(a) Apakah Morfin : Morfin adalah candu yang aktif
serta utama, dan digunakan untuk meringankan kesakitan.
Bagaimanapun ia menduduki tempat kedua selepas heroin
sebagai dadah yang disalahgunakan. Morfin disalahgunakan
secara meluas oleh penagih terutama sekali apabila heroin
susah hendak didapati. Sulfat morfin ialah cairan yang tidak
ber”warna dan tidak berbau. Morfin juga bcrbentuk empat
segi, ringan dan berwarna putih. Selain itu, morfin juga
terdapat dalam bentuk tablet-tablet putih kecil atau kapsul.
Di Malaysia cata yang biasa untuk membungkus Morfin adalah
dalam bungkusan-bungkusan kertas kecil. Morfin juga
dikenali dengan’M’, DrearRer, Morpho, Monkeyo Morf, Tab,
Cubes, Emsel, Morphie, Melter dan Fit.
(b) Cara Morfin digunakan: Morfin boleh dimakan dalam
bentuk tablet atau kapsul, tetapi cara penggunaan
yang sangat kerap ialah Cengan cara suntikan ke dalam pembuluh
(intravenus) dengan menggunakan jarum-jarum hipoderma.
(c) Kesan Morfin: Sebaik sahaja dadah ini digunakan,
penagih itu berasa mengantuk serta rnenunjukkan kecacatan
perseimbangan dan tindakbalasnya. Tindakbalas-tindakbalas
vang awal adalah amat tidak menyenangkan orang tetapi diikuti
dengan perasaan tenang. Pertuturan penagih itu menjadi
tidak nyata, mata hitamnya mengecil, kemudian dia tidur
dan dalam keadaan tidak sedar, jaga semula, berkhayal
semuia dan sentiasa mengelamun. Walaupun morfin/ jarang
membuat seseorang itu berasa gembira kerana fikirannya
vans terganggu, tidak boleh membuat pertimbangan dengan
betu1, tekanan darah turun, pernafasan dan peredaran darah
menjadi larnbat dan kurang selera makan.
(d) Bahaya Morfin: Sama seperti heroin, pertimbangan
kawalan dari, tumpuan dan perhatian merosot dengan
cepatnva ketika perasaan pengguna itu tidak lagi tenteram.
Hilangnya selera makan menyebabkan pengguna dadah mendapat
sembelit. kurang makan dan turun berat badan. Pengguna
sangat mencuaikan diri sendiri menyebabkan dia senang
diserang penyakit dan akhirnya menjadi ahli masyarakat yang
tidak bertanggungjawab. Morfin mewu.judkan kedua-dua
pergantungan fizikal dan jiwa dengan cepatnya, dan daya
tahan (tolerance) terhadap dadah ini dibina dengan cepat
pula. Oleh itu, dos-dosnya mestilah selalu ditambah untuk
mendapatkan kesan/akibat yang sama dengan dos yang pertama.
Penagih tidak tahu berapa kuatnya dos yang diambilnya
itu dan ini membawa bahaya dos yang berlebihan dan
yang boleh menyebabkan kejang dan kematian. Jarum yang
kotor boleh merebakkan penyakit seperti sakit kuning,
kancing gigi dan peracunan darah. Oleh kerana morfin boleh
menimbulkan’ketagihan jenis fizikal, apabila penagih itu cuba
berhenti mengambil dadah dan membebaskan diri dari
cengkamannya, dia mengalami penyakit-penyakit pengunduran
diri (sindroma putus dadah) dengan teruknya sama seperti
seseorang penagih heroin. Dia akan berasa resah, cemas,
sugul, bercelaru, takut, menggeletar, berpeluh berlebih-lebihan,
mata hitam membesar, rnata dan hidung berair, tidak
boleh tidur, mual dan muntah-muntah, tegang perut dan
ceret-beret. Kesemua tanda ini sampai ke kemuncaknya
selepas 48 jam yang pertama sesudah dadah ini berhenti di-
ambil dan ini bertemsan sehingga sepuluh hari. Bagaimanapun
masa yang panjang adalah diperlukan untuk badan penagih
itu kembali kepada keadaan sediakala. Walaupun seseorang
itu menderita akibat pengunduran dari dadah, disebabkan
pergantungan jiwanya atau ketagihan yang terlalu
kuat, penagih itu mungkin boleh memulakan kembali tabiatnya
itu pada suatu masa yang dia rasa lemah dan cuai.
(e) Kesan-kesan Fisiologi lleroin dan Morfin : Tubuh
badan kita mempunyai deria-deria yang dikawal oleh otak
menerusi urat saraf. Ada sejenis enzim semula jadi dikenali
sebagai endomor.fin yang dikeluarkan oleh buli-buli pitituari.
Enzim ini sentiasa dikeluarkan secara spontan kepada
sel-sel deria hinggalah kepada sel-sel otak (grey matler).
Dalam keadaan normal sel-deria ini berfungsi secara spontan
dengan kehadiran enzim endomortin. Tetapi apabila seseorang
menghisap heroin atau morfin yang berlebihan, buli-buli
pitituarinya akan terjejas. Kehadiran Endomorfin dari
heroin atau morfin yang dihisap secara berterusan melemahkan
keupayaan sel-sel dalam pitituari untuk mengeluarkan
enzim Endomorfin secara spontan. Lama-kelamaan sel-sel
ini akan mati dan begitu juga sel-sel otak (grey matter) tidak
dapat berfungsi dengan betul. Kegagalan pitituari mengeluarkan
Endomorfin menyebabkan penggantungan si pengguna
kepada bekalan yang berterusan hingga menjadi penagih.
Sel-sel deria yang rosak dan mati mengakibatkan seseorang
penagih menjadi pelupa dan kurang keseimbangannya. Walaupun
tubuh badan kelihatan sihat tetapi pemikirannya tidak normal
kerana kebanyakan sel otak (grey matter) telah rosak
dan mati. Oleh yang demikian penyalahgunaan heroin dan
morfin membahayakan kerana boleh menjadikan seseorang
itu tidak waras dan jika terperangkap, sukar untuk sembuh
seperti manusia yang normal. Di samping itu, kesan fisiologi
morfin dan heroin ialah merendahkan kesanggupan sumsum
tulang (bone marrow) untuk mengeluarkan haemoglobin.
Oleh yang demikian ia akan membawa kepada pesakit anaemia
di mana darah merah seorang pengidap kurang daripada
biasa.