BEBERAPA PETANDA TINGKAH LAKU UMUM KETAGIHAN DADAH

Petanda-petanda fizikal seperti mengantuk, tidak bermaya
darr bersemangaL, hidung berair, mata kabur dan lain-lain lagi
telah pun dijelaskan sebelumnya. Mari kita
cuba mengesan perubahan-perubahan psikoiogi dan tingkah
laku.

(a) Terdapat perubahan dalam jadual peribadi mengenai
tabiat dan gerak-geri keluar masuk rumah atau kekerapan
kedatangan ke kelas dan aktiviti-aktiviti di hiar bidang
pelajaran. Ini adalah khasnya nyata dari segi bila individu itu
terpaksa membuat pilihannya sendiri, misalnya untuk
menepati janji berjumpa dengan seseorang yang dia bebas
melakukannya merasa untuk mengambil dadah pula bergantung
kepada kesan-kesan dadah, rakan-rakannya kerana dia tidak
mengetahui tempoh masa dadah itu memberi kesan kepadanya.
Tempoh masa ini berbeza pada mulanya sama ada
kerana masa, kualiti atau kuantiti dadah yang si pencuba itu
masih belum dapat menyesuaikannya.

(b) Terdapat pembahan dari segi pergaulannya. Rakan-rakan
barunya adalah orang-orang yang boleh jadi bijak bertutur
dan sanggup berkata hahalva mereka sedang merancang
hendak menolong orang-orang lain yang juga penagih dadah.
Mereka lazimnya keluar bersama-sama dalam kumpulan,
kemudian berpecah dalarn kumpulan berdua-dua atau
bertiga-tiga. Mereka menjadi gelisah selepas beberapa ketika dan
terus menunggang basikal atau motosikal. Nampaknya seolah-olah
adalah satu corak tertentu. Dua orang atau lebih ramai her-
jumpa di pintu halaman, atau di sudut lorong dan kemudian
disertai oleh yang lain-lain. Mereka menjadi gelisah dan mula
bertengkar dengan riuh untuk memberi gambaran seolah-oiah
tiada wujud sebarang rahsia di kalangan mereka. Keadaan
menjadi reda bila mereka hendak menentukan siapa yang
akan mendapat dadah atau memberi wang. Kemudian mereka
berpindah secara tergesa-gesa ke satu tempat perjumpaan
yang mungkin berupa sebuah rumah yang telah ditinggalkan
atau tanah perkuburan yang dikira bebas dari gangguan. Di
peringkat ini mereka tidak pergi ke sarang (den). Ini dilakukan
bila mereka berpecah dari kumpulan dan berada dalam
keadaan berseorangan.

Tahap-Tahap Emosi Ketagihan Dadah

Dalam bahagian ini akan dibincangkan fasa-fasa dan
peringkat-peringkat yaqg ditempuhi oleh orang-orang yang
bergantung kepada dadah. Sekatan peralihan dari satu peringkat
yang lain tidaklah begitu terbatas. Kadar kemerosotan
adalah berbeza dari individu ke individu, dengan adanya
reaksi-reaksi emosi yang turun dan naik. Terdapat banyak
faktor yang berubah-ubah seperti kecerdasan, golongan
persahabatan, asuhan, kedudukan kewangan, corak
perhubungan di kalangan masyarakat dan seterusnya.

Perubahan yang berlaku di dalam diri individu akan
menjejaskan emosinya dan mewujudkan satu corak tingkah
iaku sepadan dengan peringkat-peringtat yang.bersamaan.
kaunseling adalah lebih mudah di peringkat-peringkat awal
kerana pada peringkat ini masih boleh menunjukkan respon
yang dinamis. Di leringkat-peringkat kemudian, dia sendiri
agak dinamis. Kaunselor terpaksa memikirkan berbagai
sumber, untuk mendapatkan tindak balas yang semestinya
dari hati dan sanubari. Ini memerlukan kecekapan dan
pertolongan kepakarannya

Peringkat-peringkat itu juga menunjukkan kemerosotan
emosi. Dalam usaha rawatan, kaunseli perlulah didedahkan
kepada kenyataan supaya menerima diri sendiri, menghargai
diri sendiri, ingin din mampu menyesuaikan diri dengan
keadaan yang realistik yang penuh kebimbangan,
ketegangan-ketegangan dan kekecewaan, dalam kehidupan sehari-hari.

Apa Itu Dadah © 2017
Home Privacy Policy Terms Of Use Contact Us Affiliate Disclosure DMCA Earnings Disclaimer