AKTA DADAH BERBAHAYA 1952

Akta Dadah Berbahaya 1952 merupakan undang-undang utama
yang berkaitan dengan pengawalan dadah di Malaysia. la dianggap
sebagai satu undang-undang yang sangat keras kerana memperuntukkan
hukuman mati bagi kesalahan mengedar dadah.
Buat pertama kalinya ia telah menyelaras semua undang-undang
dadah yang ujud di negeri-negeridi Semenanjung sebelum tahun
1952. Undang-undang initelah melalui beberapa proses pindaan
bagi menghadapi peningkatan masalah pengedaran dan penagihan
dadah yang semakin berat.

1.Pemakaian

Akta Dadah Berbahaya 1952 mulai berkuatkuasa di
Semenanjung Tanah Melayu pada 1 November 1952.
Pemakaian Akta ini diperluaskan ke Sabah dan Sarawak
(termasuk Labuan) pada 1 Jun 1978 melalui Perintah
Pengubahsuaian Undang-undang (Racun dan Daddh
Berbahaya) (Perluasan dan Pengubahsuaian) 1978.

2.Tujuan

Akta ini memperuntukkan peraturan dalam mengawal
pengimportan, pembuatan, penjualan, pemilikan,
pengeksportan dan penggunaan segala jenis dadah dan
campuran dadah. Selain dari memberikan hukuman untuk
kesalahan di bawah Akta ini, tujuan utama Akta ini ialah
untuk:-

i) mengawal penggunaan segala jenis dadah;
ii) membahagikan dadah kepada empat kumpulan mengikut
tahap kebahayaannya dan hukuman-hukuman mengikut
kumpulan- kumpulan dadah tersebut;
iii) membezakan secara nyata di antara pemilikan haram
dan pengedaran;
iv) memasukkan segala jenis dadah yang baru ke dalam
Akta ini bagi tujuan mengawal pengeluaran, bekalan
dan pemilikannya.

3. Kesalahan-Kesalahan

Pada umumnya kesalahan-kesalahan di bawah Akta Dadah
Berbahaya 1952 boleh dikelaskan kepada kesaiahan-
kesalahan pemilikan, pengedaran, pengimportan,
pengeksportan, penanaman, pengilangan, penggunaan
premis, penggunaan atau administrasi dadah dan kesalahan-
kesalahan pelbagai.

a) Pemilikan

Konsep pemilikan (possession) mempunyai pelbagai
makna bergantung kepada keadaan pemakaiannya.
Tafsiran “pemilikan” ini dipengaruhi oleh polisi kepentingan
awam. lni jelas dilihat pengaruhnya di dalam undang-
undang dadah. Perkataan “pemilikan” itu sendiri tidak
diberi makna atau definisi di bawah Akta Dadah Bebahaya
1952. Oleh itu ianya hendaklah diputuskan berdasarkan
bidang undang-undang yang berkaitan.

Dalam keadaan biasa, unsur niat seseorang adalah
penting dalam menentukan pemilikan. Untuk mensabitkan
seseorang dengan kesalahan pemilikan, tiga
perkara perlu dibuktikan:

i) pemilik mesti mengetahui keadaan benda yang di
milikinya;
ii) pemilik mesti mempunyai kuasa untuk melupuskan
benda itu;
iii) pemilik mesti sedar akan pemilikan benda itu.

Sekiranya salah satu dari tiga di atas gagal di
dibuktikan tuduhan pemilikan itu tidak terbukti. Akta
Dadah Berbahaya 1952 telah membuatkan anggapan bagi
pemilikan dan dengan itu prinsip mengenai pemilikan seperti
di atas tidak terpakai.

i) Anggapan Pemilikan (Presumption of Possession)

Sekysen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952
memperuntukkan anggapan mengenai “pemilikan” iaitu,
apabila seseorang dijumpai di dalam jagaannya atau di
bawah kawalannya dadah berbahaya, dia hendaklah
dianggap sebagai dibuktikan sebaliknya, sebagai
memiliki dadah berbahaya tersebut dan hendaklah
dianggap sebagai mengetahui akan keadaan (nature)
dadah berkenaan.

Pihak Pendakwaraya hanya dikehendaki membuktikan
bahawa dadah berkenaan berada di bawah jagaan atau
kawalan orang tersebut. Dadah berkenaan mungkin
terdapat di dallm bungkusan, atau dalam premis, tetapi
jika di buktikan bahawa ianya dibawah jagaan atau
kawalan orang tersebut, beban bukti berpindah kepada
orang tertuduh untuk menimbulkan keraguan yang
munasabah bahawa dia tidak memiliki dadah tersebut
dan/atau dia tidak tahu mengenai keadaan dadah
berkenaan.

