Setiap ahli masyarakat amat memerlukan kehidupan yang
renteram lebih-lebih lagi orang sedang menghadapi masalah.
Sejarah manusia membuktikan bahawa manusia telah tahu
bahawa Tuhan adalah satu-satunya sumber ketenteraman
yang pasti dan berkekalan. Sumber-sumber lain yang boleh
memberikan kedamaian dan ketenteraman telah dibuktikan
hanya untuk sementara sahaja. Sumber-sumber begini tidak
seperti mata air, yang tidak alian kering dengan cepatnya.
Dadah adalah satu daripadanya. Walaupun dadah sangat
menyakinkan, tetapi ia tidak dapat menandingi Tuhan dalam
memberikan ketenteraman jiwa kepada manusia. Malangnya
ramai yang telah menjadi mangsa dadah, tanpa menyedari
bahawa dadah bukan sumber ketenteraman yang pasti.
Peningkatan bilangan mangsa dadah yang sangat membimbangkan
menunjukkan banyak itu jugalah manusia yang
telah tawar hati untuk hidup. Mereka hanya mengejar
bayangan ketenteraman yang kabur, sama seperti seekor rusa
yang sentiasa merindukan air tetapi berakhir dengan mengejar
bayangannya sahaja (mirage). Mereka juga mencari sesuatu
yang dapat mengisi lubuk jiwa mereka dengan ketenangan
dan keselesaan tetapi malangnya hanya berakhir dengan
sesuatu yang palsu seperti dadah dan jauh sekali dari apa yang
diidam-idamkan.
Peranan Agama Kristian
a) Memberi nilai-nilai kerohanian: Di sinilah didapati
saranan-saranan agama Kristian sangat bermakna. Agama
Kristian menyediakan nilai-nilai kerohanian yang sesuai
untuk menahan nilai-niiai kejayaan yang kabur dan nilai-
nilai palsu kebendaan jadi ia boleh mencegah seseorang itu
menjadi mangsa dadah.
(b) Melupakan perbuatan lalu: Agama Kristian menÃ,Ânegaskan
bahawa Jesus melupakan apajua yang telah lalu dan
ternberi kehidupan baharu kepadanya dengan keadaan yakin
dan telah bertaulat. Masyarakat keseiuruhannya teringat
akan perbuatan mangsa-rnangsa dadah yang lalu dan menyebabkan
mereka sukar menerima bekas penagih ini. Masyarakat
tidak memahami hakikat mangsa-mangsa dadah yang
mempunyai masa depan yang cerah andainya mereka balik
ke pangkal jalan. Di sebaliknya, Jesus sentiasa sedia untuk
memaafkan segala yang telah lalu dan memberi hidup baharu
walaupun kepada mangsa dadah-
(C) Harapan untuk masa hadapan yang cerrih: Agama
Kristian percaya bahawa Tuhan adalah Tuhan segala harapan.
Ia akan memberi harapan untuk masa hadapan yang cerah
kepada sesiapa sahaja walaupun mangsa dadah yang bertaubai
dan yakin kepadanya.