AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTHAKAN HARTA) 1988

Masalah pengedaran dadah di negara ini masih berleluasa
walaupun hukuman mati dikenakan bagi mereka yang didapati
bersalah mengedar dadah. Sebab utama yang mendorong
orang terlibat didalam kegialan ini ialah keuntungan besar
yang boleh diperolehi dari kegiatan haram ini. Oleh kerana
itu walaupun mereka ditangkap dan dihukum atau ditahan di
bawah undang-undang yang ada, mereka masih sanggup
menanggung risikonya. Hasil kekayaan yang mereka perolehi
dari aktiviti ini adalah selamat dari dirampas oleh kerajaan
kerana tidak ada peruntukan undang-undang mengenai
perampasan harta sebelum ini. Menyedari perkara ini,
Kerajaan telah mengadakan satu undang-undang untuk
merampas harta-harta hasil dari kegiatan pengedaran dadah,
serta menyabitkan mereka dengan kesalahan-kesalahan
berhubung dengan harta tersebut.

1.Tujuan

Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 yang
berkuatkuasa pada 10 Jun 1988 bertujuan memberi kuasa
kepada Kerajaan untuk mengesan, membeku dan merampas
aset pengedar dadah.

Tujuan Akta ini antara lain ialah:-
a) memperuntukkan kesalahan yang berhubung dengan
penggunaan wang atau lain-lain harta bagi tujuan
menjalankan aktiviti-aktiviti yang ada hubungan dengan
kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 atau
dimana-mana undang-undang asing yang bersamaan
dengan akta ini atau kesalahan di bawah akta ini;

b) memberi kuasa kepada pihak.penguatkuasa untuk
membuat penyiasatan, penangkapan dan penyitaan
mana-mana harta yang disyaki dan seterusnya
pendakwaan ke atas mereka yang melakukan kesalahan
di bawah Akta ini.

2. Harta Yang Menyalahi Undang-Undang

Seksyen 2 Akta ini telah memberi erti “harta yang menyalahi
undang-undang” kepasa 7 bahagian yang mana harta ini
diperolehi melalui aktiviti pengedaran dadah atau digunakan
untuk menjalani aktiviti pengedaran ini termasuklah saham,
wang simpanan, rumah, tanah, kenderaan, perniagaan dan
lain-lain harta alih atau tak alih.

3. Kesalahan

Dibawah Akta ini sesuatu harta itu akan dirampas apabila
telah dibuktikan bahawa ianya harta yang menyalahi undang-undang
sama ada terdapat sabitan atau tidak. Kesalahan-kesalahan
tersebut adalah seperti berikut:-

Seksyen 3

Kesalahan
Penggunaan harta untuk menjalankan aKiviti-aktiviti yang
menjadi satu kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 atau
mana-mana undang-undang asing yang bersamaan dengan Akta ini
sama ada telah dilakukan atau sedang dijalankan.

Hukuman
Penjara tidak kurang daripada 5 tahun tidak lebih daripada
20 tahun.

Seksyen 4

Kesalahan
Mana-mana orang yang berurus niaga, mengguna, memegang,
menerima atau menyembunyi mana-mana harta yang dia mengetahui
atau mempunyai sebab untuk rnempercayai bahawa harta itu ialah harta
menyalahi undang-undang.

Hukuman
Penjara tidak kurang dari 5 tahun dan tidak lebih dari 20 tahun.

Seksyen 24(7)

Kesalahan
Melanggar larangan perintah mahkamah yang telah diwartakan
atau menyembunyi atau memusnah dan mengubah apa-apa benda
atau harta yang terjejas oleh perintah itu atau mengeluarkan
harta yang terjejas dari Malaysia.

Hukuman
Denda tidak lebih dari $500,000.

