PROSES PEMULIHAN PENAGIH DADAH KEMENTERIAN KEBAJIKAN AM

Berdasarkan perangkaan Kementerian Kebajikan Am,
bilangan penagih dadah yang tampil ke hadapan untuk mendapat
rawatan pemulihan sehingga 1980 berjumlah 10,200 orang,
dan bilangan ini dijangkakan akan bertambah. Masalah ini
sangat membimbangkan lebih-lebih lagi memandangkan
bahawa kira-kira 85 peratus daripada mereka yang
menyalahgunakan dadah terdiri daripada belia-belia yang berusia
kurang daripada 30 tahun. Perlu juga ditegaskan bahawa
langkah-langkah menggunakan hukuman sahaja tidak akan
memberi kesan kerana pengalaman telah menunjukkan
bahawa masalah penagihan dadah itu tidak wujud dengan
sendirinya. Penagih-penagih dadah adalah berperibadi lemah serta
tidak matang. Perasaan mereka adalah tidak tenteram. Di
samping itu mereka mempunyai kadar toleransi yang rendah
dan tidik tabah untuk menghadapi masalah-masalah hidup.
Nyatalah bukannya dadah yang menjadi punca masalahnya
teiapi kelemahan peribadinya. Pergantungan mereka kepada
dadih secara jasmini dan rohani berupa satu tindakbalas bagi
mengatasi masalah-masalah yang mereka hadapi. Oleh itu,
Kementerian ini berpendapat seseorang penagih dadah itu
sebagai orang yang mempunyai masalah dan lebih perlu
diberi bantuan dan pertolongan daripada hukuman. Pende-
katan yang digunakan ialah pendekatan psiko-sosial.

Rangka Undang-Undang

Kementerian Kcbajikan Am telah diberi tugas untuk
mengadakan Perklidmatan Pernulihan Dadah melalui pindaan yang
dibuat kepada Ordinan Dadah Berbahaya 1952 dalam tahun
1975. Berikutan dengan pindaan ini, dua lagi akta Pindaan
diluluskan dalam tahun 1977 . Antara peruntukan baru yang
terkandung di dalam Akta Pindaan Baru ini ialah seliaan ke
atas penagih-penagih dadah, tempoh tahanan di Pusat-pusat
Pemulihan, kuasa melanjutkan tempoh tahanan, mewajibkan
seiiaan lanjutan, kuasa memanggil semua penagih yang telah
dibebaskan sekiranya gagal mematuhi syarat-syarat seliaan
lanjutan, perlantikan Jawatankuasa Pemulihan Dadah dan
meluluskan Pusat Pemulihan swasta.

Penagih Dadah

Undang-undang yang ada sekarang menitikberatkan
pemulihan bagi penagih-penagih dadah. Penagih dadah ialah orang
yang telah menyalahgunakan dadah yang mengakibatkannya
mengalami perubatan dari segi ‘psychic dan kadang-kadang
fizikal. Perubahan ini dapat dilihat dari tingkahlakunya yang
menyebabkan dia terpaksa mengambil dadah terus-menerus
ataupun dengan tujuan untuk mengalami kesan-kesan psychic
tersebut.

Pegawai Kebajikan Masyarakat dilengkapkan dengan
kuasa-kuasa dan tugas-tugas mengikut undang-undang berhubung
dengan pemulihan tiga kategori penagih dadah iaitu:-

(i) Mereka yang disyaki sebagai penagih.

(ii) Penagih dadah yang terbukti melakukan kesalahan
di bawah Ordinan Dadah Berbahaya (berumur
kurang daripada 21 tahun).

(iii) Penagih dadah yang datang secara sukarela.

Cara Bertindak

Kerja-kerja pemulihan yang dilaksanakan oleh Pegawai
Kebajikan Masyarakat bagi tiap-tiap kategori tersebut adalah
seperti berikut.-

(a) Seseorang Pegawai Kebajikan Masyarakat atau Pegawai
polis dari pangkat Sarjan ke atas boleh menahan sesiapa
juga yang disyaki sebagai penagih dadah dan menghadapkannya
kepada Majistret dalam tempoh 24 jam untuk menerima
perintah tahanan sementara dan menjalani pemeriksaan
perubatan mengesahkannya sebagai penagih dadah, dan
Majistret berpuas hati dengan laporan yang dikemukakan oleh
Pegawai Kebajikan Masyarakatmaka penagih tersebut bolehlah
diperintahkan masuk ke Pusat Pemulihan.

