LANGKAH-LANGKAH PENERANGAN PENCEGAHAN DADAH

(a) Pendekatan: Langkah pencegahan yang biasanya
paling luas digunakan ialah menyediakan maklumat mengenai
penyalahgunaan dadah dan bahaya-bahayanya. Biasanya dua
pendekatan digunakan, iaitu pendekatan menakutkan dan
pendekatan memberi maklumat sebenar.

Pendekatan menakutkan: Pengetahuan tentang kesan-kesan
bahaya dadah dan akibat penyalahgunaannva boleh menyekat
seseorang itu membuat keputusan untuk mengambil
dadah bagi mereka yang telah mengambil dadah, pengetahuan
ini akan menghindarkan mereka dari menggunakan
dadah seterusnya atau mencuba dadah-dadah lain yang lebih
merbahaya.

Pendekatan ini mengandungi tiga matlamat. Pertama ialah
untuk menambah pengetahuan tentang bahaya penyalahgunaan
penggunaan dadah. Kedua ialah untuk menimbulkan
sikap negatif terhadap dadah tertentu atau kegunaan dadah
dengan tujuan mengurangkan kemungkinan-kemungkinan
penyalahgunaan dadah secara am. Dan ketiga ialah untuk
mengurangkan percubaan-percubaan dengan dadah.

Pendekatan Memberi Maklumat Sebenar: Pendekatan
ini memberi pengetahuan yang tepat lagi seimbang rnengenai
kesan-kesan dadah terhadap diri seseorang dan masyarakat.
Pengetahuan ini menghasilkan suatu keputusan di kalangan
penagih untuk tidak akan menggunakan dadah atau akan
menjauhkan mana-mana dadah yang lebih merbahaya. Juga,
fahaman yang mendalam tentang penyalahgunaan dadah akan
menghasilkan satu tindakbalas yang lebih rasional.

Pendekatan ini mengandungi empat matlamat. Pertama
ialah untuk mengurangkan reaksi-reaksi terlampau takut
kepada penyalahgunaan ubat. Kedua, untuk menambahkan
pengetahuan dan perhatian berkenaan dengart berbagai aspek
yang berhubung dengan masalah yang disebabkan oleh
penyalahgunaan dadah. Ketiga ialah untuk memperkembangkan,
sikap-stikap yang sesuai (iaitu walaupun negatif tetapi
tidak keterlaluan) terhadap penyalahgunaan dadah. Keempat
ialah untuk membetulkan anggapun yang salah mengenai
penyalahgunaan dadah dan mereka yang terlibat dengan
dadah.

(b) Golongan yang terlibat dalam rancangan ini: Tiap
golongan masyarakat adalah terlibat dalam rancangan ini.

Kumpulan-kumpulan ini termasuklah :

(i) Murid-murid sekolah.

(ii) Ibu bapa, guru-guru dan orang-orang lain yang
mungkin akan mempengaruhi tingkah laku ahli-ahlinya
akibat dari penyalahgunaan dadah.

(iii) Orang-orang yang tugasnya bersabit dengan masalah
dadah, seperti pegawai polis, pegawai kebajikan
masyarakat dan lain-lain lagi.

(iv) Orang-orang yang bertanggungiawab merangka dasar
yang berhubungan dengan penyalahgunaan dadah.

(c) Rekabentuk Rancangan : Kandungan rancangan
penerangan akan ditentukan oleh ciri-ciri-golongan yang
terlibat dalam rancangan ini, masalah mereka dan masyarakat
itu sendiri. Misalnya maklumat itu mungkin

(i) Pengiktirafan sesuatu jenis ubat di bawah undang-
undang dadah.

(ii) Akibat-akibat dadah yang tertentu.

(iii) Kaedah, batasan dan cara-cara penggunaan dadah.

(iv) Ciri-ciri sosial dan psikologi orang-orang yang
menggunakan dadah.

(v) Perhubungan di antara penggunaan dadah dengan
masalah-masalah sosial yang lain.

(iv) Kesan terhadap masyarakat akibat dari penyalahgunaan
dadah.

(vii) Bagaimana mengenali seseorang yang terlibat
dengan dadah.

(viii) Daya usaha yang boleh mengurangkan kesan-kesan
yang berbahaya akibat penggunaan dadah.

(v) Cara-cara mendapatkan panduan untuk mengguna
dadah.

