PROGRAM YANG MENEKANKAN PERKEMBANGAN PERIBADI

Pegangan asas yang mewujudkan program ini ialah penyalahgunan
dadah adalah satu petanda yang menunjukkan sosialisasi
yang buruk dan ciri-ciri peribadi seseorang itu. Oleh
yang demikian dalam pendidikan tentang dadah penekanan
perlulah ditujukan kepada individu yang meÃ,€nyalahgunakan
atau mungkin menyalahgunakan dadah. Ini dapat dicapai dengan
individu sama ada untuk mengkaji dirinya semula
dan menjelaskan nilai-nilainya atau menggalakkan me-
nerima nilai-nilai yang positif.

(a) Memperkembangkan diri

Falsafahnya: Dengan pelbagai langkah dijalankan, kita
boleh menghasilkan pengalaman yang mungkin unik kepada
setengah-setengah individu, seperti kejayaan atau pengamatan
baru. Kejayaan ini membolehkan mereka membentuk
tanggapan baru mengenai diri mereka.
Matlamatnya : Selain daripada matlamat-matlamat
umum, matlamat lain yang perlu dicapai ialah pertama,
menyuburkan kesihatan mental, kemahiran sosial dan
komunikasi antara individu. Kedua, meningkatkan keyakinan diri
individu yang diberi kaunseling. Ketiga, mengurangkan
perasaan tersingkir.

Kumpulan sasaran: Pada amnya untuk golongan remaja,
tetapi boleh diubahsuaikan untuk sesiapa sahaja.
Rangka bentuk program: Setengah daripada program
ini bercorak percubaan dan selalunya ada kaitan dengan
kebudayaan-kebudayaan tertentu. Ianya direkabentuk untuk
membaiki kesedaran sendiri dan kepercayaan pada diri sendiri
untuk menyesuaikan diri dan hubungan yang lebih baik
dengan orang-orang lain. Setengah daripada program ini
menimbulkan pengalaman yang berupa kejayaan bagi semua
kanak-kanak.

Implikasi: Rancangan ini mahal dan sukar untuk dilak-
sanakan kerana melibatkan perubahan-perubahan yang besar
kepada sistem-sistem yang ada.

(b) Menjelaskan nilai-nilai peribadi

Falsafahnya: Muda-mudi kadangkala menggunakan
dadah tanpa menyedari bahawa ianya bertentangan
dengan nilai-nilai mereka sendiri yang masih belum jelas.

Matlamatnya: Pertama, penjelasan terhadap nilai-nilai
peribadi seseorang. Kedua, menunjukkan konflik-konflik
yang mungkin wujud di antara nilainilai yang berbeza serta
di antara nilai-nilai dan kelakuan yang sebenar.

Kumpulan sasaran: Ia khasnya ditujukan kepada murid-murid
sekolah Menengah.

Rangka bentuk program dan perlaksanaannya:
Penjelasan nilai-nilai melibatkan pendedahan murid kepada alam
sekitar melalui pendedahan ini, akan menyedari dan rnengetahui
keutamaan mereka dan mengkaji kelakuan mereka berdasarkan
keutamaan mereka.

Langkah-langkah yang berkaitan ialah:

(u) Memilih daripada gantian-gantian selepas menimbangkan
akibat sesuatu gantian.

(b) Mempunyai sikap positif terhadap pemilihan yang
dibuat.

(c) Berulang-ulang kali menunjukkan pilihan itu dalam
segala tindakan melalui tingkah laku.

Pendekatan ini bukan semata-mata menanam atau menurut
arah nilai tertentu. Kadangkala penjelasan nilai-nilai
akan menghasilkan nilai-nilai yang menyokong penggunaan
dadah dan ubat. Sementara beberapa teknik itu mungkin
boleh memberikan pemahaman sendiri yang lebih. Walau
bagaimanapun, penyalahgunaan dadah tidak semestinya
berkurangan.

(c) Menggalakkan nilai-nilai positif

Falsafahnya: Adalah perlu untuk menggalakkan perkembangan
nilai-nilai yang akan mempengaruhi muda-mudi
supaya mereka tidak akan terlibat dengan penyalahgunaan
dadah.

Matlamat program ialah:-

(i) Meningkatkan kemahiran membuat keputusan.

(ii) Meningkatkan kemahiran dan komunikasi antara
individu.

(iii) Memperkembangkan kebolehan untuk menjangkakan
keadaan penyalahgunaan dadah.

(iv) Memahami akibat-akibat berkait dengan gantian
tertentu.

(v) Meningkatkan tanggapan sendiri.

Rangka bentuk program: Isi kandungan program tidak
hanya menyentuh mengenai pandangan seseorang terhadap
dadah yang tertentu atau penyalahgunaan dadah, tetapi juga
apa yang mereka rasai. Setengah rancangan menumpukan
khusus kepada penyalahgunaan dadah, yang lain pada
bahan-bahan psiko-aktif, yang lain pula menggabungkan kegiatan
mereka dalam program-program yang luas, mengenai sosial
dan kesihatan mental.

Sumber-sumber: Kakitangan adalah diperlukan untuk
menjayakan program. Apabila terdapat kekurangan kaki-
tangan, perlu diadakan kemudahan bantuan, lawatan sambil
belajar dan penggunaan pakar perunding.

Implikasi: Kos perlaksanaan program seperti ini adalah
tinggi. Bagi menjayakan program banyak bahan diperlukan
dan memakan masa. Di samping ini, kakitangan yang terlibat
dalam program perlu mendapat latihan yang khusus. Walaupun,
program seperti ini kelihatannya yang paling berkesan
dapat mencapai matlamat-matlamat utama tetapi terdapat
berbagai halangan dan masalah, sama ada dari mereka yang
terlibat dengan dadah dan kerjasama orang ramai.