Rasional di sebalik pengujudan peruntukan anggapan
untuk membuktikan “pemilikan” dadah ialah
memandangkan kesalahan memiliki dadah di pandang
berat.Tanpa peruntukan ini, penjenayah dadah dapat
dengan mudah menafikan pemilikan dadah dan
menimbulkan pembelaan bahawa ia tidak tahu menahu
mengenai dadah tersebut. Anggapan ini walau
bagaimanapun boleh dipatahkan oleh tertuduh dengan
menimbulkan keraguan yang munasabah.

ii) Ujian Pemilikan

Ujian-ujian(tests) yang digunakan ialah:-
a) ujiansukatan/timbangan(themeasurabilitytest);
b) ujian penggunaan (the usability test); dan
c) ujian pengecaman (the identifiabitity test).

Mengikut ujian (a), selagi dadah tersebut boleh ditimbang,
disukat dan diukur, kesalahan telah dilakukan.
Mengikut ujian (b), walaupun dadah tidak boleh di
timbang (quantified), selagi ia boleh digunakan, kesalahan
telah dilakukan.

Mengikut ujian (c), walaupun dadah berkenaan amat
sedikit (very minute quantity), jika ianya boleh dicamkan
(identified), kesalahan telah dilakukan.

Di Malaysia, mengikut kes P.P. v Mohamad Ali B Sani
(1978) 2 MU 109, mahkamah nampaknya memutuskan
bahawa jika sekiranya dadah tersebut boleh dicamkan
(identifiable), ia adalah merupakan keterangan yang
mencukupi untuk kesalahan memilikijenis dadah ber-
kenaan walaupun jumlahnya tidak cukup untuk
penganalisaan. Mahkamah-mahkamah di Malaysia telah
juga menggunakan ujian “penggunaan” selain dari ujian
“pengecaman”.

b)Pengedaran

“Pengedaran” sebagaimana ditafsirkan di dalam Seksyen
2 Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah:

” Pengedaran termasuklah semua perbuatan seperti
berikut iaitu membuat, mengimport, mengeksport,
menyimpan, menyembunyi, membeli, memberi,
menerima, menyetor, mengurus, mengangkut,
membawa, menghantar, menyerah, mendapatkan, membekal
atau mengedar mana-mana dadah berbahaya.

Di samping definisi pengedaran’ Seksyen 37(da) Akta
Dadah Berbahaya 1952, memperuntukkan anggapan
pengedaran dalam beberapa keadaan tertentu seperti
dibawah iaitu sesiapa yang didapati di dalam miliknya:-

i) 15 gram atau lebih heroin;
ii) 15 gram atau lebih morfin;
iii) 15 gram atau lebih monoacetylmorfin;
iv) sejumlah 15 gram atau lebih campuran heroin, morfin
dan monoacetylmorfin atau sejumlah 15 gram atau
lebih campuran dua di antaranya;
v) 1,000 gram atau lebih candu masak;
vi) 1,000 gram atau lebih candu mentah;
vii) sejumlah 1,000 gram atau lebih campuran candu masak
dan candu mentah;
viii)200 gram atau lebih kanabis (gania);
ix) 200 Eram atau lebih resin kanabis (hashish);
x) sejumlah 200 gram atau lebih Gampuran kanabis dan
kanabis resin;
xi) 40 gram atau lebih kokain; atau
xii) 2,000 gram atau lebih daun koka

melainkan dengan mempunyai kebenaran di bawah
Akta atau dibawah mana-mana undang-undang bertulis
yang lain, sehingga dibuktikan sebaliknya, hendaklah
dianggap sebagai mengedar dadah tersebut.

Anggapan di dalam Seksyen 37(da) di atas memerlukan
bukti pemilikan dan pemilikan pula memerlukan bukti
mengenai jagaan dan kawalan dadah. Dengan demikian,
sekirannya pemilikan tidak dapat dibuktikan, tuduhan
pengedaran akan dibuang.

Seksyen 39(B) ” Akta Dadah Berbahaya (1952)
memperuntukkan:-

“Tiada sesiapa boleh, sama ada bagi pihak dirinya atau
bagi pihak orang lain, sama ada atau tidak orang
tersebut berada di Malaysia:-

i) mengedar dadah berbahaya ;
ii) menawarkan untuk mengedar dadah berbahaya; atau
iii)membuat atau menawar untuk membuat persiapan
bagi tujuan mengedar dadah berbahaya.

