PENDEKATAN DAN TEKNIK PENCEGAHAN DADAH MELALUI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Berikut adalah beberapa pendekatan dan teknik yang boleh
digunakan oleh kakitangan bimbingan bagi mendampingi
dan memberi pertolongan kepada kumpulan-kumpulan
sasaran murid dan juga individu tertentu yang menyalahgunakan
dadah.

(a) Pencegahan Peringkat Awal: Pada peringkat ini,
matlamat menyeluruh ialah rnenentukan yang individu-individu
yang tidak pernah mencuba dadah, tidak akan menggunakan dadah.

Tugas kakitangan bimbingan ialah mengesan murid-murid
yang mempunyai masalah supaya mereka itu boleh diberi
pertolongan menyesuaikan diri dan mengatasi masalah
mereka. Guru bimbingan hendaklah mendapatkan maklum-
balas tentang murid-murid yang memerlukan pertolongan dan
luga hendaklah bertindak sebagai penggalak untuk memastikan
yang murid-murid menyelesaikan masalah mereka dengan
memuaskan.

1. Murid-murid yang mempunyai masalah dapat dikesan
melalui empat cara.

Pertama, jenis-jenis masalah yang dialami oleh
murid-murid dalam sesebuah kelas boleh didapati
dengan menggunakan Money’s Problem Checklist
tanpa nama murid.

Kedua, murid-murid yang mempunyai masalah seperti
ponteng, tidak sopan, gagal untuk membuat
kerja-kerja yang diberi atau di mana seorang murid meminta
nasihat guru bagi mendapatkan pertolongan seperti masalah
emosi, kurang maju dalam lapangan akademik, perhubungan
dengan rakan-rakan sebaya boleh juga dikesan apabila guru
darjah merujukkan murid kepada guru bimbingan untuk
diberi kaunseling.

Ketiga, penilaian kefahaman dan sikap murid-murid
terhadap dadah boleh juga dibuat melalui perbincangan
yang mengglnakan teknik penjelasan nilai-nilai.

Keempat, masalah-masalah yang dijangkakan oleh
murid-murid akan timbul semasa sessi bimbingan kumpulan
diadakan.

2. Berbagai-bagai input digunakan oleh guru kaunseling.
Satu daripadanya ialah menggunakan panel terdiri
daripada pakar-pakar untuk memberi ceramah mengenai
dadah.

Cara ini mempakan satu komponen pembelajaran yang
berguna dan juga merupakan cara untuk mengesan masalah-
masalah individu. Adalah baik jika para penceramah, selepas
memberi ceramah membenarkan para hadirin menyoalnya
dan mengemukakan pendapat mereka. Masa perlulah
diperuntukkan supaya para hadirin boleh berbincang,
bertukar-tukar pendapat dan mencapai persetujuan. Di samping
ini, teknik penjelasan nilai boleh digunakan. Cara ini ialah
dengan menyogokkan masalah-masa-lah yang direka dan
keputusan-keputusan yang dihadapi oleh murid-murid. Proses
ini menolong individu dengan memilih unsur-unsur yang
terbaik dan menolak unsur-unsur yang paling buruk. Ia
memperkuatkan kemampuan individu untuk menjelaskan pada
dirinya nilai-nilai supaya pemilihan-pemilihan utama di dalam
hidup sama ada mencuba dadah atau tidak, tidak dibuat
berdasarkan tekanan kumpulan-kumpulan rakan sebaya,
berserah bulat-bulat kepada pihak berkuasa atau kecendemngan
menerima bulat-bulat dakyah pengedar-pengedar dadah atau
pengiklan-pengiklan. Satu daripada keistimewaan kaedah ini
ialah dirinya menyedari dan menggunakan pengaruh rakan
sebaya sebagai kuasa positif untuk membentuk sikap dari
perubahan kelakuan.

Di samping kaedah ini, kaedah kaunseling individu boleh
juga digunakan. Walau kaedah ini memakan masa, adalah
berguna untuk menolong remaja yang mudah terpengaruh
dengan cadangan-cadangan untuk mengenali kekuatan-kekuatan
dalam memperbaiki konsep diri dan keyakinan diri dan
mencari jalan-jalan yang positif untuk menyelesaikan
masalah-masalahnya, menyesuaikan dan melaksanakan
tugas-tugas perkembangan tanpa menggunakan dadah.

Sebagai lanjutan dari kaunseling individu, seorang kaunselor
yang imaginatif melalui pemahaman dan maklumat
terkandung dalam kad-kad rekod himpunan, boleh membimbing
seseorang murid menjelajah dan mencari kegiatan-kegiatan
atau pilihan-pilihan yang sesuai dengan minat atau motif
masing-masing. Cara ini adalah didasarkan kepada kefahaman
iaitu rasa bosan boleh membawa kepada penyalahgunaan
dadah. Pilihan-pilihan yang menghendaki dan membangkitkan
penyertaan individu secara aktif akan bertindak sebagai
benteng menentang risiko penglibatan dalam penyalahgunaan
dadah.

(b) Pencegahan Peringkat Kedua: Matlamatnya ialah
untuk mengesan dan menolong mereka yang baru mencuba
dadah supaya mereka tidak mengalami pergantungan
terhadap dadah dari segi psikologi.

1. Ada beberapa cara mengesan murid-murid yaung
terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Pertama, mereka dapat dikesan melalui kad rekod himpunan
sekolah yang kemaskini. Rekod ini akan memberi gambaran
tentang perubahan dari segi kelakuan, kesihatan dan pencapaian
akademik murid-murid.