(d) Perlaksanaan program-program penerangan.
Perlaksanaan program-program penerangan akan ditentukan oleh
beberapa ciri. Pertama ialah sifat kumpulan sasaran yang
ditujukan. Kedua ialah kedudukan kewangan, kepakaran,
teknikal dan sumber-sumber berkaitan yang boleh didapati.
Ketiga ialah sejauh mana kumpulan sasaran boleh dapat
menerima apa yang disampaikan dan boleh dipengaruhi. Dan
keempat ialah kandungan program-program penerangan.

Cara-cara program penerangan dilaksanakan

(a) Mengadakan hubungan peribadi dengan orang yang
terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam bentuk
perbincangan atau kumpulan kerja. Persediaan juga perlu dibuat
untuk melibatkan masyarakat setempat dan kemudahan yang
sedia ada hendaklah digunakan.

(b) Mengadakan bahan-bahan bercetak bagi kumpulan
sasaran. Bahan-bahan ini perlulah mengandungi fakta-fakta
asas tentang penggunaan dadah dan bagaimana
perkhidmatan-perkhidmatan ini digunakan.

(c) Menggunakan radio, televisyen dan akhbar untuk
memainkan peranan secara realistik dan bertanggungjawab
sama ada mengelakkan ketakutan yang tidak berasas atau
membangkitkan kesedaran masyarakat tentang akibat sesuatu
masalah itu.

(d) Menggunakan filem-filem, bahan-bahan bercetak,
kempen poster yang boleh menunjukkan dan menyampaikan
mesej secara ringkas, mudah dan bermakna.

(e) Implikasi program penerangan:

i. Pendekatan cara menakutkan boleh memberi
kesan-kesan yang bertentangan walaupun mungkin berkesan
pada mereka yang kurang pengetahuan atau pengalaman
ngenai dadah.

ii. Ketetapan tentang sesuatu mesej itu adalah mustahak.
Keseluruhan mesej mungkin ditolak .iika sebahagian
daripadanya difikirkan tidak tepat. Sebilangan individu-individu
akan tersalah anggap bahawa penyalahgunaan dadah
sebagai suatu cabaran yang menyebabkan mereka tertarik
kepada penyalahgunaan dadah.

iii. Hubungan peribadi menggalakkan penyertaan yang
lebih baik. Oleh sebab itu, kumpulan kecil boleh menentukan
perbincangan yang aktif di antara kaunselor dengan mereka
yang terlibat dengan dadah.

iv. Bahan-bahan bercetak boleh disebar secara meluas
kepada kumpulan sasaran yang lebih besar. Mereka juga
mempunyai masa yhng lebih untuk memahami dan menerima
isi-isinya. Walau bagaimana, jika kumpulan sasaran itu tidak
merasai perlunya maklumat, mereka tidak mungkin membacanya.

v. Media massa seperti media cetak dan elektronik
boleh disebarkan ke kumpulan sasaran yang lebih besar,
tetapi kemampuannya menghadapi masalah-masalah rumit
adalah terhad. Media ini hanya sesuai untuk menyebarkan
maklumat.

vi. Di negara yang mempunyai kadar buta huruf yang
tinggi, penggunaan bahan bercetak adalah terhad. Oleh itu,
komunikasi radio dan pertunjukan filem adalah berguna
tetapi memerlukan perbelanjaan yang besar.
Program penerangan pula mestilah diawasi untuk
menentukan kesannya ke atas kumpulan sasaran.

Berikut adalah sebahagian dari cara-cara yang boleh dijalankan:

i. Menjalankan soal-selidik yang mudah sebelum dan
selepas projek penerangan untuk mengetahui sama ada
pengetahuan mereka yang terlibat dengan dadah telah bertambah
ataupun tidak.

ii. Menganalisa keadaan dan kekerapan dan lain-lain
siaran (laporan, bahan bacaan) berkaitan dengan masalah
dadah dalam media tempatan.

iii. Mengkaji bertambah atau berkurangnya penggunaan
perkhidmatan-perkhidmatan yang ada oleh mereka yang
terlibat dengan dadah.

iv. Mengkaji sama ada bertambah atau berkurangnya
jumlah sukarelawan dan mereka yang terlibat dalam program
berkaitan dengan dadah di kalangan masyarakat setempat.

Apa Itu Dadah © 2017
Home Privacy Policy Terms Of Use Contact Us Affiliate Disclosure DMCA Earnings Disclaimer