MENGAPA PERLUNYA PENCEGAHAN

Ancaman Kepada Keselamatan Negara

Ancaman terbesar adalah ditimbulkan oleh bahan dadah itu
sendiri sebagai alat melumpuhkan pertahanan, ekonomi, nilai
budaya, kestabilan rakyat atau negara yang dijadikan sasaran oleh
pihak musuh. Di bawah ini dinyatakan beberapa bukti sejarah yang
menunjukkan betapa dadah telah dijadikan alat oleh pihak tertentu
terhadap pihak lawan untuk mencapai apa yang mereka hajati
betapa dadah telah dijadikan alat oleh pihak tertentu terhadap pihak
lawan untuk mencapai apa yang mereka hajati.

1. Perang Candu Negeri China.

Syarikat India Timur Inggeris dalam usahanya untuk menguasai
perdagangan dan kemudahan menggunakan pelabuhan-pelabuhan
penting di negeri Cina telah menggunakan candu untuk menawan
orang-orang Cina. Penagih candu tidak berupaya dan tunduk kepada
kemahuan Inggeris apabila di ugut oleh Ingeris bahawa bekalan
candu akan disekat. Keadaan ini hanya disedari setelah keadaan
menjadi buruk dan tercetusnya peperangan beberapa kali.

2. Amerika di Vietnam

Dadah memainkan peranan yang penting sebagai salah satu
sebab tentera Amerika tewas di Vietnam. Malah masalah datlah di
negeri-negeri di Asia Tenggara bermula di sekitar tahun 1970an
apabila pasaran dadah di Vietnam melimpah keluar.
Ada setengah pihak berpendapat bahawa dadah ada kaitan
dengan usaha-usaha puak musuh beberapa kali gagal menakluki
negara ini secara peperangan bersenjata (zaman darurat) dan
mempengaruhi pihak-pihak tertentu melalui kekerasan untuk mewuiudkan
keadaan huruhara (13 Mei, mogok perusahaan). Kemungkinan
pihak musuh membekalkan dadah kepada pengedar, membiayai dan
melindungi makmal-makmal haram memproses dadah dan memberi
bantuan kepada sindiket pengedar dadah tidaklah dapat dinafikan
lagi.

Dengan cara ini pihak musuh berharap generasi muda pada
hari ini yang bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan kucar-
kacir dan tidak berdaya untuk memimpin dan mentadbirkan negara
dengan cekap dan inilah masa yang ditunggu oleh musuh.
Siapakah yang dapat menghalang musuh-musuh negara dari
terlibat dengan penjualan dadah kepada penagih-penagih tempatan
dan menggunakan hasil dari jualan tersebut untuk membeli senjata
api dan membiayai kegiatan jahat mereka itu? Sudah terbukti terdapat
kaitan yang rapat di antara kegiatan pengedaran dadah dengan
kegiatan-kegiatan jenayah tersusun yang lain, termasuk penyeludupan
senjata api yang telah mengancam keselamatan di setengah-setengah
negara.

Pasukan keselamatan kita memerlukan anggota yang penuh
disiplin, bertenaga dan mempunyai perasaan tanggungiawab dan
resetiaan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan dan negaranya.
Seseorang anggota tentera yang terlibat dengan penagihan dadah,
tidak akan berupaya untuk memainkan peranan yang bermakna di
dalam pasukannya. Dalam keadaan aman dia boleh membocorkan
rahsia-rahsia keselamatan kepada pihak yang berkepentingan
sebagai balasan kepada faedah-faedah kewangan yang diperlukan
bagi memenuhi tabiat ketagihannya. Semasa perang/operasi, dia
akan mengurangkan tahap kewaspadaan pasukannya dan dengan
mudahnya akan meletakkan keseluruhan pasukannya di dalam
rahaya maut. Sehingga bulan Julai 1987 terdapat seramai 5,433
orang yang terdiri dari kumpulan A (1 orang), B (9 orang), C (251
orang), D (1823 orang) pegawai (33 orang) dan anggota Pangkat
Rendah (3227 orang) yang terlibat dengan dadah. Dalam ruang
lingkup yang lebih luas masalah penagihan dadah boleh pula
mengancam keselamatan sesebuah negara. Pengganas komunis dan
anasir-anasir subversif yang lain misalnya, boleh menggunakan
dadah untuk mencandukan rakyat (terutama golongan belia) bagi
meruntuhkan sama sekali asas-asas nilai, akhlak dan maruah negara.
Seterusnya keadaan ini akan melemahkan dan merobohkan benteng
lietahanan rakyat dan negara. Rakyat yang menagih akan menurut
sahaja telunjuk musuh negara asalkan ketagihan mereka dapat
dipuaskan.

Seseorang penagih itu akan hilang maruah diri dan tidak
menghormati ibu bapa dan orang-orang tua. Kehidupan mereka adalah
berkisar kepada usaha-usaha utnuk memperolehi bekalan dadah,
sehingga mereka sanggup melakukan perbuatan-perbuatan jenayah
dan mencuri dari keluarga mereka sendiri bagi menyara tabiat
penagihan mereka. Dadah juga akan mengubah, mempengaruhi
dan mengawal pelakuan seseorang itu sehingga membawa kepada
penderitaan dan kesengsaraan.

Dari segi kesihatan, keupayaan seseorang penagih untuk melawan
penagihan dadah adalah lemah. Penagih dadah secara langsung
atau tidak telah mendedahkan diri mereka kepada berbagai penyakit
kerana ramai dari mereka berkongsi menggunakan alat-alat yang
kotor.