Kedua ialah melalui pernerhatian dan rujukan
murid oleh guru darjah dan guru mata pelajaran dan disertai
dengan sebab rujukan itu dibuat juga akan memberi petunjuk
yang penting dalam pembahan kelakuan.

Ketiga ialah melalui rujukan sendiri oleh murid termasuk
pengakuan yang mereka pernah mencuba dadah.

Keempat ialah melalui maklumat yang diberi oleh
agensi-agensi penguatkuasa mengenai penyalahgunaan
dadah di dalam sesebuah sekolah.

2. Beberapa teknik atau kaedah boleh digunakan oleh
guru bimbingan untuk mempengaruhi individu. Di antaranya
termasuklah kaunseling individu, model-model gantian,
teknik penjelasan nilai-nilai, penguunaan alat pandang dengar
yang dlipilih. Cara-cara rujukan juga adalah perlu untuk
merujuk murid kepada agensi-agensi tertentu yang lebih
berkemampuan membceri pertolongan-pertolongan khas yang
diperiukannya. Merujuk seseorang murid kepada sesuatu
agensi memerlukan kerjasarna untuk guru bimbingan
menyediakan dan meyakinkan murid untuk menerima pertolongan
itu. Satu lagi kaedah ialah perjanjian berdasarkan keadaan
(contingency contract). Jika dirasakan perlu bagi seseorang
murid dirawat sebagai pesakit luar, guru bimbingan hendaklah
memberi sokongan kepada rnurid itu supaya dia menjauhkan
diri dari mencuba dadah. Kaedah ini didapati berjaya
mengubah kelakuan kronis (misalnya ponteng kelas).

Pada asasnya pengurusan perjanjian berdasarkan keadaan
merupakan satu strategi untuk mengurangkan kelakuan-kelakuan
yang tidak diingini (misalnya mencuba dadah)
dan membina kelakuan-kelakuan yang sesuai dan diingini.
Dalam usaha mengatasi masalah penyalahgunaan dadah,
persefahaman antara tiga pihak iaitu guru bimbingan, murid dan
ibu bapa perlu wujud supaya kelakuan murid yang baik akan
diberi ganjaran. Akhirnya, ibu bapanya juga perlu memberi
kaunseling sebab adakalanya ibu bapa secara langsung atau
tidak langsung mempakan faktor penting yang menyebabkan
penyalahgunaan dadah di kalangan anak-anak mereka.

(c) Rujukan penagih dadah: Matlamatnya ialah untuk
mengesan dan membolehkan rawatan dan pemulihan diberi
kepada mereka yang bergantung kepada dadah.

1. Ada tiga cara mengesan kumpulan yang terlibat
dengan penyalahgrnaan dadah. Pertama dengan meneliti
rekod kad himpunan sekolah, mendampingi dan memerhati
dengan teliti kelakuan individu berkenaan. Kedua ialah
melalui maklum balas yang didapati daripada guru tingkatan/
darjah, guru-guru dan rakan sebaya. Ketiga, kaunseling
indi-vidu boleh dijadikan satu proses untuk memerhatikan
petanda-petanda pergantungan kepada dadah. Ia memberi peluang
kepada murid menerangkan sebab-sebab dan keadaan-keadaan
yang menyebabkan kepada penyalahgunaan dadah.

2. Ada beberapa teknik atau kaedah yang boleh digunakan.
Di antaranya termasuklah kaunseling bersama
antara ibu bapa dan murid-murid untuk menasihatkan
mereka mencari pertolongan perubatan dan pemulihan serta
menerangkan kepada mereka jenis rawatan dan pemulihan,
termasuk kesan-kesannya.
Di samping itu, galakan dan sokongan perlu diberikan
kepada murid-murid/ibu bapa di dalam membuat rujukan
murid yang bergantung kepada dadah ke agensi-agensi
rawatan dan pemulihan.

(d) Perkhidmatan susulan: Matlamatnya ialah untuk
mencegah tabiat kembali semula kepada dadah, dan
menggalakkan proses sosialisasi di sekolah supaya mereka dapat
menyesuaikan diri.

Teknik-teknik yang perlu digunakan termasuklah
teknik-teknik yang bertujuan mencapai matlamat jangka
pendek dan juga jangka panjang. Teknik-teknik yang
dicadangkan ialah pertama, kaunseling ibu bapa dan murid
bekas penagih dadah oleh guru bimbingan supaya ketiga-tiga
pihak akan memainkan peranan masing-masing di dalam
proses melaksanakan perkhidmatan susulan yang berkesan.
Kedua ialah penggunaan perjanjian berdasarkan keadaan di
mana mereka yang menandatanganinya ialah murid bekas
penagih dadah, ibu bapa dan guru bimbingan. Ketiga ialah
kaunseling individu dengan bekas penagih dadah apabila di-
fikirkan perlu. Keempat ialah penjelasan nilai-nilai sebagai
menyokong untuk mengukuhkan pengetahuan, sikap dan
kelakuan positif. Dan kelima, model-model pilihan sebagai
benteng menentang kecenderungan murid bekas penagih
dadah kembali bergantung kepada dadah.

Apa Itu Dadah © 2017
Home Privacy Policy Terms Of Use Contact Us Affiliate Disclosure DMCA Earnings Disclaimer