AKTA RACUN 1952

1. Tujuan Dan Pemakaian Akta Racun 1952

Akta Racun 1952 ini bertujuan untuk mengawal pengimportan,
pemilikan, pengeluaran, penjualan dan penggunaan racun.
“Racun” bermaksud bahan-bahan yang dinamakan dan
disenaraikan di dalam Senarai Racun dan termasuklah apa-apa
campuran, penyediaan, solusi atau yang asli yang
mengandungi bahan-bahan tersebut kecuali apa-apa
penyediaan atau bahan-bahan yang terkandung di dalam
jadual Kedua Aka ini. Pengawalan dadah yang tidak dinyatakan
di bawah Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya akan
dikawal di bawah Akta ini. Akta ini mulai berkuatkuasa di
Semenanjung Malaysia pada 1 September 1952.
Penguatkuasaan Akta ini telah di perluaskan ke Sabah dan
Sarawak mulai 1 Jun 1978.

Jenis-jenis racun yang berada di bawah kawalan Akta ini
termasuklah bahan-bahan yang digunakan untuk tujuan
perindustrian, perubatan dan pertanian. Sebahagian racun
telah dikelaskan sebagai bahan psikotropik dan hanya boleh
dibekalkan melalui preskripsi oleh pengamal perubatan, doktor
haiwan atau doktor pergigian. Ahli Farmasi atau Doktor yang
diberi kuasa sahaja dibenarkan menjual bahan-bahan ini.

2. Peruntukan-Peruntukan Penting Di Bawah Akta Racun
1952
Ketua Pengarah Kesihatan adalah pegawai pelesenan di
bawah Akta ini. Pegawai Penguatkuasa bagitujuan Akta ini
dilantik oleh Pegawai Pelesenan dari kalangan ahli-ahli Farmasi
yang berdaftar. Mereka ini mempunyai kuasa-kuasa seperti
berikut:-

a) menyiasat kesalahan-kesalahan yang dilakukan di bawah
Akta ini;
b) memasuki, menggeledah dan rnemeriksa premis ubat-ubatan
dan menahan serta merampas barang-barang
seperti racun, buku, alat-alatan dan apa-apa barangan
yang dipercayai berkaitan dengan satu- satu kesalahan
yang telah dilakukan di bawah Akta ini atau juga peraturan
yang dibuat di bawahnya.

Penguatkuasaan peruntukan Akta Racun 1952 dibuat oleh Bahagian
Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan.

Di bawah Akta ini, pengeluaran lesen bagi tujuan mengimport,
menyimpan dan menjual racun-racun berjadual hanya diberikan
atas permohonan dari ahli-ahli farmasi yang berdaftar sahaja dan
diberi lesen racun Jenis A. Pengamal perubatan dan veterinar
boleh mendapatkan bekalan racun-racun dan bahan psikotropik
dari penjual ubat-ubatan dan racun tempatan untuk kegunaan
profesyennya sendiri sahaja.

Racun yang disenaraikan di bawah Senarai Racun boleh
kemudiannya atas arahan Menteri Kesihatan, dimasukkan ke
bawah Senarai Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.
Contohnya baru-baru ini ialah bahan flunitrazepam. Bahan ini
amat meluas disalahgunakan oleh penagih dadah. Oleh itu ianya
diwartakan sebagai dadah berbahaya.

Pada tahun 1983, Kerajaan telah meminda Akta Racun 1 952, bagi
memasukkan peruntukan mengawal bahan-bahan “acetylating”
seperti acetic anhydride, acetyl chloride dan acetyl bromide.
Bahan-bahan ini adalah amai diperlukan dalam pemerosesan
dadah heroin dari morfin. Di bawah Seksyen 14 Akta tersebut,
sesiapa yang memiliki bahan-bahan acetylating tanpa lesen,
adalah melakukan satu kesalahan yang mana jika disabitkan
boleh dihukum penjara antara 3 hingga 14 tahun dan dirotan tidak
kurang dari6 kali sebatan.

Pindaan ini juga memasukkan anggapan undang-undang mengenai
pemilikan bahan-bahan acetylating ini iaitu seseorang yang berada
dalam miliknya atau jagaannya bahan-bahan acetylating adalah
dianggap, sehingga dibukikan sebaliknya, memiliki dan mengetahui
keadaan bahan itu. Anggapan ini boleh dicabar (rebuttable
presumption). Kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta
Racun ini pada lazimnya boleh ditangkap tanpa waran dan tidak
boleh dijamin. Satu pindaan telah dibuat dengan memasukkan
seksyen baru iaitu Seksyen 30 mengenai import, eksport dan
pengilangan bahan-bahan psikotropik yang mana boleh dikenakan
hukuman denda $10,000 atau penjara tidak lebih 4 tahun atau
kedua-duanya jika disabitkan.

Seksyen 32(1) memperuntukkan hukuman bagi pemegang lesen
yang gagal mernatuhi peraturan mengenai lesen dan rekod seperti
yang dikehendaki oleh Akta dan peraturan di bawahnya. Jika sabit
kesalahan boleh didenda sehingga $5,000 atau penjara sehingga
2 tahun atau kedua-duanya sekali. Begitu juga bagi sesiapa yang
membuat penyataan palsu di dalam rekod berkenaan boleh
dikenakan hukuman yang sama.

Untuk sabitan kesalahan-kesalahan lain di bawah Akta ini yang
tidak diperuntukkan hukumannya, Seksyen 32(2) telah membuat
peruntukan hukumannya iaitu denda tidak lebih $3000 atau penjara
tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.