Lebih kurang 2,600 tahun vang lampau, Mahaguru Gautama
Buddha telah menyedari bahawa dadah adalah satu daripada
keburukaan bahaya yang tiada terhingga bagi manusia. Oleh
yang demikian beliau telah memasukkan rukun larangan
daripada mengambil dan memakan dadah dan meminum minuman
keras sebagai satu daripada lima rukun “Panca Sila”.
yang patut dipatuhi oleh penganut-penganut agama Buddha.
Selama 45 tahun Buddha mengajar dan menyebar agamanya
ke merata-rata tempat di negerinya. Beliau sering memberi
khutbah, syarahan dan nasihat kepada individu yang datang
menemui beliau tentang masalah-masalah kehidupan dan
sebagainya. Dalam nasihatnya, beliau telah menekankan
bahawa dadah adalah salah satu bencana yang amat besar
bagi manusia.
Menurut ajaran ini ada dua kebaikan yang melindungi
akhlak dan kemuliaan manusia, iaitu malu dan segan
melakukan sesuatu yang dihina masyarakat. Penggunaan
dadah akan mengakibatkan seseorang itu sama sekali
hilang sifat-sifat tersebut.
Menurut Mahaguru Buddha dalam “Mangala Sutta” –
ke arah Mencapai Rahmat:
To cease and abstain from evil, Forbearance with recpect to intoxicants
and steadfastness in virtue, This is the highest blessing.
(Berpantang daripada mengambil dadah dan arak adalah
suatu berkat, suatu kurnia, suatu anugerah yang paiing
tinggi). Dari “Mangala Sutta” ini kita ketahui sikap Buddha
terhadap dadah. Dalam “Parabhava Sutta” – (Discourse on
the Cause of Downfall), Buddha menyatakan:
He who is addicted to women, to liquour drugs, to gambling and
squanders whatever he earns, This is the cause of downfall
( Sese orang yang ketagih arak/ dadah menyebabkan keruntuhan
dan kemundaran yang juga boleh dianggap sebagai kecelakaan.
Pada zaman Buddha, ada seorang saudagar yang kaya.
Sebelum saudagar itu meninggal dunia, dia telah mewariskan
semua hartanya kepada anak tunggalnya yang bernama Sigala
dengan pesanan:
“Wahai anakku, selepas ayah pergi dari dunia ini, kaulah
yang mewarisi semua harta benda aku. Tapi ingat, berhati-
hatilah pada enam haluan. Ingatlah pesanan akhirku ini sebagai
pedoman hidupmu”. Anaknya berasa terharu.Puas dia
memikirkan tidak dapat juga dia memahami pesanan bapanya
itu. Akhirnya dia berjumpa Mahaguru Buddha dan
mengemukakan soalan yang mengharukan itu. Mahaguru kemudian
menasihat Sigala seperti berikut: “Ada enam cara menghabiskan
harta yang perlu dielakkan oleh setiap penganut Buddha,
iaitu: Indulgence in intoxicants and drugs, loitering in the
streets in gambling hours, frequenting threatical shows,
Indulgence in gambling, associaion with evil companions,
and addiction to idleness”.
Ajaran agama Buddha mengandungi tiga prinsip pokok
iaitu: Sila iaitu kesopanan dan kesusilaan, Samadhi iaitu
menumpukan perhatian, dan Panna iaitu kebijaksanaan ataupun
arif. Pada asasnya seseorang itu mempunyai kesopanan dan
kesusilaan selepas dia menumpukan perhatian kepada ajaran
agama.