Sesiapa yang melanggar mana-mana peruntukan
seksyen kecil (1) adalah melakukan kesalahan dibawah
Akta dan hendaklah dihukum, jika disabitkan, dengan
hukuman mati. ”

Pada asalnya Seksyen 398(2) Akta Dadah Berbahaya
1952 memperuntukkan hukuman mati, atau hukuman
penjara seumur hidup yang termasuk juga hukuman
rotan untuk kesalahan mengedar.

Pada masa itu, hukuman ini adalah dianggap sebagai
hukuman yang terkeras sekali di dalam Akta Dadah
Berbahaya 1952. Sub-seksyen ini telah dipinda melalui
Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 1983, Akta A533,
yang mulai berkuatkuasa pada 15 April 1983, di mana
hukuman penjara seumur hidup dan rotan dimansuhkan.
Mereka yang disabitkan dengan kesalahan mengedar
dadah akan dikenakan hukuman mati mandatori.

c) Mengapakah Pemilikan 15 Gram Atau Lebih Heroin/
Morlin/Monoaetylmorlin Atau Campurannya Dianggap Sebagai Pengedar

Mengikut Akta Dadah Bebahaya (Pindaan) 1983, sesiapa
yang memiliki 15 gram heroin, morfin atau campurannya
akan dianggap pengedar dadah. Sebelum pindaan ini,
berat dadah untuk mewujudkan anggapan pengedaran
ialah 100 gram. Pada kebiasaannya seorang penagih
dadah menggunakan tidak lebih dari 10 straw yang
mengandungi antara 0.5 hingga 0.6 gram heroin/morfin/
monoacetyl-morfin pada sesuatu ‘masa untuk
kegunaannya sendiri. Seseorang yang memiliki lebih
dari itu adalah munasabah dianggap memilikinya untuk

tujuan pengedaran. Maka seseorang yang memiliki
dadah heroin/nrorf in/mono- acetylmorf in lebih daripada
15 gram adalah dianggap pengedar dadah.

d)Rasional Hukuman Mati Mandatori

Kesan pengedaran dadah mengakibatkan keruntuhan
moral, kerosakan sosial dan menjejaskan ekonomi
negara. Wabak dadah ini boleh mengancam kestabilan
dan keselamatan negara jika tiada kawalan perundangan
yang ketat. Oleh itu hukuman yang keras yang boleh
menghalang orang lain dariterjerumus dalam kegiatan
pengedaran dadah hendaklah dikenakan. Prinsip
pencegahan mesti diutamakan dan pengedar sewajarnya
menerima hukuman berat. Pengedar adalah “pembunuh”.
Tiada hukuman yang paling keras selain dari hukuman
mati.

e) Kesalahan-Kesalahan Pelbagai

i) Memasukkan Dadah Ke Badan Sendiri Dan Orang Lain
Adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 15(a)
Akta Dadah Berbahaya 1952 memasukkan dadah ke
badan sendiri atau orang lain. Hukuman bagi kesalahan
ini ialah penjara 2 tahun, atau denda $5,000 atau kedua-
duanya sekali.

ii)Penanaman (Cultivation)
Seseorang yang didapati menanam mana-mana pokok
di mana candu mentah, daun koka, jerami popi atau
ganja boleh diperolehi, boleh didakura di bawah Seksyen
68 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pihak Pendakwa hanya perlu membuktikan tanpa
keraguan yang munasabah bahawa orang yang
berkenaan dijumpai memiliki “any receptacle in which,
any plant, from which raw opium, coca leaves, poppy
straw or cannabis may be obtained, is planted or
cultivated”. Apabila ini telah dibuktikan, orang berkenaan
akan dianggap di sisi undang-undang sebagai orang
yang menanam pokok tersebut. Hukuman yang
dikenakan ialah penjara seumur hidup dan sebat tidak
kurang dari 6 kali sebatan.

iii) Pengeluaran Dadah Berbahaya

Kesalahan mengeluarkan dadah berbahaya di
peruntukkan di dalam Seksyen 9(1) dan Seksyen 17(1)
Akta. Seksyen 9(1)(c) melarang secara mutlak
pengeluaran sebarang candu masak. Seksyen 17(1)
Akta menjadikan kesalahan bagi seseorang untuk
mengeluar bagi tujuan perdagangan, sebarang keluaran
yang diperolehi dari “phenanthrene alkaloids of opium”
atau dari “ecgonine alkaloids of the coca leaf”.