Sebagai pilihan kedua Majistret boleh juga memerintahkan
penagih dadah itu berada dalam masyarakat biasa dan
diletakkan di bawah seliaan Pegawai Kebajikan Masyarakat
selama dua tahun dengan syarat dia dikenakan ikat jamin
supaya berkelakuan baik dan hadir di mahkamah apabila
dipanggil untuk menerima hukuman jika ia didapati
melanggar syarat-syarat Perintah Seliaan.

(b) Bagi penagih dadah yang terbukti melakukan kesalahan
di bawah Ordinan Dadah Berbahaya, jika dia berumur
kurang daripada 21 tahun, Pegawai Kebajikan Masyarakat
dikehendaki menyediakan laporan prahukuman ke atasnya
untuk pertimbangan mahkamah. Laporan ini perlu disediakan
untuk membantu mahkamah supaya dapat membuat
keputusan yang paling sesuai baginya. Mahkamah
boleh sama ada memerintahnya menjalani rawatan dan
pemulihan di Pusat Pemulihan selama enam bulan atau
membebaskannya di bawah Cubaan Akhlak. Bagi penagih dadah
yang dikenakan Perintah Cubaan Akhlak, Pegawai Kebajikan
Masyarakat akan menyelianya selama dua tahun dan dia juga
dikenakan ikat jamin supaya berkelakuan baik dan dihadapkan
ke Mahkamah semula untuk pengadilan sekiranya melanggar
syarat-syarat Perintah Cubaan Akhlak. Perintah
Cubaan Akhlak dikenakan untuk menentukan supaya penagih
dadah yang berkenaan dapat diselia dengan sempurna dan
supaya dia tidak terdedah kepada bahaya terlibat semula
dengan dadah.

Perlu juga ditegaskan di sini bahawa kuasa mahkamah
tidak terhad kepada membuat Perintah Cubaan Akhlak atau
Perintah masuk ke Pusat Pemulihan sahaja tetapi ia juga
mempunyai kuasa mengenakan hukuman-hukuman lain
seperti penjara atau denda.

yang dihadapi oleh penghuni yang berkenaan yang mungki$
menyebabkannya kembali menjadi penagih dadah. Yang
palitg penting, pegawai pemulihan perlu menerimanya dan
menjalankan kaunseling agar dia terus hidup bebas dari peng-
gunaan dan pergantungan kepada dadah.

Penyertaan Masyarakat

Usaha-usaha memulih penagih-penagih dadah tidak akan
lengkap dan berkesan seperti yang dikehendaki tanpa kerja
sama dan penyertaan semua lapisan masyarakat. Masalah
penyalahgunaan dadah tirnbul di kalangan masyarakat dan dari
itu rnisyarakat sendiri perlu memainkan Peranan untuk
membasminya. Sumbangan badan-badan sukarela dan
orang-orang persendirian ke arah ini adalah dialu-alukan.
Akta Pindaan Baru mengandungi peruntukan bagi perlantikan
Jawatankuasa Pemulihan oleh Menteri Kebajikan Am Malaysia.
Jawatankuasa ini menjadi alat atau saluran bagi anggota-
anggota masyarakat untuk melibatkan diri dan bekerjasama
dalam program pemulihan penagih dadah. Di samping ini,
jawatankuasa ini membantu tugas-tugas Pegawai Kebajikan
Masyarakat terutamanya dalam bidang seliaan dan seliaan
lanjutan.

Peruntukan undang-undang juga disediakan bagi perlantikan
Lembaga-lembaga Pelawat di Pusat-pusat Pemulihan
oleh Menteri Kebajikan Am. Tiap-tiap Pusat Pemulihan.
Dadah mempunyai Lembaga Pelawat yang ahli-ahlinya
terdiri daripada anggota masyarakat yang berminat dalam
kerja-kerja pemulihan dan kebajikan penagih-penagih dadah
yang menjalani pemulihan di pusat-pusat tersebut. Secara
tugas-tugas Lembaga Pelawat ialah untuk melaksanakan
tugas-tugal tertentu seperti yang terkandung di dalam
peraturan-peraturan yang dibuat oleh Menteri Kebajikan Am
ieperti menasihat dan membuat syor-syor kepada Ketua
Pengarah Kebajikan Masyarakat mengenai perkaraperkara
tertintu yang dirujukkan kepada mereka. Lembaga Pelawat
juga diberi tugas melalui undang-undang berkaitan dengan
lempoh taharan penagih-penagih di pusat pemulihan dan
kuaia memanggil balik bekas penghuni Pusat pemulihan jika
mereka gagal mematuhi syarat-syarat seliaan lanjutan.

Apa Itu Dadah © 2017
Home Privacy Policy Terms Of Use Contact Us Affiliate Disclosure DMCA Earnings Disclaimer