PERANAN BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN DALAM PENCEGAHAN DADAH

Badan-badan bukan kerajaan juga telah memainkan peranan
serta mengatur strategi-strategi yang perlu dalam usaha untuk
memerangi wabak dadah ini. Badan-badan bukan kerajaan itu
antaranya ialah Rotrary Club, Lion Club, PEMADAN, PERTIWI
dan sebagainya. PEMADAM adalah merupakan pertubuhan bukan
kerajaan yang amat aktif sekali dalam usaha memerangi wabak
dadah ini.

Sebagai sebuah Persaluan Sukarela Kebangsaan dengan
dipertanggungjawabkan kepada penyelarasan usaha-usaha Badan-badan
Bukan Kerajaan, cara perlaksanaan persatuan ini adalah untuk
membendung dengan cara yang paling berkesan sumber-sumber dari
masyarakat dan individu yang sedia ada dan disalurkan kepada
pengendalian program-program tindakan rakyat dalam pencegahan
awal. Dalam konteks ini, PEMADAM bekerjasama dcngan membantu
secara langsung atau tidak langsung semua Badan-badan Bukan
Kerajaan. Lebih tepat lagi PEMADAM bertujuan:

1. memupuk kerjasama erat, semangat perkhidmatan sukarela
dan sikap bertanugunujawab dalarm usaha bersama menentang
dadah;

2. Menggunakan segala sumber yang ada dan tenaga-tenaga
sukarela dalam menyekat dan mengurangkan masalah-masalah
sosial yang timbul dari perbuatan mengguna dadah;

3. Menitikberatkan peranan-peranan anti dadah sesuatu kumulan
sasar selaku agen perubahan dan perbezaan tanggungjawab
yang diharap dari mereka mengikut peranan mereka
yang khusus;

4. Menjadi penggerak. nadi dan jentera masyatrakat untuk
melibatkan diri dalam usaha-usaha prencegahan PEMADAN.

PEMADAM mcnumpukun perhittian kepada 4 kumpulan sasar

1. Pelajar-pelajar/Belia
2. Ibubapa
3. Pemimpin-pwmimpin (belia/masyarakat/politik)
4. Masyarakat Umum

Kumpulun sasar tertentu juga termasuk individu-individu yang
risiko tinggi dan pemimpin-pemimpin kesatuan. PEDADAM
Berharap agar dapat mengerakan mereka dalam menyekat perkembangan
penggunaan dadah yang mana na Pencegahan Awalan dalam
keadaan-keadaan atau kawasan-kawasan yang berisiko tinggi di
mana masalah dadah boleh menular/disekat atau dilancarkan projek
PEMADAM sebelum masalah berkembang biak.

Sehubungan dengan ini juga, program-program penerangan
ditujukan kepada kumpulan yang telah dikenalpasti dengan
mesaj-mesaj dadah dan juga mereka-mereka yang ditugaskan menyebar
mesej-mesej ini seperti Ahli Rukun Tetangga. Pegawai-pegawai
KEMAS unit-unit Perpaduan Rakyat dan sebagainva.

Program-program Pendidikan Pencegahan dan Penerangan
PEMADAM disertai oleh masyarakat atau kumpulan rnasyarakat
yang mengandungi:

a. Kumpulan-kumPulan agama:
Kumpulan-kumpulan Agama ini telah menerbitkan
dengan sendiri, dan juga dengan kerjasama PEMADAM,
berbagai poster dan bahan-bahian bacaan umun dcngan
berlandaskan agama.

b. Persatuan-persatuan Sukerrela/perkhidmatan

c. Kelab-kelab dan Persatuan-persatuan Belia

d. Jawatankuasa-jawatankuasa dan Institusi-institusi Tempatan

e. Sekolah-sekolah dan Yayasan-yayasan Pelajaran Tinggi

1. Sektor Swasta

g. Agensi Kerajaan

h. Masyarakat Umun

i. kakitangan PEMADAM dan Pemegang-pemegang
Jawatan di peringkat Kebangsaan Negeri, Daerah dan unit-
unit.

