(a) Apakah Barbiturat : Barbiturat adalah ubat penenang,
yang digunakan oleh doktor secara dos kecil untuk
seseorang itu tidur atau mengurangkan ketegangan. Mula-
mula dikeluarkan dalam tahun 1846 dari asid barbiturat,
untuk melemahkan sistem saraf pusat. Kebanyakan
barbiturat dijual dengan menggunakan nama-nama berakhiran
dengan ‘aI’. Barbiturat juga dikenali dengan: Down, I)owners,
Barb, Goofballs, Red, Redbird, Yellow, Yellowjacket,
Nambies, Blue, Rainbows, M. Pills dan Big M.
(b) Cara Barbiturat digunakan: Barbiturat dimakan
dalam bentuk tablet atau pun kapsul.
(c) Kesan Barbiturat: Pengguna akan berasa selesa,
suka bergaul dan riang sekiranya mengambil pil ini sedikit
demi sedikit. Andainya diambil mengikut arahan yang diberi
oleh doktor, barbiturat mengurangkan kegiatan-kegiatan urat-urat
saraf dan otot-otot jantung. Ia mengurangkan bilangan
degupan jantung dan pernafasan dan menurunkan tekanan
darah. Jika berlebihan dosnya menyebabkan penggunanya
berasa malas. Akibat-akibatnya sama dengan akibat minum
arak: bercelanr, pertuturan tidak terang dan hulung-hayang.
Ia dapati susah untuk berfikir, menumpukan fikiran dan bekerja,
dan pengawalan emosi adalah menjadi lemah. Pengguna
mungkin tertidur nvenyak atau tidak sedar diri, tetapi
ini bergantung kepada berapa banyak dos yang telah di-
ambilnya, jika berlebihan boleh membawa maut.