Fasa ini menggambarkan motivasi yang rendah atau tiada
langsung motivasi. Oleh kerana tiap-tiap penagih disalahkan,
mereka berasa bahawa tidak upaya dan tidak mahu berbuat.
apa-apa rnengenainya, dan ada yang terus menemui maut.
(a) Kekhecewaan: Inilah masanya dia merninta pertolongan
dengan berbagai cara, iaitu apabila dia menyedari
tentang ketakmampuan hendak mengatasi masalahnya
seÃ,Ândiri. Beberapa resolusi dibuat, walaupun dia bertambah giat
dia membuat resolusi dalam masa yang singkat, semuanya
gagal. Kemarahannya mungkin beralih kepada dirinya sendiri.
Dia merasa dukacita dan mungkin meratap sendirian.Perhatian
adalah tertumpu kepada dirinya sendiri. Terdapat juga
kes-kes di mana kekecewaan berubah rnenjadi keganasan di
samping keinginan untuk menbinasakan orang-orang yang
dianggapnya bertanggungjawab atas keburuhan yang
berlaku ke atas diri mereka. Setengah-setengah daripada kes
pembunuhan yang luar biasa adalah dilakukan oleh mereka
yang berada dalam keadaan kekecewaan seperti ini. Dengan
ini, masalah yang timbul adalah berkisar kepada peringkat
putus asa di kalangan penagih tadi.
(b) Putus Asa: Di peringkat ini’ si penagih meminta
pertolongan dari semua sumber yang munasabah seperti dari
rumah, kaunselor, pemimpin-pemimpirr agama dan sebagainya.
Inilah masanya dia minta dimastrkkan ke pusat-pusat
pimulihan. Namun demikian, masih terdapat kekurangan
motivasi, oleh yang demikian rawatan tidak boleh dimulakan
walaupun di pusat-pusat pemulihan. Di pusat pemulihan
mungkin boleh didapati pertolongan untuk penyesuaian.
Kebanyakan mereka yang keluar dari pusat pemulihan,
khasnya murid-murid sekolah, berkehendakkan pertolongan
lanjutan dari kaunselor. Ada juga yang cuba mengambil dos
yang berlebihan. Ada juga vang meninggal dunia disebabkan
dadah, tetapi bagi kebanyakan kes percubaan-percubaan
hendak membinasakan diri sendiri adalah tidak
bersungguh-sungguh.
Dalam masa kaunseling, kaunseior juga menghadapi
masalah untuk memupuk minat kaunseli. andainya mereka
tidak menunjukkan minat yang tertentu. Satu-satunya cara
yang munasabah ialah cuba menentukan bdang-bidang minat
dan kebolehan yang sedia ada pada dirinya dan cuba
memupuknya menerusi kaunseling. Bidang-bidrrng yang munasabah
ialah kepercayaan agama, kejayaan-kej ayaan yang lampau,
mengikui contoh tauladan dari kawan kawan lain, perhubungan
keluarga dan bertanggungjawab terhadap anak,
Usaha-usaha bagi menggalakkan motivasi adalah amat
penting. Keseluruhan proses mengasuh irrdividu, mengetahui
peringkat-peringkatnva yang merosot sepatutnya menjadi
tumpuan kaunseling.
Ringkasnya usaha-usaha memelihara perhuhungan mesra
dengan orang-orang yang bergantung kepada dadah
sangatlah penting. Ini boleh dilakukan dengan cara memberi
galakan dan daya penggerakan. Adalah berfaedah menolong
mereka dengan mereka, yang memberi perangsang untuk
memajukan diri. Usaha yang sedemikian akan berkehendakkan
banyak masa dan tenaga dari kaunselor, khasnya bila dia
perlu membuat rancangan susulan selepasnya. Rancangan
susulan ini memerlukan temuramah-temuramah yang kerap
serta memakan masa dan keluarga kaunseli perlulah terlibat
dalam usaha ini.