1. Penagih
a) Dapatkan rawatan dengan segera sebelum keadaan
bertambah buruk lagi.
b) Penagih dadah adalah orang yang sakit. Dapatkan
rawatan yang sewajarnya.
2. Penyeludup/Pengedar
a) Pengedar dadah adalah penjenayah
b) Jangan mengaut keuntungan daripada kehancuran orang
lain.
c) Ubahlah kegiatan anda. Usahakan rezekiyang halal.
d) Hentikan kegiatan dadah sebelum arrda terlambat.
e) Jangan melibatkan keluarga anda daripada punca dadah.
3. lbubapa
a) Didik/tanamkan dalam diri anak-anak,supaya membenci
dadah:-
. ketegangan hidup seharian boier diatasi tanpa
menggunakan dadah.
. terangkan kepada anak-anak semasa mereka kecil lagi
bahawa penggunaan dadah adalah salah, berbahaya
dan melanggar undang-undang.
. tegaskan kepada mereka supaya jangan mengambil
sebarang dadah daripada rakan-rakan mereka.
b) lbubapa perlu menunjukkan teladan yang baik kepda
anak-anak dengan cara:-
.mereka sendiri tidak menggunakan dadah.
.menanam disiplin dalam diri anak dengan memberi
tanggungjawab dan mempertanggungjawabkan mereka
atas tindakan sendiri.
.berhati-hati menggunakan ubat dengan sukatan yang
berpatutan.
.tidak berkongsi ubat yang diberikan untuk kegunaan
anda dengan orang lain, dan mendapatkan ubat hanya
daripada doktor yang berkelayakan.
.mengetahui dengan jelas jenis-1enis dadah yang mana
jika digunakan akan membawa akibat buruk kepada
anda dan masyarakat.
c) Sebagai ibubapa yang brertanggungjawab didiklah anak-
anak dengan cara:-
.meluangkan masa bersama mereka.
.membeii galakkan supaya membuat kerja-kerja yang
berfaedah.
.membina keYakinan diri mereka.
.memberi didikan agama/moral kepada mereka
.memberi pujian apabila harus diberi
berlaku adil antara mereka.
d) Bantu anak-anak menentang desakan rakan-rakan
sebaya untuk menggunakan dadah dengan cara:-
.mengawasi aktiviti-aktiviti mereka.
.mengetahui di mana mereka berada, aktiviti-aktiviti
serta sahabat-sahabat mereka.
.berbincang dengan mereka mengenai minat dan masalah
mereka.
.berhubung dengan ibubapa kawan mereka, dan beftongsi
pengetahuan mengenai dadah dengan ibubapa-ibubapa
lain.
.memilih rancangan-rancangan televisyen dan filem-
filem untuk tontonan mereka bagi mengelak rancangan-
rancangan dan filem-filem yang menonjolkan penggunaan
dadah.
e) Lengkapi diri dengan pengetahuan mengenai dadah
dan petanda-petanda penggunaan dadah dengan cara:-
.mengambil tahu mengenai sejauh mana masalah dadah
wujud dalam masyarakat dan disekolah anak-anak.
.membolehkan diri mengesan petanda-petanda
penggunaan dadah.
.berbincang dengan ibubapa kawan anak anda atau
rakan-rakan sedarjah mengenai masalah dadah di
sekolah. Tentukan cara berkongsi maklumat untuk
menentukan mana-mana anak yang mengguna dadah
dan siapa yang membekalkannya.
f) Jika anda mengesyakki anak anda mengguna dadah,
anda haruslah:-
.merancang tindakan-tindakan yang perlu diambil.
Berhubunglah dengan pihak berkuasa sekolah dan
.Pegawai Pemulihan Dadah untuk mendapat nasihat.
membincang perkara ini dengan anak anda secara
tenang dan terus terang. Jangan bersemuka dengannya
apabila ia di bawah pengaruh dadah.
.memperbaiki langkah-langkah disiplin untuk membantu
menjauhi anak anda dari keadaan di mana penggunaan
dadah mungkin berlaku.
