PERANAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM PENCEGAHAN PENYALAHGUNAAN DADAH

Kaunseling
Kaunseling ditakrifkan oleh Elunophrey, Traxler dan North
sebagai ‘satu pertalian antara dua individu iaitu kaunselor
dengan kaunseli dengan objektif utama untuk memperbaiki
kesejahteraan kaunseli serta menyelesaikan masalah-masalanya.

Leona E. Tyler memberi makna kaunseling itu sebagai
‘satu proses pertolongan dengan tujuan bukan hendak
mengubah orang yang ditolong, tetapi untuk membolehkan
individu itu menggunakan sumber-sumber yang ada padanya
untuk memperbaiki kehidupannya.

Mengikut Arthur W. Combs, ‘kaunseling pada asasnya
adalah satu proses pembelajaran. Apakala kaunselinya berjaya,
kaunseli mempelajari sesuatu yang baharu dan yang
lebih baik, antara dirinya sendiri dengan alam sekitarnya.

Clifford F. Froehlich menerangkan bahawa kaunseling
adalah satu proses di mana individu itu didorong kepada:-

(i) Menilai dirinya dan peluang-peluangnya.

(ii) Membuat pilihan yang mungkin tercapai dengan
meninjau peluang-peluang dan perangainya yang
unik.

(iii) Bertanggungjawab ke atas hasil dari pilihannya
sendiri.

(iu) Memulakan tindakan yang selaras dengan pilihannya.

Oleh itu, kaunseling adalah satu pertalian dinamis diantara
kaunselor dengan kaunseli yang bertujuan untuk membolehkan
kaunseli memahami dirinya dengan lebih baik.
Tujuan kaunseling ialah memberi kaunseli itu peluang
mempastikan tujuan-tujuannya melalui nilai-nilai, citarasa, sikap
dan konsepnya sendiri.

Pencegahan
Pencegahan yang dirangkakan oleh Pengarah Bahagian Dadah
Narkotik Bangsa-Bangsa Bersatu terbahagi kepada tiga peringkat:-

(i) Pencegahan awal: bertujuan untuk menjamin
bahawa masalah penggunaan dadah tidak timbul.

(ii) Pencegahan peringkat kedua: bertujuan untuk
mengesan dan membasmikan atau menyelesaikan
masalah-masalah penggunaan dadah secepat mungkin.

(iii) Pencegahan peringkat ketiga : bertujuan untuk
menghentikan atau mengurangkan perkembangan
masalah penggunaan dadah dan kesan balasnya
walaupun keadaan asalnya masih wujud.

Peranan Kaunseling

Kaunseling di sekolah-sekolah memainkan peranan yang
penting bagi ketiga-tiga peringkat pencegahan. Dalam pencegahan
awal, peranan kaunseling ialah bagi menentukan bahawa
murid-murid yurrg normal, sihat tubuh badan, sihat mentalnya,
sihat suasana sosialnya dan nilai-nilainya, serta dengan
pengetahuan, sikap dan pengalaman dapat menuju ke arah
penghidupan yang sihat lagi bermakna tanpa dadah. Di sini,
peranan kaunseling terutamanya penyelidikan melalui
kaunseling ialah untuk mengesan ciri-ciri penyalahgunaan dadah di
kalangan murid-murid dan golongan remaja dapat dikesan
dengan cepat. Satu lagi fungsi guru bimbingan ialah bagi
mengesan murid-murid yang mempunyai masalah dan memberi
peluang kepada mereka untuk mendapatkan bimbingan.
Peluang-peluang serta saluran perhubungan perlu disediakan
supaya murid-murid boleh membincangkan masalah mereka
bila-bila nnasa dikehendaki.