Heroin dan morfin adalah dadah yang paling bahaya yang terdapat
di negara ini. Ia boleh menghilangkan pertimbangan kawalan
dan perhatian diri menurun dengan cepatnya kerana penggunaannya
mengalami gangguan jiwa. Ia boleh mewujudkan penggantungan
fizikal dan psikologikal dengan cepatnya, hingga menyebabkan
dosnya mesti sentiasa ditambah untuk mendapatkan kesan yang sama
seperti dos yang awal. Penagih tidak tahu berapa kuat satu-satu doa
yang diambilnya dan ini boleh membawa bahaya lebih dos yang
menyebabkan maut. Dos maut ialah 30mg. Potensi heroin adalah 2
atau 3 kali lebih kesannya dari morfin (terutamannya ke atas pernafasan).
Mengikut perhitungan, 1 gm heroin tulen boleh membawa
maut kepada lebih kurang 30 orang. Peracunan darah juga kerap
berlaku di kalangan pengguna heroin dan morfin. Seseorang yang
menagih heroin atau morfin akan terus memgambil dadah jenis ini
kerana jika ia cuba melupakan tabiat ini dan berhenti, ia akan
menghadapi tindakbalas yang pedih dan tidak tertanggung. Pengunduran/
perberhentian yang serta merta akan menyebablan dia menderita
dari segi rohani dan jasmani dan boleh membawa maut. Ganja,
walaupun kurang bahayanya berbanding dengan dadah-dadah yang
lain, tetapi dalam kebanyakan kes, penagihan ganta akan membawa
penagihnya beralih kepada jenis-jenis dadah yang lebih bahaya
seperti heroin dan morfin pada akhirnya.

Dalam jangka panjang, keharmonian masyarakat di segi sosial
akan tergugat. ‘Self image’ dan ‘social adjustment’ penagih-penagih
dadah tidak normal lagi kerana mereka harus medapatkan bekalan
dadah dari punca-punca haram. Mereka mula menghadkan hubungan
sosial mereka dan hanya bergaul semasa penagih dan pengedar
dadah sahaja.

Walaupun seseorang penagih itu merupakan seorang yang
tidak anti sosial sebelum menjadi penagih dadah, tetapi selepas ia
terperangkap ke dalam jerat dadah, ia harus memikirkan cara-cara
haram juga untuk mendapatkan wang bagi menrperolehi bekalan
dadah secukupnya. Banyak masa dihabiskan bagi mendapatkan
wang dan membeli dadah dari punca-punca haram. Dengan demikian
ia tidak mempunyai masa dan kesanggupan untuk berkecimpung
dalam aktiviti-aktiviti lain yang berfaedah. Jika sebelum menjadi
penagih dia mungkin mempunyai pekerjaan, adalah agak sukar
baginya untuk meneruskan pekerjaan tersebut. Jika masyarakat
sudah mengetahui dia adalah seorang penagih darlah dan kemung-
kinan besar ia mempunyai rekod jenayah, peluang pekerjaan
baginya amatlah tipis. Jika penagih itu seorang pekerja maka kesan
adalah kepada diri sendiri iaitu diantaranya tuang kerja, datang
lewat, selalu bergaduh dengan pekerja-pekerja lain, dan sebagainya
manakala kesan kepada pekerja lain ialah penggunaan dadah akan
merebak kepada pekerja lain. kurang daya pengeluaran, bertambahnya
kerja yang tidak siap dan sebagainya. Majikan juga menerima kesan
jika terdapat pekerja-pekerjanya terlibat dengan dadah.
Di antaranya ialah mutu pengeluarannya kurang, berlaku kecurian,
kemalangan, disiplin di kalangan pekerja menurun, hilang
kepercayaan pengguna dan sebagainya.

Apakah pula kesan penagihan dadah ke atas keluarga?
Seseorang penagih itu sudah tidak berupaya lagi untuk memberi
sumbangan kepada keluarganya kerana dia sendiri berkehendakkan
wang, bahkan seringkali pula dia menjadi beban kepada keluarganya.
Dalam jangka panjang, penagih dadah melalui tabiatnya yang
tidak menentu kerana ketagihan akan meruntuhkan dan
memporak-perandakan keharmonian keluarganya dan masyarakatnya.

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat
majmuk. Kemantapan sosio-politiknya di antara lain adalah
bergantung kepada keupayaan masyarakatnya, hidup dengan penuh
harmoni dan saling bersefahaman di antara satu kaum dengan kaum
yang lain. Kemantapan ini akan tergugat apabila ramai dari kalangan
rakyatnya yang hilang pertimbangan dan perhitungan akibat diracuni
oleh dadah. Di samping itu ada kemungkinan timbulnya satu pola
dimana pengedar-pengedar dadah terdiri dari satu-satu kaum,
sementara penagih-penagih pula terdiri dari satu kaum yang lain.
Dengan demikian perasaan curiga mencurigai di antara kaum di negara
ini akan timbul. Keadaan ini sekiranya berlaku, akan menghancur-
kan keharmonian masyarakat negara ini.

Keharmonian keluarga dan masyarakat juga akan terancam
dengan bertambahnya perbuatan jenayah yang mempunyai kaitan
yang rapat dengan penagihan dadah. Pada keseluruhannya, kira-kira
70% dari jumlah kelakuan jenayah ada hubungannya dengan
dadah. Jika masalah dadah ini tidak dapat dikawal, aktiviti
masyarakat akan terjejas. Semua orang memerlukan suasana yang
bebas dari rasa takut, kehilangan harta-benda, kecederaan yang
disebabkan oleh perbuatan jenayah, aktiviti-aktiviti yang boleh
mengganggu keamanan, ketenteraman dan ketertiban peraturan dan
undang-undang. Keadaan masyarakat yang sentiasa diburu oleh
perasaan takut dan tidak selamat akan membantutkan perkembang-
an ekonomi, politik, sosial dan cara hidup keseluruhannya.