PERTIMBANGAN-PERTIMBANAGN ASAS PENCEGAHAN DADAH MELALUI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Pertimbangan-pertimbangan asas yang tertentu perlu diambil
perhatian sebelum merancang program-program rnengatasi
penyalahgunaan dadah. Ini adalah seperti berikut:-

(a) Penyalahgunaan dadah adalah satu masalah yang
kompleks dan beraneka bentuk rupa. Jadi tiada satu
pendekatan yang terbaik diambil bagi semua peringkat. Semua
pendekatan hendaklah bersifat psiko-sosial yang positif,
bertujuan bukan sahaja menimbulkan kesedaran tetapi
mempergaruhi individu-individu di peringkat sikap dan tingkah laku.

(b) Penilaian hendaklah merupakan penilaian yang
terbentuk dalam rancangan pendidikan pencegahan. Penilaian
mengenai pengetahuan, sikap, amalan, kumpulan sasaran
yang tertentu henhaklah dibuat sebelum rancangan pencegah-
an dimulakan.

(c) Pelbagai cara dan saluran yang berlainan perlu digunakan
supaya sampai kepada semua kumpulan sasaran.

(d) Penglibatan pertubuhan-pertubuhan belia, Pertubuhan-
pertubuhan ibu-bapa dan kumpulan-kumpulan membina
masyarakat adalah perlu.

Asas Susunan

Sebelum merangka beberapa pendekatan bimbingan dan
kaunseling yang boleh digunakan, asas susunan berikut adalah
penting diwujudkan:-

(a) Penyatuan maklurnan/pendidikan mengenai pencegahan
penyalahgunaan dadah ke dalam kurikulum sekolah.

Adalah sangat penting semlra murid di sekolah menerima
pengetahuan asas berhubung dengan masalah-masalah dadah
melalui pendidikan kesihatan, sivik dan lain-lain mata pelajar-
an. Tema-tema yang membezakan di antara makanan dan
bahan-bahan yang mungkin membahayakan, menghormati
semua ubat, menggunakan ubat hanya atas nasihat doktor
dan hanya orang sakit perlukan ubat. Ini boleh bertindak
sebagai benteng mempertahankan diri menentang penerangan
berat sebelah yang disampaikan oleh iklan, pengedar-pengedar
dan kumpulan-kumpulan rakan sebaya.

Penerangan yang boleh dipercayai yang disampaikan akan
dipelajari oleh sebilangan murid-murid serta dihayati. Adatah
diharapkan akan terbentuk satu sikap baru untuk tidak lari
dari kenyataan atau mencari keseronokan melalui dadah.

(b) Kakitangan bimbingan dan kaunseling perlu dipilih
dengan teliti dan dilatih dalam teknik-teknik bimbingan dan
kaunseling supaya mempunyai kefahaman mengenai motivasi
dan kelakuan pengguna dadah.

(c) Peruntukan kakitangan bimbingan di sesebuah
institusi hendaklah berdasarkan kadar yang sesuai supaya
beliau dapat mewujudkan perkhidmatan yang berkesan.

(d) Peruntukan hendaklah dibuat supaya ia mempunyai
masa yang cukup, tempat yang sesuai dan wang yang
mencukupi bagi menjalankan kegiatan-kegiatan.

Apa Itu Dadah © 2017
Home Privacy Policy Terms Of Use Contact Us Affiliate Disclosure DMCA Earnings Disclaimer