JENIS-JENIS DADAH – CANDU

(a) Apakah candu : Candu ialah cairan berupa susu
vang kering dan dikeluarkan dari bunga popi yang muda
(papaver somniferum). Pokok ini ditanam teutamanya
di negeri–negeri Timur T’engah dan Asia. Dalam bentuk asalya.
Candu adalah berwarna, melekat-lekat, berbau wangi dan
berupa tar. Kodein, morfin dan heroin yang merbahaya yang
dibuat dari candu dan lain-lain darinya dipanggil dadah narkotik.
Candu adalah satu daripada dadah-dadah yang tertua
yang digunakan oleh manusia. Candu juga dikenali dengan
‘O’, Pen Yan, Hop, Tar, Black Stuff, Opium, Madat.

(b) Cara candu digunakan : Candu selalunya dihisap
dengan menggunakan paip. Satu cara lagi ialah dengan memanaskan
candu itu dan menghidu wapnya melaluihidung
atau mulut, dengan menggunakan kertas yang digulung atau
lain-lain jenis alat yang berupa ‘straw’.

(.) Kesan candu : Kesannya sama dengan heroin dan
morfin, tetapi perasaan ‘khayal’ penagihnya adalah lebih rendah.
Di samping itu penagih akan melatah yang dibuat-buat
dan diikuti dengan rasa mengantuk dan lesu. Pemikiran
dan pertimbangannya adalah berkurangan, pergerakannya
tiada seimbang dan tindakbalasnya lambat. Candu dan lain
bahan yang dihasilkan oleh candu adalah ubat tekanan jiwa
kepada sistem saraf pusat, yang menyebabkan gerakan nadi
menjadi lambat. Penagih biasanya dalam keadaan khayal,
mimpi dan diiringi dengan halusinasi. Mata hitam menjadi
kecil dan warna kulit menjadi merah sedikit. Pengguna yang
sekali sekala menghisapnya ada terdapat rasa mual dan
muntah-muntah. Candu juga menyebabkan hilangnya selera
makan dan kemudian menjadi sembelit.

Apa Itu Dadah © 2017
Home Privacy Policy Terms Of Use Contact Us Affiliate Disclosure DMCA Earnings Disclaimer