FALSAFAH MATLAMAT DAN KEGIATAN PUSAT PEMULIHAN DADAH

1. Pusat Pemulihan Dadah:

(a) Satu institusi yang diluluskan oleh, Menteri
Kebajikan Am Malaysia untuk rawatan dan pemulihan
penagih dadah.

(b) Kemasukan ke pusat ini mestilah atas perintah
mahkamah seperti yang dikehendaki oleh Ordinan
Dadah Berbahaya 1952.

2. Falsafah dan matlamat-matlamat sesuatu Pusat
Pemulihan Dadah.

(a) Ia adalah satu institusi therapeutik bertujuan membantu
penagih dadah, berikutan detoksifikasi perubatan,
memberhentikan tabiat menagih dadah dan mengamalkan
hidup bebas dari dadah.

(b) Suasana sekitar adalah terkawal supaya selama dia
berada di pusat itu, dia tidak berpeluang untuk mendapatkan
dadah atau berhubung dengan bekas rakan-rakannya yang
bertanggungjawab ke atas penagihnya.

(c) Jangka masa perintah mahkamah ialah enam bulan
tetapi ia boleh dikurang atau ditambahkan bergantung ke
pada keadaan yang ditentukan oleh Menteri atau Lembaga
Pelawat. .

(d) Pada asasnya, pusat ini menyediakan pemulihan
jasmani, panduan moral dan penerangan agama, pemulihan
kerjaya dan rekreasi dan perkhidmatan psikologi dalam
bentuk kaunseling individu dan kumpulan.

(e) Kemajuan penagih dadah adalah dikaji oleh Lembaga
Pelawat dengan tujuan memberi pelepasan berdasarkan
kemajuan yang dicapainya.

(f) Sistem mengums penghuni, mengatur rancangan
pemuiihan tiap-tiap penghuni, bermula dari suaikenal,
diikuti oleh tapisan awal, pemeriksaan perubatan, temuduga
pengambilan, merangka rancangan rawatan, mengkaji
kemajuan dan akhirnya peringkat seseorang itu benar-benar
berhenti mengambil dadah.

3. Kegiatan-kegiatan yang terlibat dalam proses pemulihan
penagih dadah.

(a) Mahkamah mungkin memerintah seorang penagih
dadah dihantar ke pusat pemulihan atau meletakkannya di
bawah penyeliaan seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat.
Mahkamah mungkin memerintahkan seorang penagih dadah
masuk penjara jika juga didapati bersalah, misalnya memiliki
dadah di bawah Ordinan Dadah-Dadah Berbahaya.

(b) Setiap orang yang telah keluar dari pusat pemulihan
dadah dikehendaki oleh undang-undang supaya
diselia oleh seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat selama dua
tahun. Seliaan adalah bertujuan untuk membantu bekas
penagih dadah untuk menyesuaikan dirinya dalam masyarakat.

(c) Sesiapa yang dihantar ke pusat pemulihan dadah
akan juga diselia selama dua tahun.

(d) Falsafah penyeliaan di dalam masyarakat setempat
secara terbuka adalah untuk membolehkan penagih dadah
meneruskan kegiatan-kegiatan biasa tanpa dihantar ke pusat
pemulihan. Tetapi mahkamah diberi kuasa memanggilnya
jika dia melanggar sebarang syarat dalam perintah yang
dikeluarkan semasa dia di bawah penyeliaan seorang Pegawai
Kebajikan Masyarakat.

(e) Syarat-syarat ini mungkin menghendaki beliau
menjalani ujian air kencing dari masa ke semasa,tinggal dan
bekerja di suatu tempat ylng dibenarkan oleh Pegawai
Kebajikan Masyarakat.

(f) Proses pemulihan seorang bekas penagih dadah di
bawah sistem penyeliaan adalah ditentukan oleh sistem
pengurusan klien yang mengandungi suaikenal, pengesanan
keperluan terhadap daadah, pengguna berbagai kaedah rawatan,
mengawasi rancangan rawatan yang sedang berjalan dan
pemberhentian penyeliaan.

4. Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah.

(a) Jawatankuasa yang dilantik oleh menteri terdiri
dari orang-orang yang mempunyai kesedaran sivik

(b) Sukarelawan yang dilantik dikehendaki membantu
pegawai-pegawai pemulihan dadah (pegawai-pegawai Kebaji-
Masyarakat ) dalam menjalankan tugas-tugas mereka.

(c) Jawatankuasa juga boleh membawa ke pengetahuan
tentang keperluan mengubah dasar atau perundingan
yang melibatkan pemulihan Kementerian.

(d) Guru-guru boleh memberi sumbangan tenaga
dengan cara berkhidmat kepada jawatankuasa