Kes Kedua jauh lebih serius ialah kes seorang pelajar
Melayu yang memukul seorang guru kerana dia berasa guru
itu selalu mencari kesalahannya. Akibat dari perbuatannya,
Gum Besar mengambil tindakan menggantung persekolahannya
jika dia tidak meminta maaf kepada guru tersebut di
hadapan kelas. Akhirnya pelajar tersebut telah bersetuju
meminta maaf, tetapi selepas itu dia telah datang ke bilik
kaunseling dalam keadaan gugup. Dia tidak memaafkan sesiapa
pun khasnya guru tersebut dan Guru Besar sekolahnya.
Namun demikian, sesudah dia meluahkan perasaannya dalam
satu sessi kaunseling, guru bimbingan telah menjemputnya
untuk berbincang lagi kerana guru bimbingan berasa bahawa
murid itu telah bersikap terlalu kasar. Dia bersetuju dengan
permintaan ini. Bila dia datang beberapa hari kemudian dia
telah berubah kepada seorang yang berbeza sama sekali. Dia
memberitahu betapa dahsyat dirasakarmya apahrla dia me-
neliti segala yang telah dilakukannya. Dia terus menerangkan
tentang satu tabiatnya yarrg akan memukul sesiapa juga yang
dirasai membuat kesalahan terhadapnya.
Dia telah memberi beberapa contoh di mana dia telah
tidak dapat mengawal dirinya. Satu daripadanya ialah semasa
di sekolah rendah dahulu, dia telah memukul dengan teruknya
seorang budak kerana mencaci abangnya, walaupun
bertubuh lebih besar darinya. Dalam suatu peristiwa yang lain,
dia telah menyerang seorang pemuda dengan ketul-ketul batu
kerana pemuda itu telah mengganggu kakaknya. Dia juga
menceritakan bahawa kalau dia tidak dapat merebut bola, dia
akan menyepak lawannya kerana dia tidak boleh menerima
kekalahan.
Pada suatu masa dia lari dari rumah dan pergi merayau-rayau,
semata-mata hendak bersendirian. Dia pulang ke rumah
hanya bila wang yang ada padanya habis dan mula
berasa lapar. Murid ini tidak suka bercampur dengan
murid-murid lain. Di dalam kelas dia selalu tertidur kerana dia tidak
boleh tidur pada malam hari.
Bila ditinjau latar belakangnya, ia memberitahu bahawa
dia bersikap begitu adalah kesan dari perceraian ibu bapanya.
Dia kasihkan ibunya dan rindukan bapanya. Dia sering
menyangka bahawa semua orang tidak suka kepadanya.
Pada suatu pagi semasa perhimpunan sekolah, dia telah
menyerang seorang budak dan kemudiannya dia jatuh
pengsan kerana akibat dadah (campuran pit-pil dan ganja).
Biia guru bimbingan dipanggil dan apabila dia terus megang
tangan guru itu dan tidak mahu melepaskannya.
Pihak sekolah berjaya mententeramkannya dan membuat
mjukan kepada pihak hospital di mana dia diberi rawatan.