APA ITU DADAH

ISTILAH DADAH

Istilah dadah adalah merangkumi beberapa aspek seperti
tujuan, cara dan kerana penggunaan atau penagihan. Ia juga
mengambarkan sesuatu yang negatif, bahaya dan seperti dijauhi.
Istilah dadah ini adalah sukar untuk diberi takrif secara ringkas kerana
penggunaannya yang unik dan digunakan istilah ini khusus untuk
negara Malaysia sahaja. Bagi negara-negara lain seperti Jerman
Sepanyol dan Perancis mempunyai istilah mereka masing-masing
misalnya ‘drogue’ bagi Peranchis,’estupefaciente’ bagi Sepanyol dan
‘rauschmitter bagi Jerman.

Penggunaan istilah ‘drug’ di peringkat antarabangsa pula
mempunyai takrif yang neutral, luas dan umum. Penggunaan istilah ‘drug’
ini perlu digunakin bersama istilah-istilah ‘use’, ‘misuse’ dan ‘abuse’
untuk mengambarkan keadaan penggunaan yang berbeza-beza. Ini
berbanding dengan istilah dadah yang mempunyai takrif yang lebih
khusus walaupun kompleks oleh kerana istilah ‘dadah’ menggambarkan
sesuatu yang jelek dan mesti dijauhi, ia tidak perlu digunakan
bersama atau dibezakan dengan istilah penyalahgunaan istilah
‘penyalahgunaan’ adalah tidak sesuai digunakan di peringkat perkataan
dadah kerana berlebihan atau ‘redundant’. Istilah ‘penggunaa
atau penagihan ‘adalah lebih sesuai digunakan dipangkal perkataan
dadah.

Istilah dadah boleh ditakrifkan mengikut empat keadaan penggunaan
iaitu Penggunaan Secara Umum, Penggunaan bukan untuk
tujuan perubatan, penggunaan bahan kimia Psikoaktif yang
menagihtan dan penggunaan yang membawa kesan buruk ke atas
kesihatan dan Fungsi Sosial.

PENGGUNAAN SECARA UMUM

Dadah ditakrifkan secara paling umum sebagai sebarang bahan
atau campuran bahan (kecuali bahan atau campuran bahan yang
diperlukan untuk memelihara kesihatan secara normal) yang mana
penggunaannya menyebabkan perubahan-perubahan dalam fungsi
dan /atau struktur fisiologi organismei Dalam keadaan ini takrif
‘dadah’ dari bahan-bahan seperti makanan air oksigen dan
sebagainya dalam jumlah yang diperlukan untuk menyegarkan
kesihatan dan kehidupan.

PENGGUNAAN BUKAN UNTUK TUJUAN PERUBATAN.

Takrif dadah disini mengambil kira tujuan penggunaannya.
Istilah ‘dadah’ ini merujuk kepada bahan-bahan yang digunakan
bahan untuk tujuan perubatan yang mana penggunaanya adalah
dilarang. Jika sesuatu(bahan digunakan untuk tujuan mengesan,
mencegah dan merawat penyakit, istilah ‘ubat’ digunakan walaupun
diketahui bahawa setengah-setengah jenis bahan. yang digunakan
untuk tujuan perubatan mungkin disalahgunakan.

Sehubungan dengan ini ‘dadah’ selalunya teidiri dari bahan-bahan
yang termasuk di bawah kawalan undang-undang. Oleh itu
‘dadah’ apabila digunakan bahan untuk tujuan perubatan, diperolehi
secara haram samada Jengan memalsukan preskripsi doktor atau
mencuri dari setor ubat, klinik, farmasi atau membeli dari penjual
atau pengedar dadah di kaki lima atau dimana-mana sekalipun.

PENGGUNAAN BAHAN KIMIA PSIKOAKTIF YANG
MENAGIHKAN

Takrif dadah dalam penggunaan ini ialah merujuk kepada
fungsi atau sistem tubuh yang dipengaruhi oleh ‘dadah’. Dadah
merujuk kepada setengah jenis bahan kimia psikoaktif iaitu
bahan-bahan yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat
iaitu otak dan saraf tunjang untuk mengubah perasaan kelakuan dan
pemikiran. Tidak semua bahan kimia psikoaktif diistilahkan’dadah’
kerana hanya bahan kimia psikoatif tertentu sahaja yang menimbulkan
ciri-ciri ketagihan iaitu penggunaan pada diri sendiri samada
dtekan dihidu, dikunyah , dihisap atau disuntik, pergantungan
terhadap dadah secara psikik dan/atau fisikal serta gejala-gejala tarikan
(withdrawal symptoms) apabila putus bekalan dadah dan peningkatan
daya tahan terhadap setengah-setengah jenis dadah.

PENGGUNAAN YANG MEMBAWA KESAN BURUK KE ATAS
KESIHATAN DAN FUNGSI SOSIAL.

Takrif ‘dadah’ dalam keadaan ini ialah menentukan bahawa ia
merujuk kepada bahan-bahan yang membawa kesan vang buruk atau
bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang-individu.