PEMADAM menyokong program-program anti dadah rakyatnya
dengan membekalkan bahan-bahan seperti poster-postcr,
risalah, buku-buku, pita kaset. garis panduan-garis panduan’,laporan-
laporan seminar, filem, slaid dan pita. video yang mengandungi
bahan-bahan penerangan anti dadah untuk membantu mesej-mesej
yang telah diseharkan.

“Mencegah Adalah lebih Baik Dari Mengubat, akan tetapi konsep ini
tidak dapat dijayakan sepenuhnya kepada rnereka yang berkenaan
PEMADAM berasa bangga kerana telah dapat menerbitkan
filem-filem pendek dan treler dalam Bahasa Malaysia:

1. Siapa Anda?
2. Esok Akan Datang
3. Musuh Masvarakat

Jagaan Lanjutan

PEMADAM mempunyai sebelas buah Pusat-pusat Harian dan
rumuh-rumah Perantaraan yang dikendalikan oleh PEMADAM
di tiap-tiap Negeri. Pusat-pusat ini menyediakan khidmat Jagaan
Lanjutan kepada bekas-bekas penagih yang datang secara suka-rela.
atau di atas perintah Mahkamah dan di bawah pengawasan Pegawai’
pegawai Pemulihan Dadah.

Tugas utama PEMADAM ialah mengendalikan bekas-bekas’
penagih yang baru keluar dari pusat-pusat Serenti. Di pusat-pusat ini
mereka dijaga dengan rapi, makan, tidur, beribadat dan aktiviti sosial
mengikut masa yang ditentukan.

RUMAH PERANTARAAN
Rumah Perantaraan PEMADAM Wilayah Persekutuan dapat
menampung seramai 32 orang peserta lelaki. Rumah-rumah Perantaan
Taiping dan Kuantan mempunvai kemudahan untuk 20
orang peserta lelaki dalam satu-satu masa. Program-program yang
disediakan termasuk Rundingcara Individu dan kelompok, latihan
jasmani, ajaran agama, pertanian, ternakan, muzik, kemahiran
vokasional dan sukan untuk membina sikap yang positif.

Penginapan dan makanan disediakan secara percuma
walaupun begitu peserta-peserta hendaklah menjaga, memasak
menyediakan makanan-secara bergilir-gilir di antara mereka.

Ahli-ahli masyarakat tempatan dan para profesional dan
badan-badan swasta telah diundang menyertai program-program di
Pusat Harian dan Rumah Perantaraan. Perkhidmatan mereka dialu-alukan
dalam bidang-bidang perubatan, rundingcara, jurupulih
arena sukan, ajaran agama dan lain-lain kemahiran. Masyarakat juga
turut terlibat dalam projek-projek mengumpul wang, mendapatkan
pekerjaan. menyumbangkan geran-geran perlancaran untuk membantu
bekas-bekas penagih yang telah pulih memulakan hidup baru-
sebagai peniaga-peniaga kecil, penjaja, pekerja-pekerja mahir
bidang binaan dan sebagainya.

KEM PEMADAM

Kem PEMADAM terletak di sebuah kawasan seluas 85 ekar di
Sungai Besi, Kuala Lumpur dan ditaja bersama oleh PEMADAM
Kebangsaan dan Wilayah Persekutuan. Ia dibentuk sama seperti
konsep lasak ‘Outward Bound’ untuk mengembalikan motivasi dan
mendidik bekas-bekas penagih yang telah pulih. Penyertaan
masyarakat dalam menyokong projek ini adalah dalam berbagai
bentuk untuk menentukan kem ini tidak mengalami masalah
pengedalian. Kerajaan Pusat pula telah memberikan Geran
Pelancaran sebanyak M$17 juta untuk pembinaan dan membiayai
belanja asas operasi Kem ini.

Apa Itu Dadah © 2017
Home Privacy Policy Terms Of Use Contact Us Affiliate Disclosure DMCA Earnings Disclaimer