.meminta nasihat dan bantuan dari mereka yang pakar
mengenai pemulihan dan penagihan dadah.
g) Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam usahanya
memerangi dadah dengan cara:-
.menggalakkan pembentukan dasar sekolah supaya
membenci dadah.
.menyokong pihak pentadbir sekolah supaya mengambil
berat tentang usaha mencegah dadah.
.membantu pihak sekolah dalam mengawasi kehadiran
murid disekolah, dan merancang serta menyertai aktiviti-
aktiviti anjuran sekolah.
.berhubung dari masa ke masa dengan pihak sekolah
mengenai kelakuan anak anda.
h) Membasmi penagihan dadah adalah tanggungjawab
kita bersama
.cegahlah ahli keluarga anda dariterlibat dengan dadah,
.terangkanlah bahaya dan akibat buruk dadah kepada
keluarga sendiri, jiran dan masyarakat persekitaran.
.libatkanlah diri dalam aktiviti-aktiviti pencegahan dadah
disekolah dan dalam masyarakat setempat.
.hubungilah pihak berkuasa sekiranya anda mempunyai
apa-apa maklumat mengenai kegiatan dadah.
.bimbinglah bekas penagih dadah di kalangan masyarakat
anda untuk mendaPat rawatan.
4. Belia
a) Faedah berpersatuan.
b) Kewajipan belia terhadap diri, ibubapa, keluarga,
masyarakat dan negara.
c) Bahaya dan ancaman dadah.
d) Dasar dan strategi negara dalam mengawal dan
mencegah dadah.
e) Kewajipan belia untuk melengkapkan diri dengan pelajaran
atau didikan yang sempurna serta nilai-nilai dan
norma-norma yang diingini untuk menghadapi masa
depannya.
f) Keperluan belia untuk membentuk jasmani dan rohani
yang sihat.
g) Tanggungjawab belia terhadap rakan, terutarnanya bekas
penagih.
h) Keperluan belia menjamin dan memelihara ketenteraman
i) keselamatan kawasan persekitaran mereka.
j) Penglibatan dalam usaha melaksanakan dasar-dasar
pembangunan kerajaan.
k) Penglibatan dalam usaha-usaha negara membasmi
dadah.
l) Penghayatan ajaran agama/moral sebagai benteng
pertahanan diri terhadap ancaman dadah.
5. Sekolah/Murid
a) Menanamkan kepercayaan kepada Tuhan, patuh kepada
undang-undang dan adat resam negara, kesetiaan
kepada raja dan negara.
b) Didikan supaya patuh kepada ibubapa dan guru.
Kepercayaan kepada diri sendiri.
c) Perasaan banggaterhadap ibubapa, keluarga, sekolah
dan agama.
d) Menunaikan kewajipan terhadap diri sendiri, lbubapa,
keluarga, masyarakat dan negara.
f) Amalan cara hidup yang bersih dan sihat.
g) Sifat berdikari.
H) Kelakuan yang sopan mengikut tatasusila.
i) Sabar bila menghadapi dugaan/cabaran.
j) Jangan sekali-kali mencuba dadah.
– walaupun didesak oleh rakan
– kerana ingin tahu tentang dadah
– kerana kekecewaan atau kegagalan
– akibat masalah dalam keluarga
– kerana pujukan penjualdadah yanq sentiasa mencari
pengguna-pengguna baru
– ketegangan hidup seharian boleh diatasi tanpa
menggunakan dadah
– selalu berbincang dengan ibubapa jika terdapat masalah
k) Menyertai perbincangan-perbincangan terbuka mengenai
tahap masalah dadah di sekolah mereka.
l) Menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar-pelajar
lain dan bersikap nrembenci dadah.
m) Menerangkan kepada pelajar-pelajar lain, terutama yang
lebih muda, mengenaidadah dan akibat-akibatnya.
n) Menggalakkan ibubapa supaya turut sama terlibat dalam
usaha mewujudkan satu keadaan bebas dari dadah di
luar sekolah.
o) Mengambil bahagian yang aktif dalam usaha-usaha
menyedarkan masyarakat setempat tentang masalah
dadah dan akibat-akibatnya.
p) Menggalakkan rakan-rakan yang mempunyai masalah
dadah untuk mendapatkan pertolongan.