KESIMPULAN TAKRIF DADAH

Dadah merupakan bahan kimia psikoatif yang digunakan
bukan untuk tujuan perubatan yang mana penggunaannya adalah di
larang, diperolehi secara haram, menimbulkan ciri-ciri ketagihan
seperti penggunaan kepada diri sendiri pergantungan terhadap
dadah secara psikik dan/atau fisikal serta gejala-gejala tarikan
apabila putus dadah peningkatan daya tahan (tolerance) terhadap
setengah-setengah jenis dadah dan menimbulkan kesan yang buruk
dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial.pengan lain-lain
perkataan dadah ialah apa-apa bahan kimia sama ada asli atau tiruan
apabila ia digunakan dengan cara disuntik atau dihidu atau dihisap
atau dimakan boleh mengubahkan fungsi tubuh badan, perasaan
atau kelakuan seseorang pengguna.

Dadah ialah penggunaan yang bertujuan salah khasnya
sekiranya ia menjejaskan sistem urat saraf. Seseorang itu akan bir-
santung kepada akibat mencuba berkali-kali lazimnya kerana
mereka merasa senang dan ‘khayal’ atau ‘gembira’ disebabkan oleh
dadah itu. Seseorang yang amat bergantung kepada dadah semakin
Iama semakin bergantung secara psikologi pada dadah. Adakalanya
disebabkan keinginan mencuba dadah dan mengambilnya
berkali-kali mengakibatkan seseorang itu mengalami satu .withdrawal
sympton’ sekiranya dadah itu tidak diambil beberapa waktu. ‘Withdrawal
sympton’ seringkali berbentuk fizikal seperti muntah-muntah,
cirit-birit, bersin, menguap dan sebagainya.

PERGANTUNGAN TERHADAP DADAH

Pergantungan terhadap dadah berlaku apabila dadah digunakan
secara kerap dan berterusan samada pergantungan fizikal dan
secara PsikiVPsikologikal atau kedua-duanya sekali.
Seseorang bergantung kepada dadah apabila penggunaan
dadah menjadi sebahagian penting kehidupan sehariannya,
penggunaan dadah mengatasi lain-lain keperluan hidup seperti makan
minum, keluarga dan sebagainya, mengalami gejala tarikan
sekiranya tidak mengambil dadah dalam jangka waktu yang pendek
dan terpaksa mengambil dadah untuk mengelakkan diri dari meng-
alami keadaan ini dan daya tahan (Tolerance) meningkat di mana
semakin banyak dadah perlu digunakan untuk mengalami atau men-
dapatkan kesan yang diharapkan serta ia merasa terdesak/gian untuk
mengguna dadah, lebih-lebih bila cuba hendak mengurangkan atau
berhenti kecenderungan untuk menagih semula setelatr berhenti
menggunakan dadah untuk beberapa waktu.

PERGANTUNGAN SECARA FIZIKAL (Physicat Dependence)

Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan
seseorang penagih dadah itu memerlukan dadah untuk proses fisiko-
logi yang biasa dan jika penggunaan dadah dihentikan akan menim-
bulkan gejala-gejala tarikan. Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda
tertentu dari segi tingkah laku dan fizikal seseorang penagih dadah
yang ditunjukkan semasa tidak menggunakan dadah dalam masa
yang tertentu. Contohnya seseorang penagih heroin akan mengalami
sakit perut, muntah-muntah, ceret beret mengeletar dan sebagainya.
Apabila terputus bekalan dadah, begitulah juga dengan dadah-dadah
lain pergantungan fizikal akan berlaku.

PERGANTUNGAN SECARA PSIKIK/PSIKOLOGIKAT,
(Psychic/Psychological Dependence)

Pergantungan secara psikik/psikologikal adalah merupakan
satu situasi atau keadaan dimana penagih mengalami desakan atau
menggunakan dadah agar ia dapat berfungsi secara normal
serta untuk mencapai ketenangan jiwa.

DAYA TAHAN (TOLERANCE)

Apabila dos dadah yang biasa diambil tidak dapat memberi
kepuasan kelegaan dari gejala tarikan. Justeru itu dos dadah
terpaksa ditambah untuk mencapai kelegaan atau kepuasan seperti yang
diperlukan. Peningkatan daya tahan tidak semestinya berlaku
kepada semua penagih dadah.

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KESAN-KESAN DADAH

Kesan dadah ke atas seseorang berbeza dan bergantung
kepada beberapa faktor iaitu jenis-jenis dadah, jumlah digunakan,
cara menggunakannya, keadaan individu dan situasi ketika
menggunakannya.

Jenis dadah yang digunakan memberi perbezaan dari
kesan ke atas fungsi sistem saraf pusat, misalnya amfetamin
kokain, merangsangkan, ganja dan halusinogen, merosot
merangsangkan dan sebagainya.

Jumlah dos dadah yang digunakan juga memberi kesan yang
berbeza. Misalnya dos kecil heroin menyebibkan mengantuk Ltau
yuforia dan jika dos yang banyak mungkin menyebabkan kematian
atau merosotkan pernafasan.

Apa Itu Dadah © 2017
Home Privacy Policy Terms Of Use Contact Us Affiliate Disclosure DMCA Earnings Disclaimer