Masalah ketagihan dadah kian bertambah dan dengan ini kita
perlu mencari suatu teknik kaunseling bagi penagih dadah.
Suatu cara yang sesuai ialah menerusi kajian mengenai emosi,
motivasi dan sentimen orang yang bergantung kepada dadah
Kita berharap bahawa perkhidmatan kaunseling akan dapat
menolong dalam usaha menyelesaikan masalah ini. Sebagai
guru besar dan guru di sekolah, kita menyedarinya dan
berharap kita akan sampai ke suatu kedudukan di mana
guru-guru bimbingan akan dapat menyediakan berbagai bentuk.
pertolongan. Sebagai kaunselor, kita mesti bersedia untuk
bekerja keras.
Setiap fasa dan peringkat akan berkehendakkan suatu cara kaunseling
khusus yang akan menolong orang yang bergantung kepada
dadah. Di samping ini, semasa kaunseling, kerjasama keluarga
dan suasana rumah juga diperlukan. Dalam kaunseling,
suasana rumah dan suasana selepas waktu sekolah, perlu juga
digabungkan. Tujuan utama kaunseling ialah untuk melepas-
kan penagih dadah dari pergantungan jiwa kepada dadah, di
samping pergantungan fizikal. Tugas ini adalah sukar dan
memakan masa. Andainya matlamat ini tidak tercapai, maka
kita tidaklah boleh mengakui sebarang kejayaan dalam usaha
kita sebagai kaunselor, kerana tidak dapat tidak orang yang
bergantung kepada dadah itu akan berbalik semula kepada
tabiatnya yang lama.
Beberapa Reaksi Umum Orang Yang Bergantung Kepada
Dadah
Di peringkat-peringkat awal percubaan dadah, pergantungan
fizikal dengan cepat melarat kepada pergantungan jiwa ter-
hadap dadah. Apabila kedua-dua ini berpadu, kita katakan
individu itu sebagai penagih. Pergantungan fizikal berlaku
selepas beberapa kali menggunakan dadah dan diikuti oleh
rasa atau keadaan gembira.
Rasa atau keadaan gembira yang dimaksudkan adalah
seperti perasaan sempurna dan selesa, fikiran tenteram dan
bebas daripada sebarang tekanan, masa berlalu tanpa disedari
oleh si penagih, perasaan penuh keagungan dan perasaan
cukup puas hati dengan dirinya. Ringkasnya, kesakitan dan
penderitaan yang sentiasa dihadapi adalah reda. Orang yang
bergantung kepada dadah tidak berupaya menanggung
serendah-rendah tekanan atau ketegangan yang wujud untuk
disesuaikan dan diterima. Dia berada dalam keadaan terhimpit
dan mahu mencari jalan keluar ke arah keseronokan apabila
mengalami kesakitan – cara gantian untuk menghadapi
berada di sisinya.
Apabila cara gantian ini digunakan terlalu
berlebihan, persepsi dan emosinya mula merosot. Motif
untuk wujud dan hidup berubah, tujuan-tujuan dan aspirasi-
aspirasi yang lazim dalam kehidupan bertukar. Orang yang
bergantung kepada dadah berfikir seolah-olah dialah saja
seorang manusia di dunia ini dan seluruh alam tertakluk
kepadanya. Inilah puncak peringkat mementingkan diri sendiri
yang tercapai olehnya. Kaunselor sangat perlu menyedari
tentang persepsi perasaan, pandangan terhadap kehidupan
dan memahami alam khayalan para penagih, semoga ber-
upaya menolong mereka.