PERANAN AGAMA HINDU DALAM DADAH

Kepercayaan penganut-penganut agama Hindu terhadap
manusia sebagai satu makhluk vang tertinugi tarafnya di sisi
Tuhan, dan kehidupan (nyarva) adalah sangat dihargai.
Kelahiran manusia dan tanpa sebarang kecacatan adalah
dianggap sebagai kurniaan vang bernilai dan juga satu rahmat
dari Tuhan. Manusia juga dibezakan dari makhluk-makhluk
lain ciptaan Tuhan kerana manusia telah dilengkapkan
dengan manas atau pemikian, dan dengan itu menjadi
‘makhluk yang berfikir’. Manusia yang berfikir juga
dibekalkan dengan kemahuan, kebijaksanaan dan kuasa untuk
bertindak mengikut konteks-konteks alam di sekelilingnya. Oleh
kerana manusia telah dibekalkan dengan manas, dengan
demikian ia dikenali juga dengan manusya di dalam Bahasa San-
skrit dan manithan dalam Bahasa Tamil. Sesiapa juga yang
bertindak dengan menggunakan kudrat yang telah diberi oleh
Tuhan tanpa berfikir, bolehlah ia dikira sebagai seorang yang
telah mati. Pantun dua rangkap dari buku Tamil (Kural) ada
menyebut:

Dengan mematikan rangsang-rangsang mereka, adalah tabiat si pemabuk
(pengguna dadah); Tidak ada bezanya dengan yang tidur maupun yang
telah mati.

Agama Hindu juga percaya bahawa manusia adalah satu-satunya
haiwan yang dapat menjangka akibat-akibat hasil dari
tindakannya dan oleh itu bertanggungjawab terhadap segala
tindak-tanduknya, sama ada dalam pemikiran, tuturkata atau
perbuatan. Inilah yang menjadi asas kepada Undang-undang
IJindu, Karma – yarg kerap disalah ertikan sebagai satu yang
memusnahkan Oleh yang demikian manusia sebagai makhluk
yang mempunyai fikiran mereka dengan kuasa pemikirannya,
dan tidak sekali-kali membiarkan pemikirannya diganggu oleh
kuasa luaran seperti dadah. Dadah bukan sahaja mengganggu
daya pemikiran, tetapi tubuh badan manusia. Kedua-dua
ajaran Hindu dan Buddha menitikberatkan pemikiran yang
sihat dan bersih. Otak yang sihat di dalam tubuh badan yang
sihat adalah satu ciri yang paling mustahak dalam
pertumbuhan seseorang manusia. Bagi memperolehi kesempurnaan
atas moksha, iaitt kebebasan yang sebenarnya dari laut
samsara ini.

Dharma Hindu berpegang kepada pendapat iaitu “walaupun
pencapaian kebebisan atau moksha adalah tujuan tertinggi
dalam kehidupan manusia di muka bumi ini, ia sepatutnya
diperolehi berperingkat-peringkat, satu proses di
mana hidup manusia dibahagikan Bhramacharya(waktu
bersedia untuk hidup). Peringkat kedua ialah Grahasta
(waktu memimpin sesebuah keluarga). Peringkat ketiga
ialah Vanaprasta (waktu bersara dari penglibatan aktif
dalam masyarakat dan peringkat keempat ialah Sannyasa
(meningalkan segala-segala ikatan-ikatan duniawi)

Inilah proses yang telah ditentukan oleh Dharma Hindu
untuk manusia biasa, dan tidak seperti ‘hippies’ yang cuba
meniru, dengan menyerahkan segala-galanya dengan lebih
dahulu. Kebebasan sebenar bukan diperolehi dengan
memasukkan dadah, tetapi dengan pengorbanan dan khidmat
kepada manusia tanpa ada sebarang ikatan.

Setengah-setengah belia cuba melarikan diri dari
kenyataan-kenyataan hidup dengan mengambil dadah
merbahaya yang boleh menghancurkan pemikiran dan akhirnya
kehihupan mereka. Kenyataan dan tanggungjawab dalam
hidup ini mesti dihadapi dengan sepenuhnya oleh setiap
insan Undang-undang Hindu Dhirma tidak memperuntukkan
sebarang pelarian dari kenyataan-kenyataan hidup. Di dalam
Dharmi ftirdu juga, setiap individu adalah dianggap
mempraktikkan Dharma ini. Tindakan-tindakan seseorang dikawal
oleh Dharma atau sifat yang terpuji. Setiap perbuatan atau
tingkah laku yang sa1ah, berbahaya atau mencederakan diri
mereka atau orang lain akan dikira adharmic, yang mana.
balasanya ialah “orang yang melakukan adharma sendiri
akan menerima penderitaan, dan tidak orang lain. Segala
balasan buruk akiLat dari penggunaan dadah juga dianggap
sebagai adhormic. Setiap individu yang menyebabkan kesengasaraan
kepada yang lain akan menerima hukum tetap karma,
di mana tidak ada jalan keluar baginya. Sesiapa juga yang
menghadapi satu pelarian, dan menjalankan segala- tanggung-
jawabnya adalah tergolong sebagai pahlawan di kalangan
manusia.

Akhir sekali, Penganut-penganut Hindu membangkang
keras, bukan saja terliadap penggunaan dadah tetapi juga
nikotin dan minuman keras, kerana bahan-bahan ini
mencemarkan jiwa dan tubuh badan seseorzrng. Tubuh badan kita
dianggap sebagai makhluk tertinggi oleh penganut agama
Hindu yang itu keadaan suci dikaburi oleh kebodohan dan
keangkuhan. Pengorbanan-pengorbanan suci kita menguatkan
lagi pendapat bahawa kita semua mempunyai lambang.
kesucian dan keseluruhan jiwa individu (jivatma) hendaklah
berusaha menyempurnakan dan membersihkan diri masing-
masing agar dapat diperolehi asas makhluk tertinggi
(Para matmi). Usaha untuk mencari kesucian yang sedia ada di
dalam dirinya sendiri sememangnya menjadi tujuan yang
paling utama. Dharma Hindu dalam kenyataannya adalah
satu kembara dalam mencari kesempurnaan manusia.

Sikap penganut Hindu terhadap bahaya dadah begitu
jelas sekali. Agama Hindu, seperti lain-Iain agama, melarang
dengan keras segala jenis dadah dan bahan-bahan yang
memabukkan yang menyebabkan seseorang itu mundur dan
tidak sempurna.