Lain-lain kesalahan di bawah Akta ini adalah mengenai
pelanggaran perintah atau notis-notis yang dikeluarkan iaitu:-

a) Gagal membayar amaun dalam tempoh tidak lebih 30 hari
dari tarikh perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah.
Hukumannya ialah penjara tidak kurang dari 3 tahun dan
tidak lebih dari 7 tahun Seksyen 1 1 (1 )l ;

b) Mana-mana orang yang menghalang pihak polis menjalankan
pemeriksaan dan penggeledahan seperti enggan memberi
kerjasama atau maklumat, rnenyembunyikan atau memusnahkan
apa-apa benda atau dokumen yang disyaki sebagai
suatu kesalahan dibawah Akta ini. Hukumannya ialah denda
tidak lebih dari $2,000 atau penjaratrdak lebih dari satu tahun
atau kedua-duanya sekali (Seksyen 18);

c)Mana-mana orang yang sengaja mengabaikan atau tidak
mematuhi terma-terma notis yang dikeluarkan oleh
pendakwaraya untuk mendapatkan maklumat untuk membantu
siasatan. Hukumannya ialah denda tidak lebih dari $2,000
atau penjara tidak lebih dari satu tahun atau kedua-duanya
sekali Seksyen22 (2).

4. Siasatan Dan Keterangan
Kesalahan di bawah Akta ini ialah kesalahan boleh tangkap.
Mana-mana pegawai polis boleh menangkap tanpa waran:-

a. Mana-mana orang yang semunasabahnya disyaki telah
atau sedang melakukan sesuatu kesalahan dibawah
Akta ini;

b. Mana-mana orang yang semunasabahnya dipercayai
orang kenaan; atau

c. Mana-mana orang yang terhadapnya Pendakwaraya
bercadang untuk membuat permohonan di Mahkamah
Tinggi untuk mendapatkan suatu perintah. melucuthakan
segala harta yang dipegang oleh orang itu.

Pegawai kanan polis yang ada sebab yang munasabah
mengsyaki mana-mana premis ada menyembunyi atau
menyimpan apa-apa harta yang boleh dilucuthakkan di bawah
Akta ini boleh pada bila-bila masa pada waktu siang atau
malam memasuki, menggeledah atau memeriksa dan menyita
atau menahan apa-api-Oenda atau dokumen yang disyaki.

Kerajaan tidak bertanggungjawab mengganti apa-apa
kerosakan yang berlaku kepada mana-mana harta akibat
daripada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau
penahanan di bawah Akta ini kecuali kesalahan itu disebabkan
oleh pengabaian sengaja oleh pegawai tersebut.

Jika harta itu tidak boleh dilucuthakan di bawah Akta ini,
harta-harta yang telah disita boleh pada bila-bila masa
dilepaskan kepada orang-orang yang diputuskan berhak ke
atas harta itu menurut undang-undang. sesuatu harta yang
telah disita di bawah Akta ini, jika tiada pendakwaan dimulakan
berkenaan harta itu, atau tiada prosrding dimulakan oleh
Pendakwaraya untuk merucuthakan harta itu atau tidak ada
tuntutan dibuat oreh mana-mana orang dalam masa 3 bulan
dari tarikh penyitaannya, maka harta iiu terlucutlah dengan
serta-merta. Jika ada tuntutan dibuat, ia akan dirujuk ke
Mahkamah Sesyen untuk diputuskan.

5. Orang-orang Kenaan

Bahagian lll ini merupakan pelucuthak harta orang-orang
kenaan. Orang-orang itu ialah:-

a) Orang yang telah disabitkan dengan kesalahan di bawah
Seksyen 3, Seksyen 4 atau Sekiye n24 (7)Akta iniatau
kesalahan di bawah Seksyen dtl atau Seksyen 39B
Akta Dadah Berbahaya j 952 atau kesalahan di bawan
undang-undang asing yang bersamaan dengan Akta
ini;

b) Mereka yang ditahan atau telah ditahan menurut sesuatu
perintah tahanan atau sekatan di bawah ADB (Langkah_
Langkah Pencegahan Khas), 1985;

c) Mereka yang memegang, menyembunyi, mengguna
apa-apa harta yang menyalahi undang-undang;

d) Saudara atau sekutu orang yang telah disabitkan di
bawah Akta ini.

6. Harta Yang Terlucuthak

Akta ini meletakkan harta yang terlucuthak pada Kerajaan.
Bilamana mahkamah mendapati bahawa harta yang dipegang
oleh orang kenaan adarah hasir dari kegiatan pengedaran
dadah, maka harta itu akan dilucuthaikan. Harta yang
terletakhak pada Kerajaan adalah bebas daripada apa-apa
hak, kepentingan, atau bebanan mana-mana orang kecuali
hak, kepentingan atau bebanan yang dipegang oleh-pembeli
suci hati dengan balasan berharga (purchaser in good
faith for valuable consideration).