Sejauh yang diketahui, hasrat untuk berhenti merokok
itu adalah baik. Mereka yang berhasrat untuk berhenti
merokok, perlu bertindak tegas dan positif. Cara yangberkesan
untuk berhenti merokok ialah dengan menjauhi rokok sama
sekali dan jangan berhenti berperingkat-peringkat. Sebabnya
lebih baik mengalami yu.rg teruk-dua tiga hari daripada
menyiksa diri berminggu-minggu dan berbulan-bulan. Anda
pasti beriaya dengan cara begini dari yang anda fikirkan.
Pada tiga hari pertama memang susah hendak berhenti
merokok tetapi selepas, lima hari, kibanyakannya ketagihan
itu jelas kurang atau hilang langsung. Teruskan iagi sehingga
sepuluh hari, dan anda akan berjayi. Katakan pada diri sendiri,
saya memilih tidak akan meiokok. Kata-kaia ini diulangi
pada setiap hari dari mulai bangun tidur hinggalah hendak
tidur pada waktu malam.
Semasa ketagihan cuba kuasai diri anda, perhatikan
jarum jam di tangan anda itu. Lihat jarum saat berjalan keliling
muka jam. Dengan azam yarrg ggih, anda pasti boleh
tahan dari menghisap cuma enam puluh saat. Sekarang satu
minit telah berlalun, anda boleh tahan satu minit lagi tentu
anda boleh. Anda akan dapat melihat, selepas minit ketiga
ketagihan itu akan berkurangan. Anda akan tahu semua
kuasa menahan kehendak akan digambarkan dari minit ketiga,
jam menjadi hari, hari menjadi minggu, minggu menjadi
bulan dan bulan menjadi tahun dan seterusnya.
Di sini dicadangkan beberapa petua untuk dipatuhi bagi mengawasi
waktu-waktu ketagihan berlaku dalam tempoh seminggu
dua yang pertama dan seterusnya ke arah cara hidup
baru:
(a) Selalu Mandi
Mandi tiga atau empat kati sehari selama 15 – 20 minit
sekali mandi.” Waktu mandi lupakan segala-galanya
-bertenang. Jika anda terasa hendak merokok semula, masuk ke
bilik mandi dan mandi, memang payah merokok masa mandi.
(b) Banyakkan Minum Air
Minum enam hingga lapan gelas air pada waktu makan.
Simpan satu rekod kalau perlu. Lagi banyak air diminum tagi
cepat nikotin dibersihkan dari badan. Jangan minum minuman
keras.
(d) Jadual Kegiatan Harian
Berehatlah secukupnya. Masa makan dan tidur hendaklah
tertentu. Jadualkan tidur lebih awal dari biasa. Beri
peluang kepada saraf mendapat rehat. Apabila seorang berada
dalam keadaan letih, kuasa kehendak dan ketagihan merokok
adalah tinggi.
(d) Jangan Duduk Selepas Makan
Selepas makan, keluar berjalan-jalan dan tarik nafas
dalam-dalam selama 15 – 30 minit’ Jangan duduk selepas
makan. Inilah masa keinginan kuat hendak merokok.Keluarkan
kerusi, tirai, hamparan dan lain-lain yang berbau tembakau,
jauhilah dari situ.
(.) Awasi Minuman
Jangan minum arak, kopi atau minuman yang me-
ngandungi gas. Elakkan dari ubat-ubat yang kononnya untuk
mententeramkan peringkat ini, susu adalah minuman yang
paling sesuai. Ramai yang menghisap rokok sekarang, apabila
hendak berhenti merokok, mereka lebih banyak minum kopi.
Ini adalah pendapat yang salah kerana minuman kopi boleh
menggerakkan keinginan semula merokok.
(f) Jauhi Makanan Pedas
Ramai yang merokok gemarkan makanan-makanan yang
pedas, ini disebabkan deria perasa di lidah mereka tidak
sensitif yang disebabkan oleh kuasa ‘bius’ nikotin. Jadi,
elakkanlah makanan-makanan yang pedas kerana makanan itu
akan membawa kepada ketagihan merokok.
Begitu juga dengan makanan-makanan yang mengandungi
manisan dan gula-gula. Sebaliknya, makanlah
sebanyak mahu makanan-makanan seperti buah-buahan,
sayur-sayuran, kacang dan nasi. Di samping itu perlu juga
banyak memakan makanan yang mengandungi Vitamin B
untuk memperkuatkan kuasa saraf sebagai menggantikan
nikotin yang hilang itu.
Ikutilah petua-petua tersebut tiap-tiap hari sehingga be-
berapa hari. Anda akan berjaya.