TANDA-TANDA PENAGIHAN DADAH

Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti perubahan rupa, sikap, tabiat dan tingkahlaku.

Beberapa tanda umum yang boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah:-

a. Kemerosotan kehadiran disekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasilkerja.

b. Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.

c. Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.

d. Kemerosotan rupa paras dan kebersihan diri.

e. Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau yang dimiliki.

f. Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu.

g. Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja.

h. Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.

i. Meminta wang secara berlebihan dari keluarga.

j. Suka meminjam wang darikawan-kawan atau mencuri barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara-mara atau kaum keluarga.

k. Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab, seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah.

Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus- terang kepada
diri yang berkaitan ataupun merujukkannya kepada pakar-pakar perubatan.

lanya juga boleh membawa kesan yang padah kepada anggota anda. Kesemuanya dideritai sebelurn anda menjadi ketagih. Anda mungkin muia kelihatan sakit, turun berat badan dan merasa serik seperti hendak mati. Anda mula mengambil heroin bukan untuk mencapai keseronokkan lagi, tetapi untuk merasa normal. Sementara anda hilang kawalan ke atas kesihatan badan sendiri, anda juga mungkin hilang kawalan ke atas minda sendiri.

Sehingga satu hari anda akan bangun dengan kesedaran bahawa dari anda mengawal heroin, ianya sekarang mengawal anda.

Bahaya Penagihan Heroin

a) Risiko Dos Berlebihan

Dos berlebihan terjadi apabila:-
– penagih tidak tahu kandungan sebenar heroin dalam
tiub atau straw yang digunakan. Kandungan yang lebih
tinggi dari biasa boleh menyebabkan dos berlebihln. lni
lebih bahaya untuk pengguna yang ingin mencuba-cuba
kerana dos sebenar tidak diketahui.
– penagih yang terputus bekalan dadahnya buat beberapa
waktu, dan mengambil semula dos dadah seperti biasa.
– dalam keadaan ketagih, penagih hilang pertimbangan
serta tidak dapat mengawasi kekerapan mengambil
dadah.

b) Risiko Akibat Mengambit Herain yang Dicampur Dengan
Dadah Lain

Dadah yang dijual di kakilima dicampur dengan berbagai
jenis bahan campuran yang mana kandungan sebenar tidik
diketahui oleh penagih. Kematian bolelL berlaku apabila
dadah campuran ini disuntikdan tersumbat dalam pembuluh
darah. Heroin yang dicampur dengan barbiturat akan juga
mengakibatkan pergantungan terhadap dadah tersebui.

c) Risiko Kemalangan

Dalam keadaan mabulVkhayal, penagih tidak dapat mengawal
pergerakan badan, lambat bertindak untuk mengelak sesuatu
serta tidak berupaya untuk menumpukan perhatian ke atas
apa-apa yang sedang dikerjakan. Rlisiko menghadapi
kemalangan amat tinggi ketika memandu, menjalankan jentera
atau melintas jalan.

d) Risiko Jangkitan Penyakit

Jangkitan penyakit seperti AIDS, hepatitis, kancing gigi,
keracunan darah dan sebagainya berlaku apabila penagih
mengguna dan berkongsi alat-alat suntikan yang kotor.
Kehidupan penagih yang berlegar di sekitar mengguna dan
mendapatkan dadah serta tidak menghiraukan kebersihan,
kesihatan dan pemakanan yang berzat menggandakan lagi
risiko jangkitan penyakit’

e) Risiko Meningkat Apabila BerbagaiJenis Dadah Digunakan
Sekali Gus

Tabiat penagih yang sentiasa rnencari satu nikmat lain dari
yang lain, mendedahkan ia kepada pengguna berbagaijenis
dadah. Menggunakan dadah opiat, barbiturat, alkohol, bahan
pelarut dan sebagainya dengan sekali gus meningkatkan
risiko dos berlebihan kerana kesan-kesan dadah berganda
dan hanya sedikit sahaja diperlukan untuk mendapatkan dos
maut.

f) Risiko Kepada Wanita Mengandung

Penagih heroin wanita kerapkali menderita akibat kekurangan
darah, sakit jantung, kencing manis, demam paru-paru
(pneumonia) atau hepatitis ketika mengandung atau melahirkan anak.
Kadar/keguguran, kelahiran bayi songsang atau
belum cukup umur, kelahiran melalui pembedahan”caesarean”
dan kelahiran bayi matidalam kandungan adalah tinggi bagi
wanita-wanita ini. Bayi-bayi yang dilahirkan kerapkali men-
derita dari gejala tarikan sehingga berbulan-bulan dan ramai
di antara mereka yang mati.