SEBAB DAN AKIBAT PENGGUNAAN DADAH

Sebab-Sebab Pengambilan Dadah

Profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian
besar daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur
antara 15-25 tahun. Sebahagian besarnya adalah belia-belia yang
masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun
di pusat-pusat pengajian tinggi. Di antara faktor-faktor yang
mendorongkan mereka mengguna dadah ialah kerana:-

i) keseronokan;
ii) perasaan ingin tahu;
iii) pengaruh rakan sebaya;
iv) meningkatkeseronokanseksual;
v ) rawatan perubatan;
vi) secara tidak sengaja; dan
vii) mengatasi tekanan jiwa.

B. Kesan Pengihan Dadah

Kesan dadah boleh dilihat dari 4 sudut iaitu:-
i) Terhadap Penagih;
ii) Terhadap keluarga penagih;
iii) Terhadap masyarakat; dan
iv) Terhadap negara

1. Kesan Terhadap Penagih

Akibat yang jelas ialah dari segitingkahlaku diri penagih itu
sendiri. Si penagih akan memjauhkan diri daripada masyarakat
umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih
dadah, penjenayah seta penipu. Ia tidak bertanggungwab
kepada kerja atau persekolahannya.

Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus lemah tenaga, malas
dan kelihatan berada dalanm khayalan. Penagih boleh
kehinggan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas,
rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan
mati kerana mengmbil dadah berlebihan.
Daya tahan badan penagin akan menjadi lemah dan ia
mudah dijangkiti berbadai penyakit seperti kancing gigi,
manduldan sebagainya.

2. Kesan Terhadap Keluarga Penagih
Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di
kalangan masyarakat. Diri penagih boleh menjadi bebanan
kepada keluarganya kerana terpaksa menghabiskan masa,
tenaga dan wang yang banyak untuk rnerawatnya Harapan
ibubapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah
nenjadi musnah. Rumahtangga akan menjadi porak peranda
Perpisahan dan perceraian di antara ahli keluarga mungkin
berlaku.

3 Kesan Terhadap Masyaratkat
Suasana hidup di dalam masyarakat tidak lagi tenteram
keran terdapatnya kejadian mencuri, merompak dan lain-lain
yang dilakukan olelh penagih-penagih yang memerlulukan
wang untuk membeli dadah. Didapati 40% dari banduan
penjara adalah pesalah dadah.Keadaan seperti ini sudah
mengganggu keamanan, ketenteraman, ketertiban
peraturan dan urndang-undang negara. Perpaduan
pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat
penglibatan anak muda dengan dadah. Persengketaan dan
perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga
yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan
dadah.

4. Kesan Terhadap Negara
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang
tinggi akibat dari masalah dadah yang melanda negara ini.
Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat,
dari segi kos nyata (tangible) dan kos tidak nyata (intangibie).
Kos nyata termasuklah:-

a) Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya
pengeluaran ekonomi;

b) Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan
dan pemulihan penagih dadah;

c) Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan;

d) Kos kerana kerugian akibat dari aktiviti-aktivitijenayah
yang berkaitan;

e) Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti
menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan
Jabatan Penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.

Kos tidak nyata yang mengakibatkan kerugian lebih besar
yang mana sukar ditentukan jumlahnya dengan lepat, termasuklah
ketakutan dan kekecewaan yang dialami oleh
masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan
oleh penagih dan Pengedar dadah.

Golongan masyarakat yang terbesar yang terlibat dengan
masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang
pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang
lalu membutktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan,
kira-kira 65% adalah terdiri dari kaum belia yang berumur di
antara 20-29 tahun. lni jelas menunjukkan bahawa golongan
yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang
menjadi harapan nusa dan bangsa.

Kesan dadah yang lebih buruk kepada negara ialah dari segi
keselamatan dan ketahanan negara. Pengganas komunis
dan anasir subversif boleh menggunakan dadah sama ada:-

a) untuk menghancurkan nilai-nilai, akhlak dan maruah
negara secara langsung; atau

b) untuk menjadikan dadah sebagai punca kewangan bagi
membiayai perjuangan mereka dan secara tidak langsung
mendatangkan kesan buruk kepada keselamatan
negara.

Kegiatan seperti ini telah terbukti di negara Burma,
Afghanistan dan di beberapa buah negara Latin Amerika serta semasa
penyerahan Hong Kong ke tangan British selepas Perang
Candu di abad ke lapanbelas’