Definisi
Dadah ialah suatu bahan yang apabila dimakan atau diminum
atau dimasukkan ke dalarn badan dengan cara apajua sekali
pun akan mengakibatkan kctagihan, gangguan kesihatan atau
kemntuhan akhlak pengguna. Seperti yang telah dijelaskan
dalam bahagian awal, dadah meliputi minuman keras dan
tembakau, amfetamin, barbiturat, ganja, kokien, hailucinogen,
candu, morfin, heroin dan sebagainya.
Pencegahan penyalahgunaan dadah melalui bimbingan
dan kaunseling adalah merupakan rancangan yang diatur
untuk memenuhi keperluan murid-murid di semua peringkat
institusi pendidikan. Tujuannya ialah untuk mewujudkan dari
segi pengetahuan, sikap dan kelakuan murid-murid mengenai
penggunaan pelbagai jenis dadah. Rancangan pencegahan
melibatkan semua bahagian iaitu kaedah, kegiatan dan latihan
yang bukan secara khusus ditujukan kepada masalah dadah,
akan tetapi membawa faedah menyeluruh dalam menghadapi
secara tidak langsung setengah daripada sebab-sebab
penyalahgunaan dadah. Ini boleh dianggap sebagai langkah jangka
panjang untuk melahirkan cara hidup yang bertentangan
dengan penggunaan dadah. Perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling hendaklah menampung keperluan-keperluan
semua lapisan murid, iaitu:-
(i) Mereka yang sihat tetapi dalam bahaya godaan
untuk mencuba dadah.
(ii) Mereka yang menjadi pencuba.
(iii) Mereka yang bergantung kepada dadah.
Ini merupakan kumpulan-kumpulan sasaran yang mesti
diberi perhatian oleh perkhidmatan birnbingan dan
kaunseling.
Sebab-sebab Penyalahgunaan Dadah
Penelitian terhadap sebab-sebab awal penggunaan dadah di
kalangan murid-murid sekolah menengah adalah wajib
diambilkira supaya dapat merencanakan rancangan bimbingan
dan kaunseling yang iesuai untuk kumpulan ini. Di Malaysia,
antara sebab-sebab bermulanya penyalahgunaan dadah ialah
rasa ingin tahu, ingin melupakan masalah, pengaruh rakan-
rakan sebaya, membantu mentelaah pelajaran, memahami
diri, untuk berseronok, ingin bebas dan untuk berbeza. Ini
menunjukkan bahawa motivasi yang membuat individu
menyalahgunakan dadah adalah sama dengan sebab-sebab yang
rnembuat golongan remaja memilih setengah-setengah
kelakuan sebagai tanda menunjukkan identiti mereka.
Oleh itu, adalah mustahak bagi perkhidmatan bim-
bingan dan kaunseling menumpukan perhatian menghadapi
sebab-sebab yang membuat seseorang menyalahgunakan
dadah.
Peranan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Birnbingan dan kaunseling memainkan peranan yang besar di
dalam:-
(a) Pencegahan peringkat awal iaitu ditujukan kepada
semua individu. Tetapi perhatian diberi kepada individu-individu
yang dalam keadaan risiko dan mempunyai masalah.
(b) Pencegahan peringkat kedua iaitu mengesan dan
menolong pencuba-pencuba yang baru mula melalui
kaunseling. Tugis ini amat susah dan memakan masa yang panjang
untuk membebaskannya dari pergantungan psikologi.
(c) Tatacara rujukan untuk menjamin bahawa penagih
dadah dibantu oleh igensi-agensi yang berkaitan dengan dua
tujuan bagi mencegah dan mempengaruhi rakan-rakan sebayanya
dan menjamin kebajikan penagih dadah dalam jangka
panjang.
(d) Perkhidmatan seliaan yang diberi kepada penagih
dadah selepas rawatan pemulihan adalah untuk mencegah
dari merragih semuia dan membolehkan penyatuan dan pe-
nyesuaian kepada institusi.