan kegiatan masa lapang dan berbagai-bagai
kemudahan lain.

(b) Menilai sejauh mana masalah-masalah itu wujud
dalam masyarakat serta ciri-cirinya. Sumber-sumber maklumat
yang penting boleh didapati dari mereka yang arif tentang
hal itu, juga dari data yang sedia ada dan hasil dari penyelidikan semasa.

(c) Perkembangan jentera penyelaras yang licin untuk
perkhidmatan yang sedia ada dan perkhidmatan yang mungkin
diwujudkan pada masa akan datang.

(d) Menubuhkan jentera penyelaras uhtuk mendapatkan
sumber, kewangan, sukarelawan-sukarelawan, alat-alat
kemudahan dan pakar-pakar teknikal. Perkara-perkara ini
boleh diperolehi dari masyarakat itu seluruhnya, dari
industri-industri dan pertubuhan tempatan juga dari badan-badan
kebangsaan.

Apa Itu Dadah © 2017
Home Privacy Policy Terms Of Use Contact Us Affiliate Disclosure DMCA Earnings Disclaimer