Dalam pencegahan peringkat kedua, peranan kaunseling
adalah untuk menolong rnereka yang telah dikesan sebagai
pencuba (experimenters) dadah melalui masalah mereka.
kaunselor dengan spontan boleh memahami masalah ini
dengan mengadakan dialog dan perbincangan. Dengan cara
ini, kaunselor dapat mempengaruhi sikap dan tingkah laku
nrereka. Dia boleh menolong mereka menggariskan teknik
membuat keputusan di samping menitikberatkan perkembangan
dan perhubungan mereka dengan orang-orang lain.

Peranan kaunseling dalam pencegahan peringkat ketiga
adalah untuk menggerakkan motivasi kemahuan
murid-murid yang ketagih dadah mendapatkan rawatan dan
pemulihan secara rela. Selain dari melaksanakan fungsi
merujukkan penagih dadah kepada badan-badan kepakaran, guru
bimbingan patutlah memberi perkhidmatan sokongan dengan
mengadakan susulan seliaan seterusnya.

Dari apa yang tersebut di atas, jelas diketahui bahawa
kaunseling memainkan peranan yang lebih nyata di dalam
pencegahn peringkat kedua dan peringkat ketiga. Tetapi
sebaliknya di peringkat pertama, peranannya adalah
samar-samar dan tidak praktik kerana kumpulan sasaran yang
terlibat adalah amat besar.

Bimbingan

Kaunseling ialah suatu perhubungan yang rapat dan secara
mendalam di antara satu dengan lain. Oleh itu, peranan
kaunseling di peringkat pencegahan awal adalah terhad. Walau
bagaimanapun, bimbingan termasuklah kaunseling dapat
memberi sumbangan yang bermakna terhadap pencegahan
awal. Mengikut Mathewson, bimbingan ialah satu proses
profesional yang teratur unruk menolong individu melalui
tatacara pengasuhan dan penjelasan serta memahami
sifat-sifat tabii dan keupayaan diri. Bimbingan juga mewujudkan
perhubungan lain yang sesuai dengan keperluan-keperluan
dan peluang-peluang sosial mengikut ukuran nilai-nilai sosial
dan moral.

Fungsi-fungsi bimbingan termasuk mewujudkan penilaian
individu terhadap kebolehan, bakat, kecenderungan, keperluan,
perwatakan, kedudukan sosial, perkembangan jasmani
dan bantuan yangg teratur yang diberikan kepada individu
itu supaya dia boleh mencapai perkembangannya yang optimum.
Perkembangan ini dicapai melalui pemahaman
tentang dirinya sendiri. Fungsi itu merangkumi kedua-dua
tujuan pencegahan awal dan pendidikan pencegahan penggunaan
dadah. Bimbingan adalah khas untuk membantu semua murid,
sama ada murid itu normal, tidak suai, cacat,
lembab, bergeliga atau pengguna dadah.

Penyalahgunaan Dadah – Satu Masalah Sekolah

Di sekolah-sekolah menengah di Malaysia, penyalahgunaan
dadah telah meningkat dari masalah yang berkemungkinan ke
masalah yang nyata. Bilangan murid-murid yang bergantung
kepada dadah mungkin masih sedikit jika dibandingkan
dengan jumlah bilangan murid pada keseluruhannya. Namun
begitu masalah ini tidak sepatutnya dipandang ringan, kerana
bilangan ini boleh meningkat.

Kemunculan masalah penyalahgunaan dadah telah
membangkitkan kesedaran peri mustahaknya diadakan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang menyeluruh di
sekolah-sekolah. Hanya sebilangan kecil saja dari jumlah
bilangan sekolah-sekolah menengah kita yang mempunyai
kaunselor sepenuh masa. Memberi kaunseling kepada murid-
murid yang bermasalah dadah adalah merupakan satu aspek
penting di dalam senarai tugas-tugas seorang guru bimbingan.
Oleh itu, wajarlah guru bimbingan mempunyai minat
berkhidmat dengan dedikasi.

Apa Itu Dadah © 2017
Home Privacy Policy Terms Of Use Contact Us Affiliate Disclosure DMCA Earnings Disclaimer