JENIS-JENIS DADAH – HEROIN

(a) Apakah Heroin : Heroin ialah sejenis dadah yang
dihasilkan dengan cara pcnghabluran candu dengan sejenis
kimia (asid ethyl-acetatc). lleroin sebenarnya beberapa kali
ganda lebih kuat dari morfin. Heroin yang dibeli di pasaran
aelap, adalah berwarna putih, tepung keputih-putihan (kualiti
nombor 4) atau tepung berbutir-butir berwarna coklat
(kualiti nombor 3). Selalunya ia dibuat atau dibancuh dengan
bahan-bahan seperti susu tepung atau gula tepung. Ia biasanya
dibungkus dalam beg-beg kertas yang nipis dan terang,
beg-beg plastik atau dalam tabung gelas atau tiub plastik
penyedut minuman (straw) yang kecil. Dadah ini juga dike-
nali dengan ‘H’, Horse, Hard Stuff, Junk, Smack, Sugar dan
Joy Powder Fit.

(b) Cara heroin digunakan: biasanya ia disalahgunakan
dengan cara berikut:

(i) Dimasukkan ke dalam rokok dan dihisap.

(ii) Dibakar dan dihidu asapnl/a (Chase teh Dragon).

(iii) Dihidu dengan memasukkan ke dalam lubang
hidung.

(iv) Dimasak hingga menjadi cecair dan kemudian
disuntik ke dalam urat dengan menggunakan
jarum hipoderma.

(c) Kesan Heroin: Beberapa saat selepas disuntik muka
pengguna menjadi merah, mata hitamnya mengecil dan dia
berasa dicucuk-cucuk atau dicuit-cuit dan geli temtama di
bahagian perutnya. Kemudian dia berasa dalam keadaan ter-
senggut-senggut, seakan-akan tidur dan tidak sedarkan diri,
jaga, tidur kembali dan sentiasa di dalam keadaan bermimpi
pada siang hari. Kesan dadah ini hilang dalam masa tiga atau
empat jam. Pengguna itu merasa tiada perseimbangan, fikiran
terganggu, tekanan darah turun, pernafasan dan peredaran
darah turun dan juga hilang selera makan.

(d) Bahaya Heroin: Pertimbangan, kawalan dan perhatian
diri menurun dengan cepatnya, kerana pengguna itu
mengalami gangguan jiwa. Hilangnya selera makan menyebabkan
dia mengalami sembelit, kurang selera makan dan
turun berat badan. Kadang-kadang pengguna tidak mengendahkan
diri sendiri, menyebabkannya mudah diserang penyakit
dan akhirnya menjadi sampah masyarakat seperti pencuri,
perompak dan lain-lain lagi. Heroin mewujudkan kedua-dua
pergantungan iaitu antara badan dan jiwa dengan cepatnya,
dan daya tahan terhadap dadah itu timbul dengan cepatnya
hingga menyebabkan dosnya mesti sentiasa ditambah untuk
mendapatkan kesan yang sama seperti dos yang pertama.

Penagih itu tidak tahu berapa kuat satu-satu dos yang di
ambilnya, dan ini membawa bahaya lebih dos yang boleh
menyebabkan kejang dan kematian. Jarum-jarum yang
kotor dan berkarat boleh menyebabkan sakit hati,
kancing dagu dan lain-lain penyakit.Peracunan darah
juga kerap berlaku di kalangan pengguna heroin.
Oleh kerana heroin ialah bersifat ketagihan,
mereka yang cuba melupakan tabiat ini dan berhenti dari
mengambil dadah akan menghadapi tindakbalas-tindakbalas
yang pedih. Apabila seseorang itu menjadi penagih heroin, dia
akan terus mengambil dadah ini lagi, bagi mengelakkan penderitaan
pengunduran ini dan bukan hanya untuk berasa
puas. Pengunduran yang serta-merta dan keseluruhan oleh
seseorang yang mempunyai pergantungan badan yang kuat
terhadapnya, menyebabkan dia menderita dari segi jasmani dan
mungkin menyebabkan kematian. Walaupun menderita dari
segi jasmani kerana pengunduran itu, penagih sukar mengawal
tabiatnya kerana pergantungar yarrg kuat terhadap dadah.
Malangnya ku4ang sekali terdapat mereka yang betul-betul
baik setelah dirawat. Kerana penagih sendiri membiarkan diri
nya dan tiada bertanggungjawab, maka adalah amat sukar
baginya untuk tetap dengan sesuatu pekerjaan. Oleh itu
kebanyakan penagih biasanva melakukan- jenayah untuk
menanggung biaya harian yang sangat mahal itu.