Rasional Pencegahan Dadah

Pada tahun 1975/1976 satu kajian contoh yang melibatkan
murid-murid sekolah menengah dari dua buah negeri, Pulau
Pinang dan Selangor, telah dilaksanakan oleh Pusat Penyelidikan
Dasar, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, untuk
mempastikan setakat mana penyalahgunaan dadah berlaku.
Kajian tersebut menunjukkan sebab-sebab bermulanya penyalahgunaan
dadah di kalangan murid-murid boleh dibahagikan dalam
empat sebab utama, iaitu perasaan ingin
tahu, lari dari kenyataan atau keadaan sebenar tekanan kumpulan
rakan sebaya dan desakan ingin mencapai sesuatu
dalam hidup.

Oleh itu, pada peringkat pragmatik, rancangan-rancangan
mencegah penyalahgunaan dadah itu sendiri perlu dikaitkan
dengan sebab-sebab yang membawa seseorang itu pada
penyalahgunaan dadah.

Dasar Kementerian Pelajaran tentang masalah penyalah-
gunaan dadah merangkumi ciri-ciri berikut:-

1. Ke semua pendekatan psiko-sosial yang positif perlu
digunakan untuk mengelolakan rancangan-rancangan
pencegahan penyalahgunaan dadah di sekolah- sekolah.
Melaksanakan pendekatan psiko-sosial yang positif di
peringkat sekolah bermakna memberi penekanan kepada
pencegahan peringkat awal, usaha-usaha mengesan yang lebih
awal terhadap murid-murid yang mengalami masala ini
dapat dibantu dengan memberi perkhidmatan kuanseling
kepada mereka sebelum masalah mereka menjadi serius. Ini
juga dapat membimbing murid-murid sebelum mereka mula
mencuba dadah.

Pendekatan ini juga merangkumi rancangan-rancangan
yang bertujuan bagi menjelas dan meneguhkan nilai-nilai
dan sikap murid-murid supaya mereka lebih berkemampuan
untuk menetapkan matlamat-matlamat mereka dalam jangka
masa yang panjang. Murid-murid mesti dibimbing untuk
menimbangkan kegiatan-kegiatan pilihan yang akan
memenuhi kehendak-kehendak pertumbuhan mereka.

Yang perlu ditekankan dalam pendekatan ini mestilah
tidak semata-mata memberi maklumat-maklumat mengenai
beberapa jenis dadah dan kesan atau bahayanya, tetapi
menunjukkan perbezaan di antara makanan yang baik dengan
benda-benda yang akan memberi mudarat, di mana tunjuk
ajar dan amaran perlu dibuat walaupun dalam menggunakan
persediaan perubatan.

2. Kaedah menakutkan, dan juga pendekatan-pendekatan
yang mungkin akan menimbulkan rasa ingin tahu tidak
patut digunakan di dalam sebarang kempen pencegahan
penyalahgunaan dadah di sekolah-sekolah.

Jika sesebuah sekolah ingin mengelolakan ceramah
mengenai pencegahan penyalahgunaan dadah, perhatian hendaklah
diambil untuk memastikan para penceramah yang dijemput
adalah berkebolehan membincangkan perkara mengÃ,€enai
dadah, dan mereka hendaklah menggunakan pendekatan
yang sesuai untuk murid-murid sekolah.

Murid-murid tidak dibenarkan mengambil bahagian
dalam pameran-pameran atau ceramah-ceramah di mana
dadah dan alat-alat penggunaan dadah dipamerkan serta
ditunjukkan cara-cara berbagai jenis dadah di gunakan.

3. Dalam sernua kes penyalahgunaan dadah, sama ada
yang disyaki atau yang disahkan, pihak berkuasa sekolah
terutamanya Guru Besar dan guru bimbingan hendaklah
mematuhi kod kerahsiaan dan berhati-hati dalam mengesan,
menolong dan merujuk pengguna dadah untuk rawatan,
pemulihan dan seliaan lanjutan.

Pihak sekolah memberi perhatian berat tentang seseorang
murid yang terlibat dalam penggunaan dadah supaya
menerima pertolongan yang sesuai dan juga memastikan
murid yang menggunakan dadah tidak mempengaruhi
murid-murid lain untuk mencubanya.

4. Semua sekolah dikehendaki melaporkan maklum
balas setiap penggal mengenai murid-murid yang disahkan
oleh doktor Kerajaan sebagai pengguna dadah.
Semua sekolah menengah dikehendaki melaporkan
semua kes penyalahgunaan dadah kepada Jabatan Pelajaran
Negeri, walaupun maklum baias yang kosong. Maklum balas
tiap-tiap penggal dikehendaki untuk tindakan susulan yang
sewajarnya diambil bagi murid-murid yang teriibat dalam
p enggunaan dadah d an pengumpulan data/maklumat.

5. Sekolah-sekolah dikehendaki menghantar maklum
balas penggal mengenai murid-murid yang dikesan sebagai
mempunyai risiko tinggi dalam penyalahgunaan dadah.

Garis panduan telah disediakan untuk mengesan murid-
murid tersebut. Tujuan mendapatkan maklum balas setiap
penggal ini ialah:

(i) Supaya tindakan susulan yang sewajarnya boleh di-
ambil oleh Guru Besar/guru bimbingan.

(ii) Untuk mengesan murid-murid yang memerlukan
bantuan.

(iii) Untuk membolehkan pengelolaan tindakan-tin-
dakan susulan dan rujukan yang sesuai.

Kakitangan berkenaan hendaklah meneliti Pekeliling
Ikhtisas berhubung dengan penyalahgunaan dadah yang sedang
berkuatkuasa dan lain-lain surat pekeliling yang mung-
kin dikeluarkan dari masa ke semasa.

Apa Itu Dadah © 2017
Home Privacy Policy Terms Of Use Contact Us Affiliate Disclosure DMCA Earnings Disclaimer